header

header
hairie

Kota Iskandar, NUSAJAYA

| Monday, 4 July 2011
"Nusajaya is poised to be a world-class city that embodies a diversity of seven signature developments – Kota Iskandar (Johor state new administrative center), Southern Industrial and Logistics Clusters (SILC), Afiat Healthpark, EduCity, Puteri Harbour at the Waterfront Precinct, the International Destination Resort and Nusajaya Residences – making it the most desired city in which to live, work and play. Nusajaya’s overall development is planned and designed to be sustainable, environmentally sensitive and conducive for business, living and leisure. A city that enhances and enriches one’s life, it offers significant investment, financial and business opportunities for discerning local, regional and international entrepreneurs and investors. With 24,000 acres of contiguous development-ready land, Nusajaya is poised to complement the development of both Malaysia and Singapore." 
Sumber: http://www.nusajayacity.com/nusajaya_main.php 

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini nak kongsi dengan korang semua tentang sebuah lokasi di selatan tanah air yang sedang dibangunkan iaitu Kota Iskandar, pusat pentadbiran baru kerajaan Johor yang terletak di dalam kawasan Nusajaya (ala-ala Putrajaya). Kalau dikaji, mungkin Nusajaya bakal jadi Wilayah Persekutuan setelah apa ynag berlaku pada Putrajaya dan juga Labuan serta KL. Itu terpulang kepada pihak kerajaan (^__^)
Gambar atas: Suasana malam di Pasar Karat JB sekitar jam 12.30 tengah malam. Ceritanya, 19 Jun lalu aku jalan-jalan dengan keluarga ke Johor Bahru rumah abang aku. Malam tu sampai sana sahaja aku terus ajak pergi ke Pasar Karat di Legaran Segget iaitu di tengah-tengah pusat bandaraya Johor Bahru. Kalau ikutkan bnayak benda nak dibeli tapi disebabkan tak pasti nak beli ke tak jadi, tak beli apa-apa. Saja berjalan dan ambil angin malam hujung minggu. 

Pusing-pusing ada jual barang antik, duit lama, segala jenis baju dan juga barang-barang elektronik. Sangat seronok sebenarnya. Tapi malam tu kami berdua hanya beli replika kapal terbang yang cantik ini. Yang paling besar tu kalau tak silap harganya mencecah RM100 lebih. Abang aku beli yang RM45 sahaja iaitu kapal terbang yang ada lukisan kartun oleh Datuk Lat. Kalau yang besar tu murah, lagi BEST! boleh aku angkut 1.


Gambar atas: Bangunan Pentadbiran Kerajaan Johor yang baru. Agak kecewa apabila sampai sahaja di Kota Iskandar ni, kamera pula habis bateri jadi terpaksa guna kamera telefon bimbit sahaja. Tak kisahlah asalkan aku dapat kongsi foto dengan korang semua. Aku nak ceritalah pendapat aku tentang Kota Iskandar dan juga kawasan sekitarnya. Tapi semasa kami pergi, kawasan Kota Iskandar ini belum dibuka dan belum digunakan dan belum siap sepenuhnya.

Untuk ke Nusajaya, aku melalui lebuhraya berdekatan Taman Perling yang menghubungkan Tampoi dengan Pasir Gudang kalau tak silap. Agak jauh ke dalam untuk ke Kota Iskandar ini. Sepanjang laluan, majoriti kawasan sekitarnya masih lagi belukar dan ladang saeit yang menunggu masa untuk dibersihkan. Jalan pun tak siap lagi jadi bagi siapa-siapa yang nak pergi ke sana, sila pergi ramai-ramai sebab takut tersilap masuk simpang dan juga agak sunyi. 

Foto di atas: Aku tak ingat apa nama bangunan ini tapi yang pasti ia adalah pusat pentadbiran kerajaan negeri, mungkin pejabat menteri besar ada di dalam bangunan ini. Dan anda tengok betul-betul. Kolam air pancut yang ada di tengah-tengah dataran ini berbentuk bulan dan bintang iaitu menyerupai bulan bintang yang terdapat pada bendera negeri Johor. 


Pandangan ke  arah Puteri Harbour (http://www.nusajayacity.com/sdev_puteri.php) yang masih dalam pembinaan. Apa yang menariknya, ia bersempadan dengan Singapura. Kalau anda tengok betul-betul, kawasan berbukit di belakang tu adalah negara Singapura yang dipisahkan dengan Selat Johor dan ditanda dengan pagar konkrit & besi berwarna putih di bahagian Singapura. Kapal yang besar ini mungkin akan menjadi replika sahaja ataupun akan mendai sebuah kapal pelayaran. Aku pun tak pasti.

Foto ini pula adalah bangunan pejabat-pejabat kerajaan negeri dan kalau tak silap nama bangunan ini adalah Bangunan Dato' Muhammad Salleh Perang, Bangunan Dato' Mohammad Ibrahim Munsyi and Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak. Apa yang menariknya, seni binanya menyerupai rumah tradisional Melayu, jelas kita dapat lihat pada bumbungnya. Jika tiada bentuk bumbungnya, makan bangunan ini akan hanya kelihatan membosankan dan biasa. 

Yang paling seronok, kesuluruhan kawasan lapang dipenuhi dengan tumbuhan landskap yang menarik. Dan segalanya terjaga dengan rapi dan nampak kemas. Tahniah kepada pihak pengurusan landskap untuk Kota Iskandar ini kerana telah menjalankan tugas dengan baik. Sepanjang pengelihatan aku, tak ada pokok yang mati atau rosak. Segalanya dalam keadaan baik. Jangan jadi projek gajah putih sudah!

Minta maaf sebab gambar agak gelap. Foto di atas adalah Banguna Sultan Ismail iaitu bangunan untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Johor. Bangunan ini bertentangan dengan bangunan pentadbiran negeri yang dipisahkan dengan Dataran Mahkota.

Ada dua buah meriam lama dan aku tak pasti bahawa meriam tu betul-betul original ataupun dibuat baru tapi mengikut rekabentuk lama. Sebab apa?kalau original, takkan pemaju sanggup letak di tangga pintu masuk bangunan ini tanpa dirantai. Aku tengok memang diletakkan macam tu sahaja di situ. Tapi sangat menarik meriam tu. 

Ada ukiran yang berbentuk seperti manusia didera dan juga terdapat logo yang mempunyai 3 ekor singa. Adakah ia dibeli dari kerajaan Singapura?itu anda kena kaji sendiri. Nasib baiklah matahari dilindungi oleh bangunan ini, kalau tak memang panas tempat ini. Nak mengharapkan pokok pun ada di tepi-tepi bangunan sahaja. Kawasan pintu masuk ni terbuka dan agak panas.

Dataran Mahkota: ala-ala Dataran Putra di Putrajaya. Tarikan utama, kolam air pancut yang berbentuk bulan dan bintang seperti terdapat di bendera negeri Johor dan juga yang ini iaitu biasa budak-budak landscape buat; Nama biasanya kita panggil information board tapi nama khas untuk kawasan ini adalah Heritage Wall iaitu terdapatnya info-info mengenai sejarah negeri johor dalam 2 bahasa iaitu Inggeris dan Melayu. Sangat berguna kepada semua orang terutamanya pelajar macam aku ni (^__^) 

Aku bangga jadi anak jati Johor!. Logo sebesar-besar alam yang boleh dilihat dari jauh.

Amphitheater yang mengadap Dataran Mahkota. Sesuai untuk diadakan majlis-majlis besar di kawasan ini tapi agak panas kalau waktu siang. Malam baru seronok! 


Sesekali keluar dari kepompong pusat bandaraya JB yang bising dan panas! Lagi seronok kalau ayah ikut sekali (^__^) 

Inilah ukiran pada meriam yang menjadi tanda tanya aku. Apakah sebenarnya motif corak yang terdapat pada meriam tersebut?

Jadi kesimpulannya, lokasi ini menjadi pilihan aku untuk mengadakan sesi fotografi tak kisahlah untuk foto perkahwinan ataupun hanya suka-suka sebab lokasi yang menarik dan juga hebat. Walaupun beum siap spenuhnya, anda boleh berjalan-jalan ambil angin di kawasan ini. Kalaulah Puteri Harbour tu siap, mesti lagi cantik. Akhirnya tercapai juga impian untuk masuk Kota Iskandar ini (^__^)

Ini pautan untuk korang masuk dan dapatkan info:

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

3 Readers:

{ Isteri Encek Bard } at: 5 July 2011 at 09:09 said...

wahhhhh cantiknya last pi nusajaya tahun 2005

{ Mohd Ridhuan } at: 5 July 2011 at 11:24 said...

makin maju la johor lepas ni...
uhhuhuuhuh

{ DyanKanishi } at: 6 July 2011 at 11:12 said...

jom ushar koleksi sy...
http://diarydyan.blogspot.com/2011/07/nak-terbang.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean