header

header
hairie

MERIAHNYA! di Stadium Bukit Jalil

| Friday, 29 July 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, malam tadi tak berkesempatan nak update blog disebabkan penat sangat dan pagi ini baru ada masa untuk cerita suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil sepanjang berlangsungnya perlawanan Malaysia menentang Singapura.


Suasana dalam stadium jam 5.28 petang

Aku tau ramai yang sangat tidak berpuas hati dengan corak permainan kedua-dua pasukan malam tadi. Tapi nak buat macam mana kan, Malaysia ta kada rezeki di tempat sendiri, jadi kita kena terima kekalahan tersbeut (^__^) 


Sanggup berpanas sekejap sebab sini kawasan penyokong Malaysia yang fanatik!

Buat pertama kalinya aku masuk stadium dan duduk menonton perlawasan secara live yang mana sebelum ni aku tak pernah buat. Mesti korang yang kenal aku pelik kan macam mana aku boleh sanggup beli tiket nak tengok bola di stadium. Yang pertama sekali, memang niat aku nak  duduk di dalam stadium menonton secara langsung perlawanan tu dan aku nak rasa macam mana meriahnya stadium tersebut! Dan ternyata sangat meriah!! 

Lagipun kan, nak beli tiket bola ni senang je, pergi di Stadium Shah Alam. Tak susah mana pun. Dan lagi 1, sekarang ni pasukan Malaysia sedang meningkat naik, jadi apa salahnya aku nak sokong pasukan negara sendiri kan (^___^) 

Kalah menang tu biasalah kan. Kalau ada rezeki, adalah tu. Yang penting kita sokong dan terus menyokong.

Aku pergi stadium dengan sepupu aku yang kebetulan memang datang Shah Alam, kitorang gerak jam 3.30 petang sebab takut makin lewat nanti makin sibuk kawasan luar stadium tu. Dan ternyata memang ramai orang semasa kami sampai. Isi perut dulu dengan apa yang patut dan sayangnya, air mineral berbotol tak boleh bawak masuk stadium jadi kena habiskan di luar. 




Suasana jam 6.54 petang

SURAU?aku sempat sembahyang Asar di surau yang berdekatan dengan tempat duduk stadium tapi magrib aku hanya di laluan pejalan kaki sahaja sebab ramai orang. Alas suratkhabar dengan mafla aku, yang penting bersih.

Tengok ni, benda yang wajib jangan tinggalkan. bola bola juga, sembahyang pun kena buat juga (^__^)

Jam 7.19 malam menghampiri waktu maghrib


Jam 7.28 malam. Kalaulah waktu macam ini aku baru masuk dalam stadium, memang aku takkan dapat tempat duduk yang selesa dan strategik untuk tengok pemain. Nasib baik masuk awal tapi terpaksa tahan sebab tak boleh bawak air. Nak beli mahal pulak, nasib baik ada bawa gula-gula (^__^)

Menghampiri jam 8 malam, kedua-dua pasukan masuk ke paang untuk sesi memanaskan badan. waktu inilah kami penyokong Malaysia melaungkan 'LOSER!' kepada pasukan Singapura sambil 'boooooo...' Dan juga, ada yang mencarut tak kira laki ke perempuan ke semuanya pasal bola. Yang pasti untuk pasukan Malaysia, kata-kata semangat sentiasa diberikan tanda sokongan tinggi!





Harapan dan sasaran penyokong Malaysia untuk menang 3-0! sebenarnya kalau dapat 2-0 pun dah selamat untuk layak ke pusingan seterusnya tapi pasukan kita dah buat yang terbaik!

Bro, tak pernah ada pasukan yang menang 333-0 ..HAHA

Penuh sudah stadium ni. Meriah sangat-sangat!

Waktu ini, lagu kebangsaan Singapura  (Majulah Singapura) sedang dimainkan dan kami penyokong Malaysia buat isyarat tersebut sambil berkata 'LOSER!' beberapa kali. Yang menariknya, apabila lagu Negaraku berkumandang, semuanya berdiri tegak dan nyanyi dengan penuh semangat! Terbaiklah penyokong Malaysia!!

Okay dah nak mula perlawanan!

Seronok tengok semua orang bersorak! tak henti-henti..

Bila bola dah nam sampai depan gol lawan, bila pengadil buat-buat tak nampak kesalahan pihak lawan dan bila pihak lawan main tipu buat-buat sakit, kami semua berdiri sambil mencarut. Tapi aku tak buat, ada orang lain yang buat!

Aksi penjaga gol Singapura yang pening kepala tiba-tiba dan terus terbaring. Kesian dia, ni mesti tak isi perut dulu sebelum main ni.

Aku tak mahu ulas mengenai perlawanan tu sanagt sebab banyak yang dah ulas mengenainya kan. Apa yang aku nak cerita adalah kemeriahan dan juga keterujaan penyokong Malaysia di dalam dan luar stadium. Sangat menarik sama-sama menyertai mereka menyokong pasukan Harimau Malaya. Apa pun, Singa dah kena cakar sikit di sini oleh Harimau. Sakit tak agak-agak?
Sesi selepas tamat perlawanan. Tanda terima kasih daripada pemain Malaysia kepada penyokong! Teruskan menyokong (^__^) 

Bersedia untuk balik selepas Malaysia kalah.

 Wajah-wajah yang kecewa dengan kekalahan Malaysia


Semua dah gerak balik ,tinggal Ultras Malaya yang masih lagi setia memberi sokongan!


Inilah kumpulan Ultras Malaya yang terus memberi sokongan kepada pasukan Malaysia. Cuba anda lihat kawasan di sekeliling padang tu. Ada banyak benda termasuklah botol, dan juga objek-objek yang berterbangan daripada tempat duduk penonton. Nasib baik tak ada benda yang singgah di atas kepala aku kecuali kapal kertas yang tak berjaya terbang. 

 Walaupun Malaysia kalah, aku tetap sokong dan juga aku bangga ramai yang turun sampai stadium tu penuh dan meriah! Harap-harap lepas ini Malaysia dapat belajar dari kesilapan lalu. Dan di sini aku nak tinggalkan korang link entri daripada beberapa blogger yang sama-sama memeriahkan stadium malam tadi.Sayangnya, aku langsung tak jumpa mereka:

http://thegarang.com/singapooorah-menang-ke-safee-sali-mohon-maaf/
 
 
 

 

Mereka mempunyai pandangan masing-masing tapi yang penting mereka tetap menyokong Malaysia! (^__^). Itu sahaja yang aku nak kongsi dengan korang semua. Kali pertama aku masuk Stadium Nasional Bukit Jalil, sangat best! walaupun kalah, aku gembira dapat bersama-sama dengan penyokong Malaysia lain memberi semangat kepada pasukan Malaysia untuk terus berjuang! 

**gol pertama Malaysia, sangat meriah suasana stadium!
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

15 Readers:

{ saiazuan } at: 29 July 2011 at 20:37 said...

menunjukkan orng msia semakin supportive.. :)

{ mr.F } at: 29 July 2011 at 21:37 said...

aku tak suke satu je, kenape tak hormat lagu kebangsaan orang lain? Siap jerit loser n sign 'L' lagi...it's rude! no offense...


kalau nak orang hormat kita, kita kena hormat orang lain...jgn hanya bersih pada permainan, bersih juga pada perlakuan...


btw, hope harimau malaya akan layak ke sukan olimpik :)

{ Roti Telur } at: 29 July 2011 at 21:42 said...

sempoi yg 333-0 tu , kahkah.. meriahnya dkt SNBJ semalam..huhu..

{ beLLa } at: 29 July 2011 at 22:00 said...

wahh. yang semayang kat jalan tu bagus. bola2 jugak. solat tak tinggal kan ;)

{ dAyAnA. ヅ } at: 29 July 2011 at 22:27 said...

erk .. biar btol smyg at c2 .. =="

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 29 July 2011 at 22:41 said...

Saiazuan: yeahhhh!!!

Falihin: yg tu aku xtaw nk ckp mcm mane la..tp dh diulang beberapa kali kn suh hormat lagu negara lain..jom sokong skuad olimpik kite nnt!

Roti telur: haha..tipu tu..haha .memg meriah SNBJ! rugi sape xjoin,.hehe

Bella: betul tu bella

Dayana: surau penuh..yg pnting tmpt tu bersih ..

{ mr.kylephytrie } at: 29 July 2011 at 22:58 said...

nice entri...very nice!!!!

{ ^^nu[dd]yra^^ } at: 29 July 2011 at 23:10 said...

bola bola jugak...semayang tetap x tiggal...terbaik !!!!

dalam byk2 ulasan pasal perlawanan smlm, i like ur entry ....best ;)

{ alif ismail } at: 29 July 2011 at 23:47 said...

amboi...sonok je nampak kat sana!!

{ mr.syazwan } at: 29 July 2011 at 23:56 said...

kagum dengan sikap tidak henti2 penyokong Malaysia!

walaupun ada Keruh di sebaliknya..

huhu

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 30 July 2011 at 00:16 said...

Mr. Kylephytrie: tulis pakai hati je..huhu thanks!!!

Nuddyra: haha ye ke?thanks bnyk2 taw sbb bace..

Alif: haha memg la sonok!

Syazwan: yess! riuh rendah stadium.. yg keruh tu klau boleh jgn wat lg pas ni (^__^)

{ Nana Eddy } at: 30 July 2011 at 01:04 said...

saya pun ada kat sana. baru nak buat post. hehe. cantiknya gambar~~ best dapat seat baek kan... saya duduk kat bawah, tak dapat wholeview stadium.

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 30 July 2011 at 10:51 said...

Nana: haha,,..sbb tu kami dtg awal nk dptkn view yg best.. thanks taw!
xjumpe kn kite kt sane..haha

{ sentap } at: 30 July 2011 at 17:22 said...

meriah sungguh tuh... tp takde rezeki nk menang..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 31 July 2011 at 23:55 said...

Sentap: memg meriah sgt2... xpe la, yg pnting kite dh usaha..Sentap ade kt stadium ke time tu?..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean