header

header
hairie

RAMADHAN: Perkara Yang Biasa Anda Buat

| Saturday, 30 July 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, pagi Sabtu yang menenangkan ini dibuka dengan hujan rahmat, alhamdulillah setelah beberapa hari tak hujan hari ini baru hujan sambil menyambut kedatangan Ramadhan insyaallah (^__^) 

Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang apa perkara yang biasa aku/korang/kita buat sepanjang Ramadhan. Aku nak bagi hadis, ramai yang dah tulis jadi, aku cuba keluar daripada kepompong tersebut.

Tahun ini alhamdulillah aku berpuasa penuh di kampung, selalunya di rumah sewa maklumlah pelajar lagi kan. Nak tahu kampung aku di mana?carilah rumah dalam gambar atas ni. Siapa jumpa aku bagi makan kuih raya (^__^) 

Sepanjang Ramadhan, amalan yang biasa kita buat adalah Solat Terawikh. Kalau di kampung aku, biasanya akan buat 20 rakaat dan campur 3 rakaat solat sunat witir jadilah 23 rakaat. Dan kalau di Shah Alam, 8 rakaat sahaja tak masuk solat sunat witir. Berbeza bukan. Ada yang 8 rakaat tapi surah-surah yang dibaca panjang sangat sampai mengantuk. Dan kalau yang 20 rakaat tu, surah pendek-pendek sahaja tapi tu pun mengantuk juga. Cuba bayangkan kalau anda solat terawikh di Makkah, itu lagilah lama (^___^) 



Bulan puasa mesti ada Bazaar Ramadhan kan di tempat anda. Biasanya apa yang anda beli?Kalau aku pergi bazaar, aku akan beli Cendol Cincau biasanya dan juga Murtabak. Kalau kuih pun, aku akan beli kole kacang tapi agak susah nak dapatkannya sebab tak ramai yang jual kuih ni. Aku tak pasti sama ada susah nak buat ataupun memang tak reti buat (^__^) 

Waktu berbuka adalah waktu paling seronok. Sebab apa?perut kita disejukkan dengan air-air minuma yang sedap! Dulu masa zaman budak-budak, air tu sampai 2 3 gelas seorang siap bersusun lagi. Lepas tu kedekut pulak tu. Siapa nak, ambil sendiri! HAHA.

Biasanya aku jarang berbuka dengan nasi. Aku akan telan kuih dan makanan selain nasi. Tapi sejak berbuka dengan kawan-kawan di kolej dan rumah sewa, nasi sahajalah yang boleh mengenyangkan perut ni sampai malam sebelum sahur. Kalau di rumah kampung, sepanjang masa ada makanan kan (^__^) Itu yang seronoknya berpuasa di kampung!






Bulan puasa ni kata orang kalau nak kurangkan maksiat ataupun melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tidur adalah yang paling best! Biasanya waktu tidur aku adalah selepas zohor dan nanti bila solat terawikh tak adalah mengantuk sangat. Tapi ada yang kata tidur pada bulan puasa ni mengurangkan pahala. Daripada tidur baik mengaji, betul tak kawan-kawan?.

Bulan puasa ni biasanya kita akan buat persiapan untuk raya juga kan?tipulah korang kalau tak buat. Apa yang korang buat?buat kuih, cat rumah, jual kuih raya, beli bunga, jahit langsir baru kan?

Baju raya?yang ni mesti korang buat jugak kan?kalau yang menempah, mesti sebelum puasa dah hantar ke tukang jahit tapi bagi mereka yang beli siap, malam raya baru nak pergi beli kan?sebab dpat harga paling murah (^__^)

Tapi ingat, jangan sibuk sangat nak buat persiapan raya sebab 10 malam terakhir bulan Ramadhan itulah yang paling best sebab ada Lailatuqadar yang mana nilainya menyamai dengan 1000 bulan. Dosa-dosa yang silam akan diampunkan! Jadi marilah kita cuba mencari masa untuk Lailatulqadar .

Apa lagi agaknya amalam yang biasa anda buat sepanjang puasa. Yang di atas ni adalah yang biasa aku buat. Tapi walau apa pun yang penting sekarang ni, kita kena pasang niat puasa dengan penuh ikhlas barulah kita dapat pahala puasa insyaallah. Marilah kita sama-sama tingkatkan amalam baik pada bulan puasa ini dan semoga diterima Allah. 

 Klik pautan di bawah ini untuk mengetahui lafaz niat puasa dan juga doa berbuka:


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

 S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


6 Readers:

{ ZWAN SABRI } at: 30 July 2011 at 10:32 said...

Yeay! samala kita.. tahun ni pown zwan berpuasa sebulan ngan family jugak.. sebelom ni berpuasa ngan kawan2 kat umah sewa.. ;)

MySuaraBlog: Happy Birthday Mama

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 30 July 2011 at 10:52 said...

haha..best kn dpt puase ngan family! hehhe

{ SHaRKFiQ SSM } at: 30 July 2011 at 11:54 said...

bestt r, dh lama dh dpt puasa ngan fmily for da whole month since skolah mngh..


tw r, umah nih mesti kt Parit Sulong.. hehehe..


btw, gamba umah bwh tu, kalo edit n ltk tulisan Selamat Hari Raya, dh bleh buat e-kad raya~

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 30 July 2011 at 14:45 said...

Shark: memg best puase kt kmpg! haha.. memg pun umah ni kt pt sulong..haha

mls nk edit..nnt la hikhik

{ alif ismail } at: 1 August 2011 at 02:29 said...

salam...

Selamat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.

Selamat bersahur juga!!

Salam Ramadhan dari alif..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 1 August 2011 at 13:00 said...

Alif: wsalam.. selamat berpuasa jgk aliff! (^___^) meh la same2 tingktkn amalan semasa puasa ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean