header

header
hairie

Seronoknya REWANG

| Wednesday, 27 July 2011
Bercuti di kampung ini memang seronok lebih-lebih lagi bila dilahirkan dalam suasana yang penuh dengan semangat kampung! Segalanya kampung (ditambah dengan teknologi okay sekarang ni). Nak dijadikan cerita, hujung minggu lalu 23 Julai 2011, abang saudara aku buat kenduri akikah untuk anak lelaki beliau. AKu nak kongsi beberapa gambar dengan korang sepanjang kerja-kerja memasak atau dengan kata lain, rewang untuk majlis tersebut.

Sebelah kiri ni bapak aku tengah masak ayam dalca (aku tak pasti nama Melayunya apa) dan sebelahnya tu tengah masak kurma kambing. Akikah kan, kambing tu kenalah masak manis.

Khemah tu untuk tetamu yang datang sebelah petang (kawan-kawan tuan rumah) manakala malamnya, ada pula majlis bacaan tahlil sekampung.

Yang ini teknik terbaru untuk masak nasi kukus. Apa kelebihannya?jimat masa iaitu mengambil masa 45 minit untuk masak 2 beg beras yang boleh menghasilkan 1 periuk besar nasi. Buat nasi kukus ni mudah sebab kita tak perlu nak sentiasa buka penutup periuk dan kacau bagi rata. Masuk je dan terus tinggal. Lepas 45 minit baru buka balik dan siap!

Si baju hijau yang bertanggungjawab menguruskan nasi minyak ni dan mak cik aku pula sibuk nak merasa keenakan nasi minyak kukus.

Menarik bukan?jadi anda boleh cuba di rumah pakai periuk kukus kuih je. (^__^) 

Itu sahaja kawan-kawan dan alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Seronok sebenarnya rewang ni. Selain dapat makan ayam sambil menggoreng, kita juga dapat mengeratkan silaturrahim antara sanak saudara (ni ayat karangan SPM 2005).

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


10 Readers:

{ yazidy } at: 27 July 2011 at 13:53 said...

camni la hidup berkampung.. eh, ko org kampung, motep tak pernah main perang2? huhu..

{ Fariza Othman } at: 27 July 2011 at 13:56 said...

waa nasi kukus. kat kampung ku dah xmen kukus ni. semua serba canggih guna periuk nasi dah. kalau dulu nasi kukus ni di kukus masukkn dlm tanah lagi. classs~!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 27 July 2011 at 14:06 said...

Yazid: haha..kmpg ku xde perang2..aman je..HAHA

Kak Fariza: haha..periuk nasi kecik kak..yang pling beso pun xmampu utk menampung 100 tetamu ..kne masak bnyk kali.. yg dlm tanah tu saya xprnh tau lg..huhu

{ izzati hamimi } at: 27 July 2011 at 14:36 said...

hebak btul...hidup org kmpg!

{ syazwani 'atiqah } at: 27 July 2011 at 15:36 said...

tak pernah rase buat kenduri cara rewang nie..sbb xde kampung..raya pn kt rumah sndri je.

{ KhAiReDzAiMy } at: 27 July 2011 at 15:45 said...

Orang Batu Pahat memang masih amalkan rewang lagi.. tu yang bestnya... Dari mula smpai abis semua org kg tolong... Teringat zaman2 dulu kat Pt Belemam... Hu.. Hu..

{ Azwa Azee } at: 27 July 2011 at 15:51 said...

yeah that's great bila dgr perkataan REWANG..=)..itulah suasana kampung..=)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 27 July 2011 at 16:42 said...

Izzati: haha sentiasa hebak!

Syazwani: seronok dok kmpg nih..haha

Khairedzaimy: kbanyakannay org jawa..masih mengamalkn rewang ni..syok kot!

Azwa: REWANG ..same je mksudnya ngan gotong royong..

{ KhAiReDzAiMy } at: 27 July 2011 at 20:52 said...

Jawa ke.. Bukan Banjar ke kat area sna... Hu.. hu.. coz aq campur Jawa+banjar... Ha. ha..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 27 July 2011 at 21:27 said...

mcm2 ade..jawa ngan banjar..tp kmpg aku jawa yg ramai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean