header

header
hairie

Salam Aidilfitri 2011

| Tuesday, 30 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, dah beberapa hari tak menulis di sini rasanya disebabkan sibuk dengan persiapan raya. Minta maaf la sebab hujung ramadhan semalam tak sempat nak buat entri. 

Ini entri khas untuk raya pertama. Hari raya pertama ni aku duduk rumah menanti tetamu/baraan yang datang. Esok aku akan berjalan bersama pemuda-pemuda kampung untuk marhaban pula.


**gambar di atas ru adalah kediaman rasmi keluarga Hj Khadzir, kalau rajin jemputlah datang rumah (^__^) 

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Teaser Trailer: JUVANA The Movie

| Tuesday, 23 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, tadi layan Youtube kejap tiba-tiba terjumpa video klip teaser untuk  Juvana The Movie. Jom layan sini:

Watak Cikgu Zakiah dan juga Daim dalam ni diganti oleh pelakon lain. Aerill Zafrel memegang watak sebagai Daim yang dulu dilakonkan oleh Zahiril Adzim manakala watak Cikgu Zakiah yang dulu dipegang oleh Izreen Azminda diganti oleh Tasha Shilla. Dua-dua ni sekarang tengah hebat berlakon cerita untul slot samarinda tv3, Ramadhan Terakhir.

Tarikh tayangan tak tahu bila lagipun ni baru teaser kan. Jadi kita sama-samalah tunggu bila agaknya filem ini akan ditayangkan. Ada yang kata tak best bila watak utama digantikan dengan orang lain. Kita tengok nanti.

Bukan KAD RAYA tapi POSKAD RAYA ..Dapat lagi!!

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger,  tadi masa dalam perjalanan ke pekan Parit Sulong aku berselisih dengan posmen dengan harapan, 'harap-haraplah posmen ni bawa sesuatu untuk aku'. Rupanya bila aku sampai rumah, betul ada kad untuk aku!

Poskad raya okay, bukan kad raya. Menarik juga pakai poskad ni tak payah pakai sampul surat dan tak payah beli setem sendiri.

Cantik setem tu! Tapi kan kekurangan poskad ni, posmen dah baca dulu apa yang ditulis. Jadi kalau nak tulis mengenai benda jiwang-jiwang atau peribadi, posmen dah gelak dulu HAHA

Haa lupa nak cakap siapa yang bagi poskad raya ni. Si Nafisah yang bagi ni, orangnya cantik, comel, putih, ramping, ceria, bertudung dan meriah! Kalau siapa-siapa yang tak kenal, beliau ni adalah junior aku sekarang ni.

Inilah makhuk Allah yang cnatik ni yang hantar poskad raya kat aku. Ni untuk siapa-siapa yang tak kenal dan nak kenal la. Kepada yang dah kenal sila abaikan foto ini, tu je!

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H 

BABI pun nak raya juga ke?

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, dah hujung-hujung Ramadhan ni kan rasa macam sejuk dan musim hujan bukan. Alhamdulillah semuanya rahmat dari Allah SWT. 

Tengok tajuk entri ini! Subuh pagi tadi balik dari masjid tengok macam ada benda yang tak kemas di laman rumah. Rupanya,  panjut aku dah tumbang 2 batang tu!. Dan 1 pelita telah hancur penutupnya. 


Batu bata tu bukan lokasi panjut aku ni. Sebenarnya panju ni tumbang di atas tanah dan korang tengoklah habis rosak anyaman tu. Nak kata babi tu cari cacing, tak ada pula bekas-bekas korek tanah. Elok je. Rasanya ada minyak diesel lagi dalam pelita panjut ni. Apa agaknya motif babi tu nak? 

Habis kemik pelita ni. Nak pegang pun geli-geli. Dah la sekarang ni semua sumbu pelita yang aku pasang  buat hal. Baru pasang 1 jam, lampu pelita dah mati. Sumbu tu rentung pula tu. Nak tukar sekarang tak sempat pula. Dodol sedang berjalan. HAHA 

Yang babi ni pun satu! Kenapalah kau  nak main dengan pelita ni. Bukannya kau dapat makanan pun. Cacat sudah projek raya aku! 

Sejak akhir-akhir ni babi-bai semua main pusing-pusing keliling rumah aku ngan rumah jiran. Kalau main di kawasan kebun tak apa juga, ni sampai laman rumah dengan bangsal belakang. Dugaan puasa.. 




Inilah! sabar je la.. Dah tak boleh pakai pelita ni. Aku tak pasti sama ada benda ni digigit ataupun dipijak. Kecewa sikit .. Dah, nak sambung kacau dodol..

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Dapat KAD RAYA lagi!!

| Monday, 22 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, sekarang ni susah nak curi masa untuk menulis di sini. Semakin sibuk dengan aktiviti mengacau dodol tiap-tiap hari kecuali Jumaat. Penat tapi seronok! 

Tadi sedang lentok mengacau dodol, datang penghantar surat di depan rumah aku. Dapat kad raya lagi. Beberapa lepas pun dapat juga tapi tak sempat nak tulis kat blog jadi hari ni baru ada masa.

Cantik kad ni, macam kad  raya dari orang kenamaan! Kalau tak silap, hari Sabtu hari tu kad raya ni sampai rumah aku. Nak tahu siapa yang bagi?

Tu dia, rakan blogger aku yang bagi kas raya ni. Terima kasih Fauzi Nor. Insyaallah tahun depan aku bagi kat kau pula (^___^) 

Dan hari ini, aku dapat lagi 1 kad raya. Bila ada surat untuk aku je mesti rasa berdebar nak buka termasuklah yang ini. Kad ini agak istimewa sikit sebab ada ucapan tulisan tangan.

Tu dia.. Abaikan pantun tu sebab aku tak memandu kereta tapi aku merempit! HAHA .. Tapi kan aku belum dapat kenal pasti siapakah yang bagi kad raya ini tapi kemungkinan besar adalah daripada blogger. Sebab hari tu aku ada sertai 1 segmen untuk kad raya ni tapi aku tak ingat siapa. Sekarang ni aku tak tahu siapakan nama gerangan yang hantar kad raya ni.

Kalaulah beliau boleh letakkan seklai URL blog beliau ataupun nama penuh kan senang sikit aku nak kenal. Ada pun nama Iz..tandatangan tu membuatkan aku tertanya-tanya dan banyak kali dah aku memahamkannya. 

Tapi apa pun, terima kasihlah sebab bagi aku kad raya. Seronok juga menulis blog ni, ramai kawan yang sporting. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

SOMALIA: Kemarau dan kebuluran teruk!

| Friday, 19 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Sejak akhir-akhir ini kan kita dikejutkan dengan  fenomena kemarau yang melampau di Afrika dan antara negara-negara yang terjejas dengan fenomena alam ini termasuk Djibouti, Ethiopia, Somalia dan Kenya.

Yang paling teruk dilanda sekarang ni adalah di Somalia di mana ramai kanak-kanak bawah 5 tahun meninggal dunia akibat kekurangan zat. Dan sebagaimana yang kita tahu, Somalia ni mempunyai penduduk beragama Islam yang ramai. 

Mereka ni bukan sahaja menghadapi masalah kebuluran tetapi juga berhadapan dengan pengganas militan serta perogol. Begitu hebat ujian yang Allah turunkan kepada mereka. 

Baru-baru ini Islamic Relief Malaysia (IRM) telah melancarkan tabung Somalia sebagai tanda simpati dan memberi bantuan kepada saudara kita di sana.

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini melancarkan Tabung Krisis Kebuluran Somalia (SEA) bagi membantu penduduk Somalia, Kenya dan Habsyah yang kini berdepan dengan kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun.

Presiden IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, kemusnahan yang berlaku di tiga negara dengan populasi kira-kira 10 juta itu turut meliputi kemusnahan tanaman dan ternakan.

Dengan sumbangan kita nanti insyaallah ia akan mengurangkan beban penduduk di benua Afrika itu daripada terus kebuluran. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengisi perut dengan sumbangan kita nanti. 


Apa yang aku baca pada akhbar hari ini,Pertubuhan Negara Islam OIC telah mengeluarkan dana berbilion ringgit untuk mengatasi masalah ini. Alhamdulillah, berfungsi juga pertubuhan-pertubuhan sebegini. Di mana Liga Arab?adakah duit mereka dah habis buat bangunan tinggi-tinggi?Harapnya mereka juga turut membantu. 


Anda nak memberi sumbangan?

Mereka yang ingin membantu boleh menyumbang terus ke akaun 562142708704 (Maybank) atau 12590000804058 bagi CIMB.


Sementara itu, maklumat lanjut mengenai usaha kemanusiaan itu boleh didapati dengan menghubungi IRM di talian 03-89486334 atau e-mel ke info@irmblog.org.



S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

SAYA NAK KAD RAYA DARI Kaki Wayang!

| Thursday, 18 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, nak kad raya?jom klik pada banner di atas ataupun kalau malas klik je pada pautan di bawah ini:

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

UCAPAN AIDILFITRI: DARI SAYA UNTUK EQBALZACK

| Wednesday, 17 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, apa khabar korang semua, mesti sibuk nak raya kan?macam juga aku, sekarang ni pun curi masa sekejap sambil tunggu dodol masak.

Hari ini nak kongsi dengan korang semua mengenai GA daripada Abg Eq. Tiap-tiap bulan beliau ni buat GA, rugi siapa yang tak sertai sekali. Klik pada banner sebelah ni kalau nak sertai.

Untuk GA ini, aku cuba guna bahasa Jawa, walaupun aku rasa ramai yang tak faham dan tak boleh sebut dengan betul, tak apa aku ada bagi terjemahan dalam bahasa Melayu. 

OJO LALI YO.. (Jangan Lupa Taw)









Jangan lupa taw..
Puasa dah nak habis, jom ramai-ramai pergi masjid terawikh dan tadarus.

Jangan lupa taw..
Kepada mereka yang dah tak ada, jenguk-jenguklah kubur mereka, kirimkan doa yang baik-baik.

Jangan lupa taw..
Lailatul Qadar, kalau boleh kita dapatkan malam yang paling baik ini

Jangan lupa taw..
Rya nanti siapa-siapa yang dah ada kerja, jangan kedekut! budak-budak dah tunggu tu..

Jangan lupa taw..
Ketupat, rendang, kuah lodeh dengan sambal. Sedap dimakan ketika raya.

Jangan lupa taw...
Waktu raya rumah jangan ditutup, nanti tetamu yang nak datang tak jadi singgah.

Jangan lupa taw...
Ziarah/berkunjung ke rumah-rumah sekampung dan juga saudara mara semua.

Versi bahasa melayunya seperti yang biasa kita cakap: aku minta maaf banyak-banyak kalau ada salah dan silap. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Wordless Wednesday #6

|


S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Kerepek oh kerepek! Disebabkan kau, kilang ni jadi besar..

| Monday, 15 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, rasanya dah beberapa hari dan agak lama tak online dan menulis di sini. Sebab utama?sibuk dengan projek raya bapak aku (dodol jer) dan juga akibat keadaan cuaca panas yang membuatkan aku malas nak menghadap laptop

Kisahnya, aku ikut bapak aku pergi ke kilang kerepek yang paling popular di Parit Sulong ini, di kampung sebelah ni je. Di sinilah bapak aku letakkan dodol, seminggu sekali hantar di kilang kerepek ini. Sekali hantar, cepat habis. Dah macam jajan pula aku tegok dodol ni kan. 

Dulu kan, kilang ni kecil sahaja di sebelah rumah tapi sekarang dah makin besar. Tapi bukan di sebelah rumahnya, sekarang ni ada tanah sendiri untuk kilang kerepek tersebut iaitu tak jauh daripada pintu masuk Kampung Parit Lapis Laman. Lupa nak beritahu pemilik kilang kerepek ini iaitu En Tugi dan Zaironah.

Foto di atas tu adalah bangunan baru yang dicantum dengan bangunan lama bersebelahan. Makin besar ruang, makin banyak barang yang datang dan makin ramai pelanggan.

Rasanya sekarang ni kilang ini tak lagi memproses kerepek ubi pedas kerana bekalan kerepek dah habis jadi bagi penggemar kerepek ubi pedas yang basah tu, sila simpan hasrat anda sehingga lepas raya ok (^___^) 

Tak tahu apa sebab utamanya tapi rasanya macam tu la, bekalan kerepek dah habis. Jadi, kena pilih kerepek lain sebagai alternatif.





Korang rasa harga ini berbaloi tak dengan kuantitinya? Kebanyakan pelanggan tetap yang datang sini kata di sinilah terdapanya harga kerepek yang paling murah. Mungkin juga kan.

Macam-macam ada selain kerepek. Dah ak nampak rupa kerepek ubi pedas tempat ni. Nama sahaja kilang kerepek ubi pedas tapi kuih raya yang banyak.

Percaya tak kalau aku kata yang kuih-kuih ini bakal habis sebelum aidilfitri ini? Aku memang tak pernah nampak lagi macam mana bersih sucinya rak-rak ini tapi menurut cerita tauke dan juga pelanggan tetap, kalau nak raya semuanya habis dibeli orang. Kalau korang nak tahu, kedudukan kilang ini dikelilingi kawasan kampung dan pekan Parit Sulong agak jauh iaitu dalam 5 minit sampai dari kilang ini. Kenapa tak serang je di pekan?sini juga yang habis dulu.

Di kala semua orang sibuk dengan kerepek dan tauke sedang sibuk dengan barang-barang yang baru masuk, aku dengan bapak aku menyelinap masuk ke dapur (dengan kebenaran tauke ok). Bapak aku nak beli plastik untuk dodol jadi kena la ambil sendiri. 

Nampak mesin tu?bentuk macam lori simen tu kan?sebenarnya mesin ini untuk kegunaan menyira kerepek menjadi kerepek ubi pedas. Sambal dengan kerepek ubi bersatu dalam ni laa.. lepas tu barulah korang boleh makan. Tahun lepas, ada pelanggan yang sanggup menunggu di bahagian dapur ini semata-mata nak dapatkan kerepek  ubi pedas ni. Gigih! 


Ni dua orang tauke dodol sedang bercakap mengenai produk dodol yang dikeluarkan oleh orang lain. Entah apa yang diperkatakan agaknya, membuat perbandingan dengan dodol masing-masing. Eloklah, sorang buat pakai mesin, sorang lagi buat pakai tangan (manual). 


Jadi, siapa-siapa yang nak beli kerepek, sila datang sekarang sebab takut nanti dekat-dekat raya korang tak dapat pula. Sekarang ni pun, hujung minggu dah ramai pelanggan yang datang. Kawasan letak kereta pun sentiasa penuh. Jadi rancanglah aidilfitri anda. Eh! puasa dulu (^___^) 


S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

HADIAH dah sampai rumah! (^___^)

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, rasanya dah lama tak menulis di sini disebabkan sibuk dengan beberapa komitmen dan sekarang ni curi masa sekejap sambil kacau dodol. 

Nak cerita ni sebenarnya, tengahari tadi posmen datang rumah aku hantar bungkusan. Tapi mak aku yang ambil sebab aku tak ada di rumah waktu posmen datang. Dalam sampul surat tu macam-macam ada, ada 3 barang kesemuanya. 

Tu dia, sampul berwarna kuning yang aku rasa aku tak pernah nampak lagi rekabentuk sampul surat yang macam ini. Siap ada lapisan plastik yang mempunyai ruang udara (yang kita suka tekan-tekan sebab nak letup-letupkan). 

Siapa yang bagi ni?Lupa nak beritahu, sebenarnya Mr. Eqbalzack yang bagi hadiah ni sebab aku dah tersenarai sebagai pemenang Giveaway beliau bulan lepas. Tak dapat hadiah utama tapi dapat la juga sesuatu kan. Nak tunggu orang bagi percuma, susah sikit (^___^) 

Ada 3 barang dalam  sampul surat tersebut iaitu, tasbih, badge dan juga kad raya! 

Tasbih: Aku menang giveaway THE COLORS OF RAMADHAN Abg Eq. Tak dapat hadiah utama tapi dapat jadi pemenang terakhir. Alhamdulillah, yang penting kita dah usaha. Nak tengok entri aku mengenai giveaway ini?jom:



Badge: Ini hadiah penyertaan sahaja. Aku tak menang mahupun tersenarai sebagai pemenang tapi semua peserta untuk giveaway Eqbalzack's fan page logo  akan mendapat hadiah badge ini. Jom tengok entri aku di sini: 

Dan yang terakhir, kad raya kedua daripada Mr. Eqbalzack! Beliau dah bagi aku DUA keping kad raya dan maknanya aku kena balas la ni kan?insyaallah (^___^) 

Okay itu sahaja yang aku nak kongsi hari ini, kepada mereka yang tak pernah sertai giveaway/contest tu, jom la sertai. Sangat seronok, kalau ada rezeki kita dapatlah habuan! Yang penting kita usaha. 

**dodol tak masak lagi, jam 5.30pm baru boleh angkat.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

MUNJUNG, anda tahu maksudnya apa?

| Thursday, 11 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini nak kongsi dengan korang semua tentang satu amalan masyarakat Melayu kita yang masih diamalkan di kampung-kampung, terutamanya dalam masyarakat Jawa. Siapa Jawa?aku la (^___^) 

Apa itu munjung?Aku tak pasti apa ayat sebenar dalam bahasa melayu untuk munjung. Tapi dengan bahasa mudahnya, munjung tu bermaksud memberikan juadah/makanan kepada saudara mara terdekat dan juga jiran dalam bulan Ramadhan. Macam bersedekah.

Dalam munjung ni, juadahnya tak kisah tapi biasanya mesti menggunakan nasi, kira judah yang berat-berat la bukan juadah yang ringan macam kuih-muih. Bila dah ada nasi mestilah kena ada lauk kan? Ikut tradisi, kalau tak silap ada ayam masak kicap ataupun ayam masak lemak, sambal goreng dan juga lain-lain. Tapi semua tu ikut kemampuan masing-masing, kalau ada rezeki lebih boleh buat lagi banyak lauk. Asalkan tak menunjuk (^___^) 

Ramadhan tahun ini aku berpeluang untuk sama-sama menyediakan juadah dan juga menghantarnya ke rumah-rumah yang berkenaan. Tahun-tahun lepas berpuasa di Shah Alam dan dah nak dekat raya baru balik kampung. Menu tahun ni agak ringkas sahaja tapi sedap je kan kalau orang dah bagi, takkan nak tolak rezeki kan. 


Masak lemak labu + kacang panjang + lobak. Tapi panggil masak lemak labu jugak!

Ayam goreng sahaja. Petua nak elakkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam ini daripada kotor adalah dengan mencampakkan beberapa ulas bawang putih yang telah dikupas ke dalam kuali tersebut. Dan untuk buat rempah(dalam bahasa jawa 'bumbu')  ayam tu, jangan letakkan bawang putih.

Sambal udang. Baru tau, sebelum direbus, udang tu berwarna kelabu tapi bila tengah dan siap direbus, udang tu bertukar ke warna merah. Kalau goreng pun aku rasa macam itu juga agaknya kan.

Kalau keluarga aku yang munjung ni kan, hampir sekampung kami hantar. Bayangkan kami kena sediakan hampir 50 bungkusan makanan untuk saudara mara. Amboi, ramai betul sedara ko! Nak buat macam mana kan, mak bapak aku jodoh sekampung, jadi pusing-pusing pun saudara sendiri juga. 

Siap bungkus, waktu untuk hantar! Aktiviti paling seronok. Datang rumah orang bagi salam (^___^) dan soalan paling popular sepanjang aku hantar juadah tu: "Bila cuti?dah lama kau kat rumah?" Mak cik oi, saya ni dah berbulan-bulan ada di rumah, bukannya saya terperap dalam rumah. Siap ulang alik darat laut lagi. Mak cik ni yang tak nampak saya kan.

Dan bagi mereka yang tak sempat ataupun tak dapat nak masak-masak, biasanya mereka akan memberi bahan mentah untuk masakan seperti sardin, gula, dan tepung. Tapi mak aku tak suka macam tu, baik masak lagi sedap! boleh dimakan terus. Terpulanglah kepada individu. Kita ni melayu, bnayak adat tradisi yang menarik kan. 

Ramai yang tanya kenapa buat awal?minggu depan kami dah sibuk dengan hal duniawi. Eh! sibuk dengan dodol la. Mana ada masa nak masak-masak macam ni lagi. Okay itu sahajalah yang aku nak kongsi. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

VIDEO Pelajar Malaysia Dibelasah & Disamun dalam rusuhan di London

| Wednesday, 10 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, akhbar hari ini dan berita di televisyen malam tadi banyak menyiarkan mengenai rusuhan yang berlaku di kota London yang selama ini aman. Segala-galanya berpunca daripada kematian seorang remaja kulit hitam akibat ditembak oleh polis. 


"Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam" (Utusan Malaysia, 10 Ogos 2011)


Rasanya semua dah tahu apa yang berlaku kan?Dan kali ini aku nak kongsi video perusuh membelasah dan menyamun seorang pelajar Malaysia yang bernama Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20 tahun. Menur ut info, Asyraf pada ketika itu sedang keluar untuk membeli juadah berbuka puasa. 

Dah la kena belasah, lepas itu disamun pula. Kalau anda lihat, salah seorang remaja dari kumpulan perusuh tersebut dengan selamba membuka beg Asyraf dan mengambil barang yang ada. Bayangkan kalau VAIO, iPad ataupun benda paling anda sayang diambil dalam situasi begini, anda mesti paling sayangkan nyawa bukan?

Setakat ini macam-macam kesan dah berlaku akibat daripada rusuhan tersebut. Perlawanan persahabatan antara Belanda dan England terpaksa dibatalkan. Wayne Rooney dan juga Rio Ferdinand yang menyuarakan kekecewaan akibat pembatalan perlawanan tersebut. Tiket dah jual 70 000 tapi nak buat macam mana kan. Terpaksa dibatalkan juga.

Dan sekarang ini berlangsungnnya perlawanan Badminton Kejohanan Dunia di Wembley. Walaupun Wembley aman dan tiada rusuhan, pasukan badminton dari seluruh dunia termasuk Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga sebagai keselamatan. Malaysia melarang geng-geng Datuk Lee Chong Wei daripada keluar dari tempat penginapan tanpa kebenaran. Kalau jadi apa-apa, nanti susah!

Juga Olimpik 2012 akan berlangsung pada tahun hadapan. Hal ini merisaukan mereka yang bakal menyertai sukan terbesar tersebut. Adakah London selamat?Sekarang ini pihak keselamatan London atau dengan mudah Britain perlu meleraikan rusuhan dengan segera dan keamanan dapat dipulihkan. Kalau tak, tahun depan sukan Olimpik tak meriah dan menakutkan! 

Sumber artikel: 




S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

#1 GIVEAWAY SIMPLE : NASZ RANDOM CHOICE

| Tuesday, 9 August 2011
Kalau nak sertai, klik pada banner di atas. Mudah sahaja kan!

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

SAYA dah daftar sebagai PENGUNDI, ANDA bila lagi?

| Monday, 8 August 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, petang tadi sedang gigih online sambil buat kerja ada seorang kawan ni tunjuk mengenai daftar pemilih! Aku dah daftar dalam bulan Oktober tahun lalu di fakuti sebab waktu itu pihak SPR ada buka kaunter untuk mendaftar sebagai pengundi. Senang sahaja, bagi kad pengenalan dan siap! 

Diorang kata Januari 2011 dah boleh semak tapi aku cuba tak boleh masuk pun. Sibuk sangat agaknya, jadi aku cuba lagi tadi. Alhamdulillah, nama aku dah ada dalam rekod. Lengkap dan tepat daerah mengundi tu. Pilihanraya bila aku tak ingat, nama mak aku tak ada dalam daerah mengundi tu. Lepas tu gigihlah pergi sekolah lain semata-mata nak tengok nama. Dah penat sangat, tak mengundi akhirnya. Bukan mak aku sahaja, ramai juga yang menghadapi masalah yang sama. 

Okay, kalau anda nak semak boleh klik paitan di bawah ini:

Aku undi parti mana?undi adalah rahsia, tapi aku akan undi mana-mana pihak yang boleh memberi kebaikan kepada kami semua dan juga negara. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Dapat KAD RAYA yang pertama tahun ni!!!

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger dan juga para pembaca di luar sana, rasa macam dah seminggu tak menulis di blog ini padahal baru je beberapa hari kot! Okay tinggalkan benda yang dah berlalu. 

Hari ini masuk hari ke 8 kita berpuasa dan malam yang ke 9 bertarawikh. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar kan. Hari ini aku pagi-pagi dah buka radio besar (lepas bapak aku mengaji lerr) dan dah dekat-dekat tengahari tu, tiba-tiba lagu raya pula diorang main. Gila awal! Puasa pun belum sampai 2 minggu kan. 

Dan yang seronoknya hari ini aku dapat kad raya daripada blogger otai!! . Tenghari tadi juga sampai. 

NAk tahu siapa blogger otai yang bagi aku kad raya ni?jom klik sini: http://www.eqbalzack.com/ . Beliau popular dengan panggilan Abg Eq, maklumlah dah senior kan (^__^). 

Apa benda ek NMC Shah Alam tu?dan kenapa dari Shah Alam, padahal Abg Eq ni duduk di Gombak. Yang penting, kad raya dah sampai, seronok sebenarnya dapat kad raya ni kan Abg Eq. 

Terasa sangat istimewa kad raya ni sebab ada cop mohor tu! dan tandatangan. Ada siapa-siapa dapat juga kad dari Abg Eq?mesti dapat yang sama juga kan? Okay itu sahajalah aku nak cerita. Teruja sangat tadi ni!

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H 

Reaksi Datuk Siti Nurhaliza: Produk SimplySiti HARAM?

| Saturday, 6 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, semalam dikejutkan dengan  kenyataan daripada pihak berwajib mengenai pengharaman beberapa produk termasuklah produk yang dikeluarkan oleh penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Memang amat mengejutkan ramai orang terutamanya pengguna/pelanggan setia produk SimplySiti.

Berikut adalah reaksi Datuk Siti berkenaan dengan isu tersebut di laman twitter beliau:



















Berdasarkan fakta yang aku dapat, produk SimplySiti yang diharamkan adalah berus yang digunakan. Mungkin blusher agaknya. Dikatakan bahawa, berus tersebut diperbuat daripada bulu babi. Klik pada pautan di bawah ini kalau nak lihat info lebih lanjut:



Yang aku peliknya, kenapa baru sekarang isu ini keluar?bukan sebelum produk ini dilancarkan dahulu. Mesti pelanggan SimplySiti tak dapat duduk senang kan sebab isu ini. 

Antara produk lain yang juga diharamkan  adalah beberapa makanan di Kafe OldTown dan juga beberapa produk Mamee. 

Okay itu sahaja yang aku nak kongsikan, jika ada kesilapan info sila betulkan.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean