header

header
hairie

BABI pun nak raya juga ke?

| Tuesday, 23 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, dah hujung-hujung Ramadhan ni kan rasa macam sejuk dan musim hujan bukan. Alhamdulillah semuanya rahmat dari Allah SWT. 

Tengok tajuk entri ini! Subuh pagi tadi balik dari masjid tengok macam ada benda yang tak kemas di laman rumah. Rupanya,  panjut aku dah tumbang 2 batang tu!. Dan 1 pelita telah hancur penutupnya. 


Batu bata tu bukan lokasi panjut aku ni. Sebenarnya panju ni tumbang di atas tanah dan korang tengoklah habis rosak anyaman tu. Nak kata babi tu cari cacing, tak ada pula bekas-bekas korek tanah. Elok je. Rasanya ada minyak diesel lagi dalam pelita panjut ni. Apa agaknya motif babi tu nak? 

Habis kemik pelita ni. Nak pegang pun geli-geli. Dah la sekarang ni semua sumbu pelita yang aku pasang  buat hal. Baru pasang 1 jam, lampu pelita dah mati. Sumbu tu rentung pula tu. Nak tukar sekarang tak sempat pula. Dodol sedang berjalan. HAHA 

Yang babi ni pun satu! Kenapalah kau  nak main dengan pelita ni. Bukannya kau dapat makanan pun. Cacat sudah projek raya aku! 

Sejak akhir-akhir ni babi-bai semua main pusing-pusing keliling rumah aku ngan rumah jiran. Kalau main di kawasan kebun tak apa juga, ni sampai laman rumah dengan bangsal belakang. Dugaan puasa.. 




Inilah! sabar je la.. Dah tak boleh pakai pelita ni. Aku tak pasti sama ada benda ni digigit ataupun dipijak. Kecewa sikit .. Dah, nak sambung kacau dodol..

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

4 Readers:

{ si cantik sally } at: 23 August 2011 at 11:08 said...

oke la tu der..hahah..bab1 pon nak raye jugak..salah umah uh...hahah

{ missbby } at: 23 August 2011 at 11:14 said...

ishh, babi ni kacau je kan..

{ Fariza Othman } at: 23 August 2011 at 11:24 said...

die raya dulu!! hahaa

{ MissViVio } at: 23 August 2011 at 12:46 said...

hahaha...dia pon rya jgakk..:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean