header

header
hairie

Dapat KAD RAYA lagi!!

| Monday, 22 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, sekarang ni susah nak curi masa untuk menulis di sini. Semakin sibuk dengan aktiviti mengacau dodol tiap-tiap hari kecuali Jumaat. Penat tapi seronok! 

Tadi sedang lentok mengacau dodol, datang penghantar surat di depan rumah aku. Dapat kad raya lagi. Beberapa lepas pun dapat juga tapi tak sempat nak tulis kat blog jadi hari ni baru ada masa.

Cantik kad ni, macam kad  raya dari orang kenamaan! Kalau tak silap, hari Sabtu hari tu kad raya ni sampai rumah aku. Nak tahu siapa yang bagi?

Tu dia, rakan blogger aku yang bagi kas raya ni. Terima kasih Fauzi Nor. Insyaallah tahun depan aku bagi kat kau pula (^___^) 

Dan hari ini, aku dapat lagi 1 kad raya. Bila ada surat untuk aku je mesti rasa berdebar nak buka termasuklah yang ini. Kad ini agak istimewa sikit sebab ada ucapan tulisan tangan.

Tu dia.. Abaikan pantun tu sebab aku tak memandu kereta tapi aku merempit! HAHA .. Tapi kan aku belum dapat kenal pasti siapakah yang bagi kad raya ini tapi kemungkinan besar adalah daripada blogger. Sebab hari tu aku ada sertai 1 segmen untuk kad raya ni tapi aku tak ingat siapa. Sekarang ni aku tak tahu siapakan nama gerangan yang hantar kad raya ni.

Kalaulah beliau boleh letakkan seklai URL blog beliau ataupun nama penuh kan senang sikit aku nak kenal. Ada pun nama Iz..tandatangan tu membuatkan aku tertanya-tanya dan banyak kali dah aku memahamkannya. 

Tapi apa pun, terima kasihlah sebab bagi aku kad raya. Seronok juga menulis blog ni, ramai kawan yang sporting. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

6 Readers:

{ Nur Eyda } at: 22 August 2011 at 15:58 said...

rase cm nk kad raye la dari owner blog neh...boleh tak???hahahahahahaha!

{ reza al-razi } at: 22 August 2011 at 15:59 said...

dpat lagi ek kad raya dizaman2 moden nie.. haha.. dah lama x merasa kad raye.. ;-)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 22 August 2011 at 16:44 said...

Nor: hahaha bajet dh lari hehe..lgpun kad raya dh kurg la yg jual..kecewa!

Reza: haha dpt la..mne boleh ilang..tradisi kot!

{ Kaki Wayang } at: 22 August 2011 at 17:15 said...

Nak kad raya sila join d blog aku yer..minggu ni last kalau nak join..dan Khairi akan dapat satu lagi kad dari Blog Betol-betol Hangat! tulisan tangan kaoooo!!!! dah lah banyak pula tu..

{ Zul Fattah } at: 23 August 2011 at 09:39 said...

cis!!..best r ko..aku tak pernah pun dapat kad raya.. huhu

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 23 August 2011 at 09:50 said...

KW: yeahhh thankss!!!

Zul: hehe dh lame x dpt wey..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean