header

header
hairie

HADIAH dah sampai rumah! (^___^)

| Monday, 15 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, rasanya dah lama tak menulis di sini disebabkan sibuk dengan beberapa komitmen dan sekarang ni curi masa sekejap sambil kacau dodol. 

Nak cerita ni sebenarnya, tengahari tadi posmen datang rumah aku hantar bungkusan. Tapi mak aku yang ambil sebab aku tak ada di rumah waktu posmen datang. Dalam sampul surat tu macam-macam ada, ada 3 barang kesemuanya. 

Tu dia, sampul berwarna kuning yang aku rasa aku tak pernah nampak lagi rekabentuk sampul surat yang macam ini. Siap ada lapisan plastik yang mempunyai ruang udara (yang kita suka tekan-tekan sebab nak letup-letupkan). 

Siapa yang bagi ni?Lupa nak beritahu, sebenarnya Mr. Eqbalzack yang bagi hadiah ni sebab aku dah tersenarai sebagai pemenang Giveaway beliau bulan lepas. Tak dapat hadiah utama tapi dapat la juga sesuatu kan. Nak tunggu orang bagi percuma, susah sikit (^___^) 

Ada 3 barang dalam  sampul surat tersebut iaitu, tasbih, badge dan juga kad raya! 

Tasbih: Aku menang giveaway THE COLORS OF RAMADHAN Abg Eq. Tak dapat hadiah utama tapi dapat jadi pemenang terakhir. Alhamdulillah, yang penting kita dah usaha. Nak tengok entri aku mengenai giveaway ini?jom:



Badge: Ini hadiah penyertaan sahaja. Aku tak menang mahupun tersenarai sebagai pemenang tapi semua peserta untuk giveaway Eqbalzack's fan page logo  akan mendapat hadiah badge ini. Jom tengok entri aku di sini: 

Dan yang terakhir, kad raya kedua daripada Mr. Eqbalzack! Beliau dah bagi aku DUA keping kad raya dan maknanya aku kena balas la ni kan?insyaallah (^___^) 

Okay itu sahaja yang aku nak kongsi hari ini, kepada mereka yang tak pernah sertai giveaway/contest tu, jom la sertai. Sangat seronok, kalau ada rezeki kita dapatlah habuan! Yang penting kita usaha. 

**dodol tak masak lagi, jam 5.30pm baru boleh angkat.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

6 Readers:

{ cik najihah } at: 15 August 2011 at 17:13 said...

abg eq mmg pemurah kan..

{ yazidy } at: 15 August 2011 at 17:15 said...

Jeles!!!!!!

{ Nur Najwa } at: 15 August 2011 at 18:11 said...

bestnye... =D

{ aziza esa } at: 15 August 2011 at 18:26 said...

syoknye..tahniah! ^^

{ aziza esa } at: 15 August 2011 at 18:27 said...
This comment has been removed by the author.
{ Mohd Khairi Khadzir } at: 17 August 2011 at 15:06 said...

Cik: beliau kate, duti nuffnang tu dr blogger2..so GA tu sbg balasan utk pembaca blog beliau la heee

Yazzid: sila2 hahaha

Najwa: hehe

Aziza: tenkiu2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean