header

header
hairie

Kerana kucing seekor,aku dapat INJECTION!

| Thursday, 4 August 2011
Jam 12 tengah malam tadi, tiba-tiba ada seekor kucing yang tidak dikenali atau dalam bahasa jawa 'kucing maling' masuk dalam rumah aku dengan selamba tanpa rasa takut. Elok je lalu depan abg aku yang tengah online tu. Kucing-kucing aku yang lain semua ada di luar rumah sebab memang malam mereka ni tak boleh berada dalam rumah. 

Kitorg tak tahu macam mana kucing tu boleh masuk dalam rumah secara senyap tapi mungkin juga kucing tu dah buat latihan menyelinap rumah sebab tiap-tiap hari kucing tu datang rumah aku. Pernah beberapa kali masuk lalu pintu depan secara senyap waktu siang hari, aku tengok je kemudian aku sergah! padan muka!! 

Nampak je kucing tadi dah masuk rumah kami dan masuk ke ruang bilik, kami terus capai penyapu dan kayu. Aku pula dah bersedia untuk tangkap kucing tu. Hampir setengah jam kemudian aku berjaya tangkap dan pegang leher kucing tersebut. Tanpa perancangan, tak tahu nak letak mana kucing tu tapi bapak aku ambil perangkap musang yang ada di luar rumah. 

Waktu menunggu inilah yang agak mencemaskan. Kucing nak lari! dan bila tiba masanya nak masukkan kucing dalam sangkar tu, kucing tu mengamuk dan sempat melepaskan diri tapi aku dapat tangkap badannya balik! Situasi makin bahaya. Hampir terlepas lagi dan aku dapat tangkap lagi dan kali ini kucing itu hampir menggigit aku dan aku sempat elak. Kali kedua, aku tak sempat elak dan jari hantu aku telah digigit! Terpaksa lepaskan.

Sakit sangat sampai menggigil jari aku ni. Darah agak banyak yang keluar. Tapi bapak aku ngan mak dan abang aku terus berusaha menagkap kucing tersebut. Kalau tak tangkap, memang akan datang lagi kucing tu. Jam menghampiri jam 1 pagi barulah kucing tu dapat ditangkap.



Inilah rupa kucing yang berjaya ditangkapk ahirnya. Minta maaf kepada peminat-peminat kucing di luar sana, kami bukan kejam tapi kami mahu menyelamatkan keadaan. Aku pun ada bela 4 ekor kucing (plus 2 baru lahir, jadi ada 6 ekor). 

Darah aku pun dah berhenti mengalir dan mereka nak bawa aku pergi klinik tapi aku tak nak sebab nanti kena cucuk! Tapi setelah difikirkan kesannya nanti, aku terpaksa pergi juga. Aku bukan kena cakar tapi aku kena gigit! Bayangkan taring kucing tu menusuk jari aku ini! PERRGGHHH!!! 

Okay gigih cari klinik yang buka 24 jam di Bandar Batu Pahat. Klinik Nur di Jalan Rugayah dah tutup awal, nama je 24 jam! Nasib baik jumpa Klinik Hidayah (kenapa agaknya nama klinik ni banyak guna nama wanita?) . Tak ada pesakit pun kecuali aku ngan wanita cina tapi lepas daftar terus nama aku dipanggil. Macam biasa doktor tanya kenapa. 

Apa doktor buat?dia pergi cuci luka tu sambil aku menahan pedih! Kemudian dia pergi potong sedikit kulit jari aku sebab takut ada jangkitan kuman. Waktu dipotong itulah lagi perit! Mula-mula aku tengok tapi doktor kata jangan tengok! HAHA.. Okay belum lagi! doktor bagi INJECTION kat aku wey! Aku senyum tanda tak setuju tapi kena jugak! Suntikan tu sebenarnya untuk elak daripada kena kancing gigi yang berpunca dari air liur kucing dan suntikan ini boleh bertahan selama 5 tahun. Dan sebab itulah harga suntikan ini sahaja, RM50! 





Hari ini dah boleh buka balutan ni tapi aku biar dulu, petang nanti baru buka. Agak sakit apabila doktor tu sedang membalut tangan aku ni. Tapi masih terasa sakitnya sehingga pagi tadi. Sekarang dah makin okay.

Jadi bila dicampur ngan ubat antibiotik, surut bengkak dan tahan sakit semuanya berjumlah RM100. Mahal bukan tapi itulah klinik swasta. Nak tak nak kena ambil juga! Doktor kata, ada kes yang sampai potong jari, mungkin sebab kuman dah merebak. Aku bernasib baik hanya dicuci dan berbalut. Kalau dijahit, tak tahu macam manalah! Okay itu sahaja untuk cerita ini

S E K I A N   T ER I M A   K A S I H 

13 Readers:

{ peachippo } at: 4 August 2011 at 13:02 said...

hohohoo..bahaya!
cik pom peminat kucing tapi takot sikit yg wane hitam legam tuu...hehehe..btw,kucing cik baru beranak semalam 4ekor! :)

{ cucu umie } at: 4 August 2011 at 13:05 said...

memang bahaya bro kne gigitian kucing ini.. tgok shje mcm tidak bhye tpy boleh effects kot.. and one more thing, biaselah stndrd namepon klinik swasta..huhhu

{ Munna } at: 4 August 2011 at 13:08 said...

gigitan kucing mmg berbisa...aritu pnh masuk paper ada pakcik sorg ni kena potong kaki sbb kucing gigit...

{ CikHanis } at: 4 August 2011 at 13:11 said...

dats y i xsuke kucing.die suke geget geget!

{ Miss Nadya } at: 4 August 2011 at 13:30 said...

nad tak suka kucing hitam..:(
even nad hantu kucing..tapi kucing hitam nad suroh jer dyer pergi..:)

{ NURUL NADIAH MAMAT } at: 4 August 2011 at 14:30 said...

waaa....xsuka 'kucing maling'....
ari tue dah buang kat pasar...sebab selalu sgt msk rmh..huhu...

Semoga cepat sembuh...

{ syazwani 'atiqah } at: 4 August 2011 at 14:57 said...

bahaya2..gigitan kucing bole bwk maut..get well soon..

{ dylla abas } at: 4 August 2011 at 16:06 said...

pernah kena gigit kucing gak..tp idak ler sampai kena g klinik..nasib badan :p

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 4 August 2011 at 18:12 said...

peachippo: memg bhaya! ...huhu

cucu: doktor kate air liur kuicng tu yg boleh bg efek..

Munna: yg kne potong tu mybe dh lame sgt kot then kuman dh merebak..

Anis: ko suke alep x?hehe

Nadya: haha ade kucing itam yg comel..hehe

Nadiah: haha strategik btol buang kucing kt pasar..hehehe

Wani: tu la..abb tu kne pg klinik jgk.. thanks!

Dylla: klau kne gigit2 manje xkesah la..klau dh berdarah, nk wt cmane.hee

{ Nur Eyda } at: 4 August 2011 at 18:31 said...

ya allah...cmne leh jdi cenggini...em xpe la...semoga tngn tuh cepat sembuh ti cm ne nk wat dodol masa raya..hehe...kurng da mas kawen ko kery...hik3....

{ fadhdeela } at: 4 August 2011 at 21:49 said...

ciannyer!! sakitt tau kena gigit kucing..pernah kena dulu tp bkn gigit tp kena cakar..sakitt!! tu sbb skrg takut ngan kucing..

Meh sini: Safee Sali & Amirulhadi Dihina Sebagai Monyet Oleh Isteri Ketua Pasukan Singapura.

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 4 August 2011 at 23:18 said...

nor: hehe..insyallah akn okay..sempat lagi gelak2 mase darah tgh kuar..hehe..mas kawin kurang?haha.. xkesah pun HAHA

Fadheela: kne cakar tu okay lg..ni forst time kne gigit dgn tragis..kucing sndiri pun gigit biase2 je..huhu

{ ada mansor } at: 18 March 2016 at 11:23 said...

Salam. Saya pun kena gigit kucing harini. Kes sama mcm awak. Pergi klinik cuci luka, dapat antibiotik tu semua. Insyaallah , x ada apa apa kan. Risau jgk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean