header

header
hairie

Kerepek oh kerepek! Disebabkan kau, kilang ni jadi besar..

| Monday, 15 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, rasanya dah beberapa hari dan agak lama tak online dan menulis di sini. Sebab utama?sibuk dengan projek raya bapak aku (dodol jer) dan juga akibat keadaan cuaca panas yang membuatkan aku malas nak menghadap laptop

Kisahnya, aku ikut bapak aku pergi ke kilang kerepek yang paling popular di Parit Sulong ini, di kampung sebelah ni je. Di sinilah bapak aku letakkan dodol, seminggu sekali hantar di kilang kerepek ini. Sekali hantar, cepat habis. Dah macam jajan pula aku tegok dodol ni kan. 

Dulu kan, kilang ni kecil sahaja di sebelah rumah tapi sekarang dah makin besar. Tapi bukan di sebelah rumahnya, sekarang ni ada tanah sendiri untuk kilang kerepek tersebut iaitu tak jauh daripada pintu masuk Kampung Parit Lapis Laman. Lupa nak beritahu pemilik kilang kerepek ini iaitu En Tugi dan Zaironah.

Foto di atas tu adalah bangunan baru yang dicantum dengan bangunan lama bersebelahan. Makin besar ruang, makin banyak barang yang datang dan makin ramai pelanggan.

Rasanya sekarang ni kilang ini tak lagi memproses kerepek ubi pedas kerana bekalan kerepek dah habis jadi bagi penggemar kerepek ubi pedas yang basah tu, sila simpan hasrat anda sehingga lepas raya ok (^___^) 

Tak tahu apa sebab utamanya tapi rasanya macam tu la, bekalan kerepek dah habis. Jadi, kena pilih kerepek lain sebagai alternatif.





Korang rasa harga ini berbaloi tak dengan kuantitinya? Kebanyakan pelanggan tetap yang datang sini kata di sinilah terdapanya harga kerepek yang paling murah. Mungkin juga kan.

Macam-macam ada selain kerepek. Dah ak nampak rupa kerepek ubi pedas tempat ni. Nama sahaja kilang kerepek ubi pedas tapi kuih raya yang banyak.

Percaya tak kalau aku kata yang kuih-kuih ini bakal habis sebelum aidilfitri ini? Aku memang tak pernah nampak lagi macam mana bersih sucinya rak-rak ini tapi menurut cerita tauke dan juga pelanggan tetap, kalau nak raya semuanya habis dibeli orang. Kalau korang nak tahu, kedudukan kilang ini dikelilingi kawasan kampung dan pekan Parit Sulong agak jauh iaitu dalam 5 minit sampai dari kilang ini. Kenapa tak serang je di pekan?sini juga yang habis dulu.

Di kala semua orang sibuk dengan kerepek dan tauke sedang sibuk dengan barang-barang yang baru masuk, aku dengan bapak aku menyelinap masuk ke dapur (dengan kebenaran tauke ok). Bapak aku nak beli plastik untuk dodol jadi kena la ambil sendiri. 

Nampak mesin tu?bentuk macam lori simen tu kan?sebenarnya mesin ini untuk kegunaan menyira kerepek menjadi kerepek ubi pedas. Sambal dengan kerepek ubi bersatu dalam ni laa.. lepas tu barulah korang boleh makan. Tahun lepas, ada pelanggan yang sanggup menunggu di bahagian dapur ini semata-mata nak dapatkan kerepek  ubi pedas ni. Gigih! 


Ni dua orang tauke dodol sedang bercakap mengenai produk dodol yang dikeluarkan oleh orang lain. Entah apa yang diperkatakan agaknya, membuat perbandingan dengan dodol masing-masing. Eloklah, sorang buat pakai mesin, sorang lagi buat pakai tangan (manual). 


Jadi, siapa-siapa yang nak beli kerepek, sila datang sekarang sebab takut nanti dekat-dekat raya korang tak dapat pula. Sekarang ni pun, hujung minggu dah ramai pelanggan yang datang. Kawasan letak kereta pun sentiasa penuh. Jadi rancanglah aidilfitri anda. Eh! puasa dulu (^___^) 


S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

10 Readers:

{ ayie } at: 15 August 2011 at 17:20 said...

datang parit nak beli dodol la..hehe

{ Nur Eyda } at: 15 August 2011 at 17:38 said...

kery! nak dodol! nak kerepek! nak kad raya!hehehehehehehehhee

{ kaseh suchi } at: 15 August 2011 at 18:12 said...

jaoh benno nak p beli repek

{ Afsar } at: 15 August 2011 at 18:57 said...

mmg suker makan kerepek..bg diskaun??hahahaha

{ izzati hamimi } at: 15 August 2011 at 22:15 said...

wak tugiiiii..nak kepek pisang sebundel..hehehe....
dh len dh kilang wak tugi..dulu pg sane xde la sebesar ni..alhamdulillah..rezeki die

{ KhAiReDzAiMy } at: 16 August 2011 at 01:43 said...

Meamng btul... kat Parit Lapis Laman nie la paling popular kerepak harga paling murah... aq seblum balik ktn singgah dulu kat sini beli kerepek...

{ Golden Rose } at: 16 August 2011 at 09:14 said...

bestnye dekat je kilang ni...suke kopok ubi pedas & dodol tapi jauh la plak

{ Baju Kurung Budak } at: 16 August 2011 at 10:20 said...

Salam.
Besarnya kilang dia. Semoga satu hari nanti saya pun dapat buat macam ni gak.... Hihihihi....

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 17 August 2011 at 15:04 said...

Ayie: parit mne nih ?haha

Nur: haha meh2 sini

Kaseh: haha ramai snggup mcm tu

Afsar: haha tu tnye tauke haha

Jet: mkin beso sbb brg mkin bnyk

Khairedzaimy: hha btol tu...

Golden Rose: haha smuanya sdap2 ..meh le singgh

BKB: insyaallah yg pnting kine kne usaha lbey! hehe

{ Adib } at: 4 September 2011 at 01:54 said...

memag licin lepas raya, 2 tahun lepas aku dtg raya ke 5, rak dia licin, boleh buat tidur, tp ubi pedas basah wak tugi mmg terbaik, kalau mkn xbole berenti, walau pn sakit dh mulut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean