header

header
hairie

MUNJUNG, anda tahu maksudnya apa?

| Thursday, 11 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini nak kongsi dengan korang semua tentang satu amalan masyarakat Melayu kita yang masih diamalkan di kampung-kampung, terutamanya dalam masyarakat Jawa. Siapa Jawa?aku la (^___^) 

Apa itu munjung?Aku tak pasti apa ayat sebenar dalam bahasa melayu untuk munjung. Tapi dengan bahasa mudahnya, munjung tu bermaksud memberikan juadah/makanan kepada saudara mara terdekat dan juga jiran dalam bulan Ramadhan. Macam bersedekah.

Dalam munjung ni, juadahnya tak kisah tapi biasanya mesti menggunakan nasi, kira judah yang berat-berat la bukan juadah yang ringan macam kuih-muih. Bila dah ada nasi mestilah kena ada lauk kan? Ikut tradisi, kalau tak silap ada ayam masak kicap ataupun ayam masak lemak, sambal goreng dan juga lain-lain. Tapi semua tu ikut kemampuan masing-masing, kalau ada rezeki lebih boleh buat lagi banyak lauk. Asalkan tak menunjuk (^___^) 

Ramadhan tahun ini aku berpeluang untuk sama-sama menyediakan juadah dan juga menghantarnya ke rumah-rumah yang berkenaan. Tahun-tahun lepas berpuasa di Shah Alam dan dah nak dekat raya baru balik kampung. Menu tahun ni agak ringkas sahaja tapi sedap je kan kalau orang dah bagi, takkan nak tolak rezeki kan. 


Masak lemak labu + kacang panjang + lobak. Tapi panggil masak lemak labu jugak!

Ayam goreng sahaja. Petua nak elakkan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam ini daripada kotor adalah dengan mencampakkan beberapa ulas bawang putih yang telah dikupas ke dalam kuali tersebut. Dan untuk buat rempah(dalam bahasa jawa 'bumbu')  ayam tu, jangan letakkan bawang putih.

Sambal udang. Baru tau, sebelum direbus, udang tu berwarna kelabu tapi bila tengah dan siap direbus, udang tu bertukar ke warna merah. Kalau goreng pun aku rasa macam itu juga agaknya kan.

Kalau keluarga aku yang munjung ni kan, hampir sekampung kami hantar. Bayangkan kami kena sediakan hampir 50 bungkusan makanan untuk saudara mara. Amboi, ramai betul sedara ko! Nak buat macam mana kan, mak bapak aku jodoh sekampung, jadi pusing-pusing pun saudara sendiri juga. 

Siap bungkus, waktu untuk hantar! Aktiviti paling seronok. Datang rumah orang bagi salam (^___^) dan soalan paling popular sepanjang aku hantar juadah tu: "Bila cuti?dah lama kau kat rumah?" Mak cik oi, saya ni dah berbulan-bulan ada di rumah, bukannya saya terperap dalam rumah. Siap ulang alik darat laut lagi. Mak cik ni yang tak nampak saya kan.

Dan bagi mereka yang tak sempat ataupun tak dapat nak masak-masak, biasanya mereka akan memberi bahan mentah untuk masakan seperti sardin, gula, dan tepung. Tapi mak aku tak suka macam tu, baik masak lagi sedap! boleh dimakan terus. Terpulanglah kepada individu. Kita ni melayu, bnayak adat tradisi yang menarik kan. 

Ramai yang tanya kenapa buat awal?minggu depan kami dah sibuk dengan hal duniawi. Eh! sibuk dengan dodol la. Mana ada masa nak masak-masak macam ni lagi. Okay itu sahajalah yang aku nak kongsi. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

24 Readers:

{ ayie } at: 11 August 2011 at 00:27 said...

waah sedapnyeeeeeeee... feveret tol gulai labu..

{ Lady Leaya } at: 11 August 2011 at 00:27 said...

nok, cane nk letak button share tuh?

{ Sarah Zulkipli } at: 11 August 2011 at 00:27 said...

Wah, seronoknya! :) Nasi ambang tahu kan?

{ msi.my } at: 11 August 2011 at 00:41 said...

kat umah aku biase anta pulut kuning+rendang ayam/daging..ko pnye lagi menarik.hihi.nak order untuk sahur boleh??meh anta kat umah aku..hehhhee =p

{ Luqaz™ } at: 11 August 2011 at 00:50 said...

baru aku tau munjung... xpnah dgr sblm nie..haha.. wah, mmg meriah la kn masak satu kmpg trus..haha

www.luqaz.com

{ DyanaYunus } at: 11 August 2011 at 00:51 said...

taktau kenapa. tapi suka entri ni! :) munjung la ke shah alam ni juga! ;p

{ .........cP~ } at: 11 August 2011 at 00:56 said...

lepas ni buat tajuk "puluran" pulak..

{ KhAiReDzAiMy } at: 11 August 2011 at 01:08 said...

ayat jawa baru aq blajar hari nie...
Nice entry....

Munjung nie macam bontrot (Bahasa Banjar) x pasti ejjan nie betul atau x.. Hu.. Hu..

{ Amin } at: 11 August 2011 at 04:06 said...

delivery please...erk

{ Dhiya Fariza } at: 11 August 2011 at 06:10 said...

thanks for the new word ;)

{ dylla abas } at: 11 August 2011 at 10:18 said...

lama dah x mkn sambal goreng.kena cr kwn org jawa ni.br dpt rasa mkn kot..huhu :p

{ linda a.k.a ibusumaiyah } at: 11 August 2011 at 10:30 said...

i seee...bagus amalan munjung tu..(first time tau munjung)...mmm aktiviti ni di buat setiap hari ker?..atau gilir-gilir ?

maaf...nak tahu plak rasanya..:)

{ mizzkechique } at: 11 August 2011 at 10:41 said...

hehe...hr tu buat entry pasal munjung ni..

sgt suke time antar punjungan tu.. berlawan2 dgn adik sape siap dulu..haha..

{ FaradyanaAzman } at: 11 August 2011 at 11:14 said...

selalu nye time hujung2 puasa mmg xpayah nk masak kat umah.. sebab time tu ramai jiran2 munjung kt umah...

(sy pun anak jawa)

{ Masduranisaqaseh } at: 11 August 2011 at 11:23 said...

mmg best munjung nihhhh... tp sy x panggil munjung.... aktiviti ni lama dh x dipraktikkan ... sejak dh berpindah ke bandar urban.... huhuhu

{ izzati hamimi } at: 11 August 2011 at 11:31 said...

huuuuu~~

{ Lady Leaya } at: 11 August 2011 at 14:08 said...

munjung aku biasanya petang before raya tu masak lebih, menu, rendang, ketupat, kuah kacang, lodeh. takdela hantar sekampung, bagi sedara mara je..adala kurang supluh org...tukar2 plastik. ouh, saya org banjar. :)))))

{ ayie } at: 11 August 2011 at 16:42 said...

munjung ke seremban xde ke?hehe

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 11 August 2011 at 23:36 said...

Ayie: haha sedap kot!sory, seremban jauh sgt HAHA

Sarah: haha mesti la tau..

Sharoll: haha.. nk order kne mkn trus kt umah aku haha

Luqaz: haha mksud satu kmpung tu sbnrnya, saudara mara kitorg ni ramai hampir skampung ...

Dyana: thanks! haha smpai shah alam gerenti basi haha

Cp: haha insyaallah klau ada seru nnt haha

Khairedzaimy: hehe thanks! haa lbey kurg la tu

AMin: haha xde kauntr delivery la hehe

Dhiya: hehe welkam!

Dylla: haha time knduri kawin biasa ada

LidA: erk stahun skali time ramadhan jer.. bukn gilir2 ..ni brgntung kpd individu..klau nk buat, buat la tu je..hehe

Mizz: hahah dengki kan ngan adik! HAHA

Fara: haha klau rumah aku bukn hujung2 tp tiap2 ahad dlm buln puasa, memg ramai yg munjung haha

MAs: haha boleh je buat kt bndr tu hehe

Jet: haha

Alia:haha sedara mak bapak aku hampir skampung..nk wt cmane kn haha

{ NURUL AINI NORAZMAN } at: 12 August 2011 at 02:05 said...

haa??tak pernah dgr pon mcm ni..mcm best nye..hahaha

tmpat aini pggil exchange menu with neighbours,.hahahaha *poyo skit

{ Edy Zaidi } at: 12 August 2011 at 09:43 said...

mengunjung la ni kan...biasa kat BP mmg macam ni...tiba2 nak balik BP..haha

{ FaradyanaAzman } at: 12 August 2011 at 11:39 said...

wah... best nye.. setiap ahad pun ade orang bagi... mesti kaw rumah mmg orang jawa..
huhu

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 12 August 2011 at 22:15 said...

Ain: haha kbey kurg la cmtu...hehe

Edy: haah! haha jom la blik... haha

Fara: haha memg aku org jawa pun hehe

{ Azwa Azee } at: 20 August 2011 at 06:00 said...

awalnya buat munjung?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean