header

header
hairie

SOMALIA: Kemarau dan kebuluran teruk!

| Friday, 19 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Sejak akhir-akhir ini kan kita dikejutkan dengan  fenomena kemarau yang melampau di Afrika dan antara negara-negara yang terjejas dengan fenomena alam ini termasuk Djibouti, Ethiopia, Somalia dan Kenya.

Yang paling teruk dilanda sekarang ni adalah di Somalia di mana ramai kanak-kanak bawah 5 tahun meninggal dunia akibat kekurangan zat. Dan sebagaimana yang kita tahu, Somalia ni mempunyai penduduk beragama Islam yang ramai. 

Mereka ni bukan sahaja menghadapi masalah kebuluran tetapi juga berhadapan dengan pengganas militan serta perogol. Begitu hebat ujian yang Allah turunkan kepada mereka. 

Baru-baru ini Islamic Relief Malaysia (IRM) telah melancarkan tabung Somalia sebagai tanda simpati dan memberi bantuan kepada saudara kita di sana.

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Islamic Relief Malaysia (IRM) hari ini melancarkan Tabung Krisis Kebuluran Somalia (SEA) bagi membantu penduduk Somalia, Kenya dan Habsyah yang kini berdepan dengan kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun.

Presiden IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, kemusnahan yang berlaku di tiga negara dengan populasi kira-kira 10 juta itu turut meliputi kemusnahan tanaman dan ternakan.

Dengan sumbangan kita nanti insyaallah ia akan mengurangkan beban penduduk di benua Afrika itu daripada terus kebuluran. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengisi perut dengan sumbangan kita nanti. 


Apa yang aku baca pada akhbar hari ini,Pertubuhan Negara Islam OIC telah mengeluarkan dana berbilion ringgit untuk mengatasi masalah ini. Alhamdulillah, berfungsi juga pertubuhan-pertubuhan sebegini. Di mana Liga Arab?adakah duit mereka dah habis buat bangunan tinggi-tinggi?Harapnya mereka juga turut membantu. 


Anda nak memberi sumbangan?

Mereka yang ingin membantu boleh menyumbang terus ke akaun 562142708704 (Maybank) atau 12590000804058 bagi CIMB.


Sementara itu, maklumat lanjut mengenai usaha kemanusiaan itu boleh didapati dengan menghubungi IRM di talian 03-89486334 atau e-mel ke info@irmblog.org.



S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

2 Readers:

{ Ajeyy Rawk } at: 20 August 2011 at 08:59 said...

salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

{ Syafiq Rosli } at: 22 August 2011 at 13:47 said...

tuh la aku tgk kesian dorang..kering tggl tulang je..nasib lah ade doktor pakar kita trun sn kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean