header

header
hairie

STOK dah sampai!

| Tuesday, 2 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, tak sabar nak buat WW kejap lagi insyaallah ataupun esok baru buat entri untuk WW. Tak apa, kita tinggal dulu cerita WW.

Hari ni nak cerita, petang tadi tengah sedap tidur tiba-tiba dikejutkan dengan sebuah lori aku tak tahu berapa tan datang rumah. Kenapa dengan lori tu? STOK dah sampai... ni la, bahan-bahan utama untuk buat dodol dah sampai. Bertimbun-timbun aku tengok. 

Tengok tu, tak tahu nak letak mana barang-barang ni. Banyak sangat! Tapi bagi memenuhi permintaan pelanggan, tepi tilam pun boleh juga letak! HAHA tak boleh letak sembarangan sebab rumah aku ni macam zoo, dari binatang paling kecil sehinggalah binatang paling tak suci pun ada. 

Apa lagi, ruang tamu lah yag menjadi mangsa tapi tak apa, sebelum raya barang-barang ini akan habis dan tak adalah ganggu sangat persiapan raya nanti (^___^) 

Lupa nak beritahu, barang tu adalah gula melaka dan juga tepung pulut, bahan utama nak buat dodol. Ramai yang kata sedap tapi belum lagi menembusi pasaran antarabangsa (^___^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

9 Readers:

{ ayie } at: 2 August 2011 at 23:45 said...

waa hebat satu lori bawak bahan dodol..memang usahawan dodol berjaya ni

{ HAZWANmohd } at: 3 August 2011 at 00:07 said...

wahhhh~ meriah stok~ import dari melaka ke?
haha
ley la wat rombongan meminang dodol ni~ hee

{ NadiRah } at: 3 August 2011 at 02:17 said...

byknye!!!!!
lenguh tgn dok ngacau dodol ni...
huhuhu

{ Ezay Hadry } at: 3 August 2011 at 05:40 said...

wah banyak wey..
mule2 aku ingat stok mercun..
haha

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 3 August 2011 at 06:33 said...

Ayie: haha.. xde le hebat mane pun tp just trkjot bnyk sgt haha..

Wan: haha aku xpasti la gula tu gula melaka btol..sbb gula melaka original memang mahal..heee

Nadirah: haha xlenguh pun sbb dh biase hee

Ezad: haha stok mercun?lom lg tu..haha

{ alif ismail } at: 3 August 2011 at 06:47 said...

fuh...tokeh dodol rupenye... bagus2!!!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 3 August 2011 at 06:52 said...

Alif: haha bukn kau tp bapak aku hehe

{ tomatokering :) } at: 3 August 2011 at 23:05 said...

wahhh pandai buat dodol ye .. nyumm3 pos sikit ;p

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 3 August 2011 at 23:24 said...

Tomato: bukan saya yg buat tapi bapak saya hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean