header

header
hairie

VIDEO Pelajar Malaysia Dibelasah & Disamun dalam rusuhan di London

| Wednesday, 10 August 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, akhbar hari ini dan berita di televisyen malam tadi banyak menyiarkan mengenai rusuhan yang berlaku di kota London yang selama ini aman. Segala-galanya berpunca daripada kematian seorang remaja kulit hitam akibat ditembak oleh polis. 


"Ekoran itu, protes bertukar menjadi rusuhan dan merebak ke seluruh kota itu sebelum ke tiga bandar raya utama iaitu Birmingham, Bristol dan Liverpool, semalam" (Utusan Malaysia, 10 Ogos 2011)


Rasanya semua dah tahu apa yang berlaku kan?Dan kali ini aku nak kongsi video perusuh membelasah dan menyamun seorang pelajar Malaysia yang bernama Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20 tahun. Menur ut info, Asyraf pada ketika itu sedang keluar untuk membeli juadah berbuka puasa. 

Dah la kena belasah, lepas itu disamun pula. Kalau anda lihat, salah seorang remaja dari kumpulan perusuh tersebut dengan selamba membuka beg Asyraf dan mengambil barang yang ada. Bayangkan kalau VAIO, iPad ataupun benda paling anda sayang diambil dalam situasi begini, anda mesti paling sayangkan nyawa bukan?

Setakat ini macam-macam kesan dah berlaku akibat daripada rusuhan tersebut. Perlawanan persahabatan antara Belanda dan England terpaksa dibatalkan. Wayne Rooney dan juga Rio Ferdinand yang menyuarakan kekecewaan akibat pembatalan perlawanan tersebut. Tiket dah jual 70 000 tapi nak buat macam mana kan. Terpaksa dibatalkan juga.

Dan sekarang ini berlangsungnnya perlawanan Badminton Kejohanan Dunia di Wembley. Walaupun Wembley aman dan tiada rusuhan, pasukan badminton dari seluruh dunia termasuk Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga sebagai keselamatan. Malaysia melarang geng-geng Datuk Lee Chong Wei daripada keluar dari tempat penginapan tanpa kebenaran. Kalau jadi apa-apa, nanti susah!

Juga Olimpik 2012 akan berlangsung pada tahun hadapan. Hal ini merisaukan mereka yang bakal menyertai sukan terbesar tersebut. Adakah London selamat?Sekarang ini pihak keselamatan London atau dengan mudah Britain perlu meleraikan rusuhan dengan segera dan keamanan dapat dipulihkan. Kalau tak, tahun depan sukan Olimpik tak meriah dan menakutkan! 

Sumber artikel: 




S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

4 Readers:

{ Wan Zulqhairi } at: 10 August 2011 at 14:37 said...

ish depa ni.. xhormat lgsung kt foreigner.. dah la student plak tu..

{ shafiqabdshukor } at: 10 August 2011 at 15:08 said...

kesian..
dh la kena pukul.. handphone kena curi lak tu..
dugaan menuntut ilmu....

{ Muhamad Zaki khairul } at: 10 August 2011 at 15:17 said...

tu lahh pasal. terok betol ! hopefully kat Malaysia nie tak berlaku mcm nie.

{ sengat } at: 11 August 2011 at 00:23 said...

aduyai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean