header

header
hairie

GIVEAWAY " ANUAR ZAIN vs SITI NURHALIZA"

| Friday, 30 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian, pagi ni berlangsung dari kampung bukan dari Shah Alam. Kenapa di kampung? sambung tangkap gambar tapak kajian untuk inventori dan analisis tapak.

Hari ini aku nak sertai Giveaway bulan Oktober yang dianjurkan oleh blogger otai ni, Mr. EqbalZack yang mana bakal bergelar Dr. Eqbal Zakaria insyaallah (^___^). Mudah sahaja GA beliau ni dan sebab itulah setiap kali beliau buat GA, aku mesti sertai sekali. Kalau ada rezeki, adalah tu kan. 

Anuar Zain dan Dato' Siti Nurhaliza ni pernah beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu tapi sekarang mereka berdua sudah tidak bertanding lagi di pentas tersebut. Kali pertama mereka berdua beraksi di pentas AJL adalah pada tahun 1996 di mana pada tahun tersebut Siti Nurhaliza bertanding untuk lagi Jerat Percintaan manakala Anuar Zain pada ketika itu menjadi penari latar untuk persembahan tersebut. Jom tengok video ni:

 Nampak Anuar Zain dengan pakaian berwarna kelabu tu?

Dan mereka berdua ni juga pernah beraksi di pentas Istana Budaya dengan gaya yang tersendiri melontarkan vokal yang penuh bergaya dan HEBAT! Tapi aku tak berpeluang mengikuti secara langsung persembahan mereka.










Okay aku nak kongsi lagi satu video klip persembahan mereka berdua ni, lagu raya Halaman Asmara yang mana penyanyi asalnya adalah Awie dan Ziana Zain. 


Jom kita tengok perbualan ringkas sambil bergaduh antara Anuar Zain dan Dato' Siti:






Kontroversi! HAHA itu sahajalah aku punya nukilan ringkas ni tapi rasanya macam panjang je kan. 

Kalau korang semua nak sertai GA ini meh la klik ke pautan di bawah ini:

Jangan lambat, nanti tak sempat. Lagipun hadiah ada 2 sahaja tak banyak macam selalu kan Abg Eq (^___^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Jersi dan Tshirt dah sampai!

|
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian, hari ini nak kongsi cerita barang yang aku dapat lagi. Kali ini bukan hadiah tapi benda yang aku beli secara online.

Semalam aku dah cerita pasal hadiah yang dalam bungkusan coklat tu tapi kali ini aku nak cerita bungkusan putih yang bawah tu.

Okay gambar terbalik, sebab kenapa?tak tahu tapi tulah takdirnya. Sebenarnya aku dah lama buat survey  ke atas barang yang nak beli ni sejak bulan Ramadhan hari tu di Facebook. Setelah lama melakukan kajian di album pemilik profil facebook tersebut, barulah aku bersedia untuk membeli dan membuat bayaran melalui bank pada minggu lalu (minggu kedua semester baru). Segalanya berjalan dengan lancar. Dan hari ini benda tu dah ada di rumah.

Inilah barangnya. Jersi terbaru pasukan bola sepak Chelsea dan juga tshirt rasmi pasukan bola sepak Malaysia. Kenapa aku beli? memang dua-dua warna biru iaitu warna kegemaran aku tapi aku beli sebab aku rasa jersi Chelsea tu menarik walaupun aku tak berapa tahu tentnag perkembangan bola sepak ni. Tshirt ni pun cantik juga, nak beli di sini semuanya mahal dan tak berkenan. Kalau korang nak tahu jumlah semua ni hanya RM75 termasuk kos penghantaran RM5. Bagi aku sangat murah. 

Okay, itu sahaja yang aku nak kongsi. Sekejap, bila aku nak pakai baju ni? Yang berkolar tu tentunya pakai masa nak pergi studio a.k.a kelas dan jersi tu pakai bila aku rasa nak pakai.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I  H

Hadiah Giveaway Domo Kun dah sampai!

| Thursday, 29 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian, petang tadi baru sahaja sampai kampung terus cari barang yang posmen hantar ke rumah aku. Alhamdulillah benda tu dah sampai rumah dengan selamat.

Sampai rumah je tengok atas meja ada 2 bungkusan ni. Berdebar nak buka walaupun dah tahu apa isinya. Aku nak cerita benda yang dalam bungkusan coklat tu dulu, yang bungkusan bawah tu entri lain.

Tu dia.. Domo Kun yang comel dah sampai rumah! Siapa bagi? siapa lagi, penganjur Giveaway Domo Kun  la Abg Eq.. Bagde eqbalzack.com pun ada dia bagi juga, jadi aku dah ada 2 bagde yang serupa, nak buat koleksi (^__^)

Kualiti foto kali ni agak kurang sebab pakai kamera telefon bimbit sahaja. Kalau korang nak baca entri aku dalam GA ini jom klik pautan di bawah ni:
 
Ini entri pemenang Giveaway Saya Suka Domo lah!:
 
Alhamdulillah, kali ini rezeki menyebelahi aku lagi. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada penganjur, Eqbalzack.com sebab sudi pilih saya sebagai salah seorang pemenang. Sekali lagi nak pegang ayat ini; kalau kita usaha lebih mesti akan ada hasilnya kan (^___^)  

S E K I A N  T E R I M A   K A S I H

Consultation Session : Antara Pensyarah dan juga Pelajar, PENTING!

|
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian, alhamdulillah petang tadi jam 6.45 petang selamat sampai rumah di kampung. Kenapa nak balik? Yang pertama sekali aku nak sambung kajian tapak aku di pekan Parit Sulong dan juga nenek aku ada buat kenduri arwah. Konsepnya, kalau hujung minggu tak sibuk bolehlah balik kampung.

Alhamdulillah tajuk aku ni dah diluluskan tapi siapa sangkan yang tajuk ini akan berubah bila-bila masa sahaja bergantung kepada pensyarah. Kalau diorang rasa tak sesuai, kenalah tukar tapi harapnya masih berada di landasan yang betul lagi.

Inilah yang dikatakan sesi rundingan antara pelajar dan juga pensyarah. Sesi ini sangat penting kepada semua pelajar sebab waktu inilah para pensyarah nak tahu apa yang kita nak buat dan tahu macam mana progress projek kita. Dan semestinya, pensyarah yang bagi markah kan? Jadi hormatilah pensyarah anda..

Pagi tadi rasanya semua pelajar studio 08 sangat berdebar menanti keputusan daripada para pensyarah di mana mereka ini yang menentukan sama ada tajuk dan juga tapak kajian kami sesuai dan memuaskan hati mereka.

Kesian juga dengan kawan-kawan aku yang tajuk dan tapak kajiannya tidak diluluskan. Mesti sangat tertekan walaupun nampak biasa je kan. Si Md Azrin ni, tapak kajian dah okay tapi tajuk kena tukar sikit. Aku dah bincang dengan Yanti dan dah banyak kali aku tengok pelan tapak pekan Ayer Hitam tu tapi tak jumpa ayat yang sesuai dan isu yang kuat di tapak tersebut. Harapnya lepas ni kau boleh teruskan Md! Dan yang lain-lain tu pun semoga berjaya juga! PM Anuar dah bagi tapak kajian baru khas buat mereka yang bermasalah iaitu tapak Fakulti Seni Bina, Perancangan Dan Ukur FSPU. 

Dah selesai sesi rundingan dan juga lecture, sekarang ini sesi mengisi perut dan menghabiskan stok makanan. PEmbakar roti dah ada, apa lagi melantaklah roti bakar cicah sup cendawan segera. SEDAP! Yang menariknya, bila tengah bakar roti habis satu studio 08 bau wangi berlemak roti tersebut. Nasib baik pensyarah tengah sibuk meluahkan perasaan dengan pelajar lain.

**Esok pagi nak nyawit dan lepas sembahyang Jumaat nak turun ke tapak kajian, Sabtu pun nak turun lagi..

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Studio Terbuka MerdekaRaya 2011 I MERIAH

|























Assalamualaikum kawan-kawan pembaca blog aku ini, hari ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang 1 peristiwa/majlis yang diadakan di jabatan kami (Jabatan Seni Bina Landskap UiTM Shah Alam) iaitu ala-ala rumah terbuka peringkat jabatan sahaja. Di mana, setiap semester diwajibkan menyediakan juadah tak kiralah kuih ataupun apa sahaja asalkan ada makanan untuk tetamu yang datang. Biasalah kan, nama pun rumah terbuka raya.


Kami di Studio 08 (semester 08) rasanya yang paling banyak makanan. Menu utama, nasi tomato, ayam masak merah dan juga kari daging serta sayur. Okay tak cukup! Setelah berbincang kami bersetuju bahawa setiap rumah sewa mesti menyediakan menu tambahan. Antaranya spageti, nasi himpit cicah kuah kacang, lengkong, popiah pedas, kek coklat, dan pelbagai jenis  kuih raya. Ni ala-ala potluck la bak kata Leia Ar.

Nampak macam agar-agar biasa tapi rasanya subhanallah.. sedap berlemak. Siapa yang buat?Ni budak rumah Yanti yang buat. Tak pasti nak panggil agar-agar apa, coklat atau milo..

Usaha menghidupkan suasana raya yang sederhana dan menjikmatkan kos. Tiba-tiba dalam almari studio ni ada banyak pelita kosong. apa lagi kami pun cuba 'menghidupkan api' pelita ni. Berjaya tak?Idea dari Siti Mahirah.

Aku tak pasti nama sebenar kuih ini tapi rasanya ramai yang panggil ni popiah sambal. Yang ini geng Farah Samson D'Diana yang buat.

Yang bawah ini kalau menurut mak aku kuih kastard namanya. Warna kuning pekat tu nampak sangat menyelerakan. Nak tahu rahsia resepi?sila tanya kepada Lelawani sebab dia yang buat.





















Nasi himpit ni aku yang beli tapi Syuee yang masak sekali dengan kuah kacang. Kira aku terlibat juga kan dengan nasi himpit ni HAHA.. Spageti yang kat sebelah tu rumah Hawa yang uruskan. Siap bawa periuk sampai atas meja lagi. Jadi, nak bagi lebih menarik dan sopan, kami ikatkan reben pada periuk tersebut. 




Inilah hasilnya setelah digabungkan! Banyak bukan. Tapi alhamdulillah habis semuanya. Menu utama ni kami tempah pakai katering milik kawan Mahirah merangkap ex..... tetttt!!! terhenti seketika!

Buat pertama kalinya, kami mengadakan aktiviti marhaban dari studio ke studio. Bagi mereka yang tak pernah merasa suasana marhaban ni macam Nik Wani, mesti teruja kan HAHA..



Skrip marhaban ni aku dah susun elok tinggal baca. Tapi kitorang ni dengan sungguh bergaya memanjang-manjangkan marhaban ni. Cukup pendek dah aku buat tu. Lagu pula, penat aku fikir dan dah bawa separuh jalan. Tune aku dah tak sama dengan majoriti daripada kami. Jadi, aku kalah dan kena ikut lagu diorang.


Seronok bila marhaban ramai-ramai. Rasa meriah dan syahdu apabila menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W.

Wanita yang bakal menggegarkan industri hiburan negara HAHA agak keterlaluan kan. Eh, sukelah tengok pompuan pakai baju kurung ni,. Nampak sopan, manis, elok dan sejuk je tengok lama-lama (^___^)

Disebabkan kami ni studio dan pelajar yang paling senior, jadi kami haruslah memberi contoh yang terbaik kepada junior-junior kami. Studio mestilah mengikut tema majlis dan yang penting pakaian tu pun kena ikut kesesuaian. Nama pun raya kan, apa salahnya sesekali pakai baju melayu kita yang tak ada seumpamanya di Amerika Syarikat tu? Kenapa USA? sebab aku terfikir George W. Bush, tu je!

Dengan kutipan duit kelas, cukup untuk membeli riben kain organza dan juga riben untuk buat ketupat. Sekali beli boleh pakai untuk 1 semester.

Kami rasa bersyukur dan suka sangat apabila dapat duduk balik di studio yang kami cat warna merah jambu dulu. Dah hampir setahun rasanya meninggalkan studio kami yang digelar 'Studio Feminin' ini. Orang kata, semangat tu yang penting! Barulah ilmu masuk dengan laju je (^_^) 




Blok 54 iaitu geng Leia Ar. uruskan koktel. Sedap dan manis sangat dan tak sesuai dijadikan minuman selepas makan nasi tomato. Tapi sesuai untuk dijadikan pencuci mulut yang penuh dengan ayam ni. Sedaplah korang buat ni! 





Tu dalam gambar tu semua geng Johor.

Bersedia menyambut tetamu tapi bila tetamu sampai semua lari ..

Anak-anak dara yang sentiasa bergaya ikut peredaran zaman. Hebat kau Zai! (^___^)

Marhaban dah siap, tengah tunggu para pensyarah datang.

Pensyarah dah masuk, semakin meriah jadinya studio 08 kami yang dah sedia serabut dan sempit lagi ramai orang. Pensyarah dalam foto: Prof Anuar.

Pengantin baru, dulu waktu semester 06 semasa mengajar subjek Cultural Landscape Study masih anak dara lagi tapi sekarang dah bergelar Puan Noralizawati. Selamat Pengantin Baru.

Ni pun pengantin baru. Nampak ceria je kan walaupun telah berusia tapi usia tak penting, yang penting sekarang ni ape tah! aku pun tak tau HAHA. Prof. Suria Sulaiman ni baru sahaja melangsungkan perkahwinannya alhamdulillah semoga berkekalan. 

Inilah studio master 08 kami. Orangnya nampak baik, lembut dan penuh sifat keibuan tapi tegas okay! Dr Nik Hanita ni kalau kita duduk bebincang dengan beliau ni seronok sebab beliau akan bagi idea dan juga kata-kata semangat tentang tajuk dan tapak kajian kita. 



Pensyarah makan dulu lepas tu baru kami makan (^__^)

Masing-masing dah lapar, tak nak berebut-rebut okay.

Cantik kan.. tapi majoritinya dah dimiliki (^___^)

Aku orang terakhir yang ambil nasi sebab sibuk sangat tangkap gambar orang lain.

En Mohammed Ikhwan Nasir, pensyarah baru bersama Timbalan Dekan FSPU Dr Noriah Othman. Entah apa yang dibincangkan mereka ni dikala rakan-rakan sekeliling sibuk bergambar.

Yang ni betul-betul candid. Tak sangka macam ni rupanya muka aku bila aku senyum macam ini.

En. Haris pakar rujuk (supervisor) aku semester ini dan insyaallah semuanya diharap berjalan dengan lancar.

Cik Farah Diana yang sangat best! Yang penting baju raya beliau bermanik-manik..

Inilah kami punya class rep. untuk studio 08. Semoga berjaya Limee (^___^)

Meriah kan studio kami. Sila abaikan keadaah lansir biru tu sebab kami tak sempat nak pasang secara sopan.  Ini sahaja foto-foto untuk kali ini dan sebenarnya banyak lagi foto yang aku nak kongsikan tapi yang tu nanti aku masuk dalam entri lain.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean