header

header
hairie

3 Kad Raya terakhir sebelum tibanya 1 Syawal 1432 Hijrah

| Thursday, 8 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, alhamdulillah sesi bara'an untuk aidilfitri tahun ini sudah selesai. Sekarang ni beraya dengan ahli keluarga pula. Kelmarin baru sahaja beraya ke Lembah Klang dari Bandar Sultan Sulaiman, Klang ke Lorong Tepi Sungai 4, Klang ke Jalan Kebun, Shah Alam dan destinasi terakhir ke Puchong Perdana. 

Okay entri kali ini aku nak cerita mengenai kad-kad raya daripada blogger yang aku dapat sebelum menjelangnya 1 Syawal, hari terakir posmen bekerja iaitu hari Isnin. Jom tengok di bawah ni:

Pertamanya, aku dapat kad raya dari kawan sekelas aku semasa tingkatan 4 & 5 SMKPS merangkap seorang blogger yang sangat popular iaitu Aslann As

Beliau ada menawarkan beberapa keping kad raya di facebook jadi aku cubalah. Mana tau dapat kan. Cantik sangat kad raya beliau ni. Kreatif pun kreatif juga. Jujurnya, aku pun tak sekreatif beliau. 



Siap bagi alamat twitter, facebook dengan blogspot lagi. Menarik bukan!



Kalaulah duit ini boleh digunakan dah lama aku guna! Ni bukan duit palsu taw tapi duit ni lebih dari palsu. Langsung tak boleh nak pakai HAHA

Okay kad raya yang kedua aku dapat dari seorang blogger juga iaitu Nurul Eiman Hikmah dari Pontian. 

Beliau ni pun tawarkan kepada siapa-siapa yang nak kad raya. Kira dah saat-saat akhir juga aku buat permintaan ni. Dapat juga akhirnya. 

Dia terkejut agaknya aku orang Batu Pahat sebab Pontian ngan Batu Pahat tu sebelah sahaja tapi rumah jauh, mahu hampir 1 jam nak pergi Pontian dari rumah aku.




Kad raya terakhir sebelum 1 Syawal daripada AtiqSalleh, juga seorang blogger yang popular. Ringkas sahaja kad raya beliau ni tapi menarik juga.

Dulu pakai blogspot tapi sekarang dah pakai .com! HEBAT.. 

Okay itusahaja yang aku nak kongsi untuk hari ini. Sebenarnya ada lagi 1 kad raya yang aku belum terima setakat ni. Harap-harap sampai sebelum aku balik Shah Alam Sabtu ni. Siapa yang bagi kad tu?tunggu nanti aku cerita..

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

3 Readers:

{ aslann } at: 8 September 2011 at 09:39 said...

hahahahaha. banyak la kau 'sangat popular'. auta sungguh. LOL.

{ ^^nu[dd]yra^^ } at: 8 September 2011 at 09:57 said...

wah...best la...aku dapat 2 jer kad raya arituh....hehe...tp salah satu drpdnyer kawan blog gak...

{ Wadi AR } at: 8 September 2011 at 11:44 said...

populer le letteww

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean