header

header
hairie

Akhirnya, berjaya memiliki benda ini! Alhamdulillah..

| Tuesday, 27 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian, hari ini agak tenang sedikit sebab petang tak ada kelas tapi malam nanti baru ada. Jadi, adalah masa untuk menyambung kerja projek dan juga beberapa assignment lain.

Malam nanti kelas jam 8 malam bersama Prof Wan Halawah, harap-harap tak mengantuk sebab hari ini aku duduk di studio sampai lewat malam dan malas nak balik mandi petang.

Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang satu benda yang aku idam-idamkan dan dah dapat. Alhamdulillah.. Setelah sekian lama (tak lama sangat pun, baru beberapa tahun sahaja) nak memilikinya, semester ini baru dapat pegang dan pegang dan pegang! Mengarut sudah..

Kenapa aku nak memiliki benda ini? Sebenarnya kan bila pegang benda ni rasa sangat yakin untuk mengambil gambar. Dah tu selama ni pakai kamera kompak tak yakin ke? Bukan macam tu, sebenarnya kan, dia punya perasaan bila pegang kamera DSLR (Digital Single-Lens Reflex) ni lain. Itu pendapat aku la. 

Apa yang lagi seronok bila guna kamera DSLR ni kan, kita boleh buat tetapan sendiri nak dapatkan foto yang macam mana dan juga berdasarkan persekitaran. Bagi aku,iItulah cabaran menggunakan kamera DSLR ini, kita perlu gigih bermain dengan setting bagi menghasilkan foto yang menarik dan berkualiti. Jadi, waktu begini panduan daripada otai amatlah berguna. 

Ada yang kata model Nikon D200 ini adalah untuk professional. Agak terkejut juga bila aku dengar tapi nak buat macam mana, aku dah sediakan bajet dan selebihnya aku serahkan kepada sepupu aku sebab dia yang uruskan.  

Kalau ikut harga sebenar, kamera model ini mencecah RM5000 tapi itu body sahaja tak termasuk lensa yang panjang tu. aku bertuah dengan bajet yang aku ada tu boleh dapat lensa 18-200mm yang tak pernah aku guna sebelum ni. Hasilnya? Kau boleh zoom serangga, skodeng orang dari jauh dan suka hati korang lah nak buat apa.

Sekarang ni sasaran aku adalah nak dapatkan Speed Light. Kenapa? sebab bagi aku speed light ni sesuai untuk fotografi dalam rumah (indoor) dan juga waktu malam serta boleh menghasilkan foto yang cantik dan juga sharp!.

Soalan dari bapak aku. Nak buat apa dengan kamera ni? tangkap gambar kucing? bunga? belalang? Yang tu bapak, sudah semestinya. Tapi aku faham, bapak aku mesti suruh buat duit dengan kamera tu tapi itu rancangan masa depan aku kalau ada rezeki dan juga berkemampuan. Insyaallah. 

Lupa nak cakap, ni bukan kamera baru dari kotak tapi kamera tangan kedua. Bagi aku kualiti mkamera masih memuaskan. Hasil gambar, memang aku suka (^___^) 

S E K I A N    T E R I M A   K A S I H


4 Readers:

{ yazidy } at: 27 September 2011 at 19:50 said...

Wahhhh!! hebat!! orang kaya!! ambik gambar aku cepat!! *sambil pose ala2 Marilyn Monroe*

{ mizzkechique } at: 28 September 2011 at 09:36 said...

wahhh, boleh pinjam x?? haha

{ Fariza Othman } at: 28 September 2011 at 10:42 said...

waaaaaaaa.hebakkk kacak bergaya disamping diselar!!!!!!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 28 September 2011 at 14:05 said...

YY: mne ade kaye weyy... aku beli sekend je kot!

MK: ahaha pinjam?akan dipertimbangkan haha

Kak Fariza: ahaha cm ade smthing je di sebalik ayat tu hahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean