header

header
hairie

CONTEST MERDEKARAYA SYAMIM NOVELIS

| Sunday, 11 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan, hari ni tengah berdebar nak tunggu esok mula kelas sambil tertekan memikirkan kertas kerja yang belum sempurna lagi. 

Jalan-jalan di blog kawan-kawan dan terjumpa Contest ini. Mudah dan menarik. Jom sertai CONTEST MERDEKARAYA SYAMIM NOVELIS



Apa yang seronok tentang raya aku tahun ni? Buat pertama kalinya setelah lama menulis blog, tahun ini aku dapat beraya bersama dengan beberapa orang blogger yang bagi aku berpengaruh juga la.. Mana taknya, sekali buat entri, ramai yang datang baca dan tinggalkan komen. 

Dari kiri: Aku (mohdkhari.com), Nor Fatiah Yadz, Aslann As, Kunci Locker dan juga Man Yusoef

Aku dengan Man Yusoef dan juga Aslann As ni sekampung dan masa sekolah menengah dulu aku sekelas dengan Aslann As dan sekolah Man Yusoef tu jiran kami je. Fatiah dan juga Kunci Locker tu memang buat pertama kalinya aku berjumpa. Juga Man Yusoef, aku tak pernah jumpa beliau sebelum ni.



Sangat meriah bila duduk bersama-sama blogger ni, terutamanya Aslann As yang sentiasa kekal macho mesra dan banyak cakap sejak dari sekolah lagi dan suka menyakat orang secara sopan. Dan bagi mereka yang pertama kali jumpa Aslann As ni, ada yang kata rupa paras tak sama dengan kelakuannya HAHA .. tu la, selama ni sembang dalam alam maya je kan, hari ni jumpa depan-depan..

Okay itu sahaja yang aku nak cerita dengan korang semua, dan aku lampirkan sekali foto raya aku ni! Buat pertama kalinya juga aku pakai baju raya yang diperbuat daripada kain satin, ala yang berkilat-kilat tu.. Warna ikut tema blog okay (^___^) SELAMAT HARI RAYA ..

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

2 Readers:

{ ifwat syamim } at: 12 September 2011 at 16:24 said...

fun giler dpt raye ngn blogger hot. btw,thnks join =)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 12 September 2011 at 23:37 said...

HEHE WELKAM2 ..first time kot hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean