header

header
hairie

Dia dah bergelar isteri orang.. TAHNIAH!

| Tuesday, 27 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan pembaca blog aku sekalian, hari ini aku nak kongsi tentang 1 berita gembira yang berlaku hujung minggu lalu iaitu pada hari Sabtu 24 September 2011.

Kawan sekelas aku dari tingkatan 1 sampailah SPM 2005 selamat dinikahkan dengan jejaka pilihannya, Izzad a.k.a Jukie Panda. Majlisnya berlangsung di selebah pihak perempuan di Kampung Parit Muhammad, Parit Sulong. 

Tapi sayangnya, aku ada urusan di fakulti waktu majlis ini berlangsung jadi aku tak dapat nak sertai kawan-kawan dan sepupu aku untuk sama-sama hadir majlis beliau ini.

Tak apa, aku dah hantar SMS kat Ecah dan minta maaf aku tak dapat hadir. Dan dia baru balas mesej aku tu pagi tadi waktu kelas. Seronok sangat kot (^__^)

Dari kiri (untuk siapa-siapa yang tak kenal) : Zati, Ajie, Nadia, Dayah, Nora, Aini, Aziah dan Lina. Semuanya cantik kan tapi rasanya dah berpunyalah. Ini adalah di antara mereka yang hadir. FOTO dari Hazirah Razak.


Tambah lagi 2 orang: Bedah dan juga Zan. FOTO dari Hazirah Razak.

Haa ni la sepupu aku yang wakilkan aku. Sorry, aku tak dapat sertai korang semua.

Rasanya ramai yang datang waktu majlis ini, bak kata Nadia reunion tak sengaja ek? betullah tu.. Apa pun, aku ucapkan semoga korang berdua kekal selama lamanya dan bahagia dengan anak-anak dan cucu pun boleh juga. Ingat bak kata pesan Zabir, jaga laki kau tu baik-baik dan untuk Izzad, jaga kawan kitorang ni baik-baik juga. Sekali lagi minta maaf tak dapat datang. Rasa bersalah dan cemburu sebab ramai kawan yang datang kan.

** Nora, cantik lah kau! lepas ni giliran siapa pula?adakah Dayah dulu?atau Ajie, Lina?Zana pun dah nak dekat kan? aku lama lagi taw (^___^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean