header

header
hairie

Istana Negara yang baru bernilai RM800 Juta?

| Tuesday, 13 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, korang mesti pernah dengar kan mengenai pembinaan kompleks istana negara yang baru? Lokasinya terletak di atas bukit berhampiran Jalan Duta. Di mana Jalan Duta? siapa-siapa yang pernah balik dari utara mesti pernah melalui plaza tol Jalan Duta kan di mana bersebelahan tol tersebut terdapatnya apartmen-apartmen mewah yang aku tak mampu nak beli. 

Sumber: Google

Foto di atas itu merupakan lakaran artis mengenai kompleks istana negara yang baru. Kos pembinaan kompleks ini bernilai RM800 Juta! mahal bukan tapi sebenarnya ia melibatkan:


"Pembinaan kompleks itu, yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta)" (mStar Online)

Kenapa nak kena buat istana negara yang baru? Aku baru tahu yang sebenarnya Istana Negara yang sedia ada sekarang ni adalah milik hartawan Cina yang bernama Chan Wing. Bangunan ini pernah menjadi kediaman rasmi pemerintah tentera Jepun (1942-45) dan mes pegawai tentera British kemudiannya. 


Sumber foto: Google

Istana yang sedia ada ni dah tak mampu nak menampung lagi pembesarannya dan dah banyak kali dibuat pengubahsuaian dan penambahan. "Sudah sampai masanya sebuah istana baru disediakan untuk memenuhi keperluan masa depan. Dan kita tidak perlu lagi menumpang warisan orang lain untuk kediaman rasmi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu." (Utusan Malaysia Online)




Sumber foto: mStar Online

Biasanya kan kalau kerajaan buat projek mega macam ni ramai yang kutuk tapi bagi aku aku sokong sahaja apa yang kerajaan nak buat asalkan projek tu berjalan dengan baik dan bila dah siap nanti ia boleh memberi manfaat 100% kepada semua orang. Maksudnya benda tu digunakan selalu bukan sekali sahaja. 



Kalau tak silap ramai juga yang membantah projek ini terutamanya pihak pembangkang. Tapi aku tak nak cerita..     



Yang menariknya kan, pembinaan istana negara yang baru ini menggunakan 100% kepakaran anak tempatan. Senibinanya bercirikan senibina tradisional Melayu yang menggunakan elemen alam semulajadi, di mana kita boleh nampak pada ukiran-ukiran kayu.






Ada pun Perunding Landskap, ingatkan tak diperlukan. Biasanya kan, khidmat perunding landskap ni diperlukan dalam projek-projek mega sahaja, kalau projek kecil tu kurang sangat. 

Jom lihat foto-foto ilustrasi arkitek mengenai bahagian dalam kompleks istana negara:











Menarik bukan?dan bagi aku nilai RM650 Juta untuk pembinaan kompleks istana negara sahaja sangat berbaloi sebab, anda lihatlah bahagian dalaman istana ini. Korang ingat lampu besar tu RM50 je?mahal kot! Belum masuk karpet lagi, ukiran-ukiran kayu dan macam-macam lagi.




Istana ini terletak di atas sebuah bukit di mana bukit ini telah digazetkan untuk pembinaan Istana Negara sejak zaman Datuk S. Samyvellu lagi menurut daripada sebuah artikel yang aku baca di internet. Bangunan-bangunan di sekeliling kawasan kompleks istana negara ini tidak boleh melebihi ketinggian istana atas faktor keselamatan. Faham-faham je la kan dan sekarang ni projek pembinaan bangunan yang lebih tinggi daripada istana tersebut telah dihentikan. Tapi rasanya, tak ada bangunan tinggi yang berdekatan dengan istana kecuali apartmen-apartmen yang terletak berhampiran dengan plaza tol Jalan Duta dengan pusat komersialnya sahaja. Yang lain aku tak pasti.



Sumber gambar dan artikel:




S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

12 Readers:

{ aslann } at: 13 September 2011 at 17:32 said...

kalau raja duduk rumah bebiase takleh ke? duk apartment cam aku duk ke. haha. k bai.

{ .bLoG aKu KaN. } at: 13 September 2011 at 17:47 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous at: 13 September 2011 at 17:48 said...

kalau dah raja duduk apartment biasa, xad gunalah raja menggunakan title raja melayu....mkin berani la org2 BIASA2 menentang raja..pastu t, org2 lain memerintah...lg teruk kot...jdik cm singapore tu ha...

*lalala*

{ .bLoG aKu KaN. } at: 13 September 2011 at 17:53 said...

lawa gile istana tu.......ok la tu, gne arkitek tempatan..naikkn bangsa melayu....dh istana pun istana raja melayu kan...ermmm best2,,,

{ ain dzaya } at: 13 September 2011 at 18:36 said...

patutla duit rakyat salu abes...buat istana agam rupenya...huh...nasib la......nabi dulu pun...ta semegah nie...tp syukran, la negara tak porak peranda lagi....aman lagi...

{ Hazmin Hamudin } at: 13 September 2011 at 23:50 said...

terbaik la penulisan artikel ni...banyak info boleh dapat...

{ L } at: 14 September 2011 at 09:33 said...

hoho.. cm g2 eeeh. baru ak taw...

jom bacer jup..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/beribadah-tp-xberakhlak.html

{ Zul Fattah } at: 14 September 2011 at 16:16 said...

sepatutnya, kerajaan harus berjimat cermat.. baru barangan keperluan penduduk dapat dijimatkan..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 14 September 2011 at 19:43 said...

Lann: nk jaga kedudukan dan juga nk memprkenalkn yg kita ni ada sistem beraja ...

Anonymous: btol juga kata ko tu

BAK: memg lawa..duit pun lawa hehe

Ain: alhmdulillah..

HH: ye ke thaks bnyk2 sbb bace artikel ini

L: yess cmtu la..

ZF: nk jaga status raja kot..

{ adilah } at: 15 October 2011 at 23:18 said...

saya bangga, sebab saya kerja kat Cerana Design Associates Sdn Bhd, perunding landskap untuk projek mega negara ni :)

{ IzyanKaher } at: 28 November 2011 at 16:32 said...

for some reason, kadang2 makes me wonder .. is it necessary to build Istana Negara dgn kos 800juta ..

Rumah Bill Gates - the richest ppl in the world pon 300juta je bro..

yeah memang betul takkanlah our YDPA nak duduk kat Istana lama warisan org putih tuu tapi kalau dah negara ni negara raja berperlembagaan, kenapa nak bina baru? British penjajah penaung negara ni pun Istana Buckingham tu dah beratus tahun tak berubah-ubah. Kita baru 54 tahun nak bina Istana Baru.

Harapkan kubah psuedo Arab nak menunjukkan ketua ugama Islam. It's just a building anyway.

and oh we cannot say NO with Kings in Malaysia kannnn ??? :)

#btw,info you memang da bomb!(:
new entry : http://supersapienstory.blogspot.com/2011/11/wawasan-2020-tokdet-8-years-2-months.html

{ Dzikri Asmawi } at: 22 February 2012 at 11:23 said...

xkesah lah kalau nak buat 800juta sekalipun...tapi kebajikan rakyat jgn smpi terabai...ni masih ramai lagi yg terumbang ambing...yg merempat pon ade....kate dahulukan rakyat??kat mane yg didahulukan tuh??

*p/s - saya bukan pembangkang...kritik mane yg xbetul, pembangkang xbetul pon saya kritik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean