header

header
hairie

KISAH RAYA 2 Syawal, hari raya kedua

| Saturday, 17 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, kisah seterusnya mengenai aktiviti raya aku pada 2 Syawal. Raya kedua, aku menyertai para pemuda di kampung aku untuk bersama-sama marhaban dari rumah ke rumah seawal jam 8.30 pagi sehinggalah lewat malam. 

Ini barulah baju raya rasmi aku tahun ini. Rasa macam nak pakai warna yang kilat-kilat sikit dan inilah hasilnya. Siap sedia untuk marhaban! jom...

Geng otai a.k.a orang kuat marhaban pemuda. 

Bila ada makanan selain kuih raya je, lamalah duduk rumah tu. Menu paling ringkas tapi sedap iaitu tauhu goreng dengan tempe goreng. Semua orang suka tapi hati-hati dengan sambal kicap tu, ada yang tak tahan pedas kan..

Bila dah tegahari sikit, barulah dapat menjamu nasi berlauk. Aku yang dah kekenyangan ni, malas nak makan nasi. Bayangkan tiap-tiap rumah aku makan kuih raya, mana tak penuhnya kan. 

Di rumah pak imam masjid merangkap datuk saudara aku (berkain pelekat tu)

Gambar underexposed sebab gelap. Maklumlah di luar tu terang benderang, dalam rumah ni gelap jadi inilah hasilnya. Marhaban di rumah aku.

Sedang berada di rumah pesara tentera dan pesara pengetua sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Balik kampung je terus buat banglo besar ni. 

Tiap-tiap tahun langsir rumah ni bertukar, tapi konsep tetap sama iaitu lebih kepada gaya Inggeris. 

Langsirnya aku suka sebab gabungan corak bunga dan warna yang lembut. Tapi aku tak suka bila ada perabot putih lepas tu ada bunga merah jambu. Bukan nak kutuk tapi aku tak menggemari gaya Inggeris. Tapi kan, rasa nyaman je bila masuk dalam rumah ni. Sejuk (^___^) 

Pinjam dinding, kami nak berangan jap. Rumah kami tak macam ni (^___^) 

Televisyen kecil tapi ramai-ramai tengok. Waktu ni di tv3 kalau tak silap sedang menyiarkan cerita seram, Momok The Movie. Pocong ada, macam-macam hantu ada. Aku yang tengok sikit je pun terbawa-bawa sampai sekarang. Bongok betul cerita tu!

Sambung ke sebelah malam. Macam makin ramai tapi lama-lama makin sikit (^__^) 























Seronok tengok kanak-kanak sama-sama sertai marhaban. Walaupun ada silap sebut semasa berselawat tu sekurang-kurangnya mereka dah tahu sedikit mengenai selawat ni. Nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. (^__^)




Marhaban sambil tengok cerita menarik di televisyen. Kenapa tahun ni ramai yang beli tv baru?semuanya tv nipis pula tu! huh...

Zikri pun ikut marhaban sekali tapi tak semua, ada waktu dia kena tidur jadi kena balik rumah duduk dengan atok. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

8 Readers:

{ AdyBudika } at: 17 September 2011 at 12:51 said...

cantik gambar2

{ LeLy shuhada shaari } at: 17 September 2011 at 12:52 said...

johor masih lagi amalkan p marhaban rumah ke rumah kan.best betul.kalo perak jgn harap da..tade lame da...ni yg nak mrase org joho ni..kwengkwengkweng

{ Mama Miraki } at: 17 September 2011 at 13:16 said...

salam...bestnya tengok marhaban ni...ingat dulu2 masa kecik2 kat kg..ikut marhaban pompuan lagi..anyway..kita berasal dari pekan yg sama Parit Sulong...jumpa org kg gitu

{ Bluewendy } at: 17 September 2011 at 13:34 said...

hik2..meriah nya, tak pernah tgk org marhaban dpn mata agi..n kompom tak pernah p marhaban.... selamat hari raya! nak wit raya...=P

{ Nur Najwa } at: 17 September 2011 at 14:51 said...

Oh...hari raya ada marhaban ye.. baru saya taw.. =)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 17 September 2011 at 16:54 said...

Ady: thanks ..hehe suke tgk gmbo cntik2 la saya ni..hehe

LSS: yess ..tp x smua yg buat..AHAHA

MM:ouh mama dr pt sulong?hoho..xpernh jmpe pun heee

BW: ahaha... slmt hr raya jgk..wet xde

NN: aah.. depends kpd mereka yg nk buat

{ ~ch@wi~ } at: 19 September 2011 at 21:50 said...

meriah la aku tgk gmbo ni...jd tringat plk kt kg...huhuhu...

anda tlh ditag..jmput la dtg yer...


Daftar 'Free Traffic' Untuk Website Anda

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 20 September 2011 at 23:16 said...

hehe.. meh le dtg kmpg! ... ok2 thanks tag!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean