header

header
hairie

KISAH RAYA 6 Syawal, hari raya keenam

| Wednesday, 21 September 2011
Assalamualaikum, cerita raya bersambung kembali dan kali ini aktiviti raya aku pada 6 Syawal. Mana cerita 4 dengan 5 Syawal?aku skip sebab gambar tak ada. 

Nak bagitau sahaja di sini yang raya ke 4 kami akan bara'an ke kampung Parit Othman dan raya ke 5, giliran orang kampung Parit Othman pula yang datang. Dan ada juga baraan daripada Seri Medan pada hari yang sama. 


Macam biasa tiap-tiap tahun, ada jamuan ringkas sahaja khas untuk tetamu yang datang raya ke 5. Dan ada 2 orang blogger yang kebetulan nak datang waktu tu, aku pun okay je. Nanti aku cerita. 

meh tengok entri raya aku pada 2009 dan juga 2010:





Setahun sekali je dapat bara'an ke Sri Medan, bara'an paling jauh mengambil masa 20 minit untuk ke Sri Medan. Sehari siaplah, ada dalam 100 buah rumah yang perlu di ziarah. 

Aku dengan bapak aku, tuan rumah dan juga pak cik aku (^__^). 

Jamuan makan tengahari di Masjid Kampung Bangas, Seri Medan. Kalau tak silap dah 2 kali dibuat di masjid sebab sebelum ni buat di rumah salah seorang penduduk kampung ni tapi selepas kejadian kebakaran, lokasinya dipindahkan ke masjid.



Menu istimewa, nasi beriani tapi aku tak makan sebab dah penuh sangat dah dan masih kenyang lagi. Tak menyesal pun sebab dah banyak kali juga makan nasi beriani ni. 

Ini bukan nak main bola  tapi sesi bersalaman sebelum meneruskan perjalanan tanda terima kasih. Jumpa lagi tahun depan insyaallah..

Haa rumah depan tu tak ada orang masuk, suka-suka hati je melompat ke rumah lain. Patut la cepat siap. Kang nanti ada orang yang kecil hati sebab rumahnya tak disinggah oleh bara'an kami.

Di rumah mak cik aku. Dalam gambar ni budak kampung aku bukan abang aku HAHA

Anjung tak siap lagi atas sebab-sebab tertentu. Tapi masih lagi cantik bukan. Menu mak cik aku ni sama dengan menu yang keluarga aku buat untuk tetamu dari Seri Medan semalam.

Sebelah malam, sambung beraya bersama keluarga, tu je la..

Haa.. tu dia! tahun ni beraya ngan nenek. Mak kau tu sebenanya baru dapat cuti raya ke 5. Maklumlah orang kena jaga sempadan kan. Gaji mesti berganda-ganda kan.. bak sikit! HAHA

Pandai dah dia nih...

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

7 Readers:

{ Phat } at: 21 September 2011 at 22:51 said...

wah ada lagi cite raya ye hehehe

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 21 September 2011 at 23:00 said...

phat: hehe ade lg.. bnyk bende nk cite hsaha

{ LeLy shuhada shaari } at: 21 September 2011 at 23:17 said...

raya lagi :) da dua kali baca da dia tak makan sbb kenyang. aparaaaaa

{ Edy Zaidi } at: 22 September 2011 at 09:15 said...

raya kat BP mmg best...hehe

{ mizzkechique } at: 22 September 2011 at 11:03 said...

xsangka sgt kg MK masuk blog ni.. ekceli bkn kampung bangas yer.. Kampung Parit Lapis Bangas.. Tengok tangga masjid tu mcm kenal, rupe2nya kampung MK.. Ni mesti org pt.sulong kan.. muehehe..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 22 September 2011 at 19:06 said...

LSS: ahaha... perut x menentu heee

EZ: meng sgt2 best!!

MK: hoho... eh bukan bangs ek.. heee.. aah aku dr pt sulong

{ Aziela } at: 23 September 2011 at 11:44 said...

Akak sukaaaaaaa sangat aktiviti bara'an nie. tp di kg akak di Port Dickson tu, kami sesama dalam kg jer. Tak pergi pun kg2 lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean