header

header
hairie

KISAH RAYA 7 Syawal, hari raya ketujuh

| Friday, 23 September 2011
Assalamualaikum, Syawal yang ke 7 baru berkesempatan untuk beraya ke rumah kawan-kawan tapi kawan yang di universiti sahajalah, kawan yang zaman sekolah tidak berkesempatan untuk dilawati. Lagipun mereka senyap je.. 

Kami pergi rumah yang dekat-dekat sahaja. Kononnya aku nak pergi beraya ke rumah Md Azrin, Anis dan juga Syida tapi memandangkan kami dah sekali jalan, kami singgah juga rumah Asyraf aka Acab dan juga Alep. Agak lewat juga kami gerak iaitu hampir jam 3 petang baru aku gerak dari rumah.

Mula-mula aku pergi ke rumah Mad beraya sekali la dan terus menuju ke rumah Cik Hanis. Rasa dramatik sungguh dalam rumah Cik Hanis ni sebab dindingnya merah jampu ditambah dengan langsir warna maroon. 

Lepas tu kami menuju ke rumah Encik Jurufoto, Alif Adam merangkap bakal suami Cik Hanis.

Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke rumah Acab. Jarak rumah mereka bertiga ni tak jauh sangat pun tapi kena redah beberapa lampu isyarat, maklumlah bandar kan.. Rumah Acab, memang HEBAT! Rasa macam dalam banglo VVIP pula.







Okay kami meneruskan perjalanan ke rumah Cik Syida Anak Mak yang jauh nun di ceruk kampung. Kami semua tak tahu di mana lokasi kediaman Cik Syida ini maklumlah sejak beliau pindah ke sini kami tak pernah sampai lagi rumah beliau ni. Tapi bila dah sampai, baru tahu yang rumah beliau ni senang je nak cari. 



Tu dia banglo mewah milik keluarga Syida, walaupun di ceruk kampung tapi bergaya habis! Aku terlupa nak tangkap gambar dalam rumah. Apa yang menariknya rumah beliau ni, mozek dari depan sampai dapur, ada sinki kaca (seksi sungguh) dan juga pintu sliding di ruang tandas.. AHAHA saja nak menghanjing Syida!

Di pintu masuk yang sangat luas. Ada kerusi taman, rumah aku pun tak mampu (^___^) 

Kami dijamu mee bandung bukan buatan sendiri, buatan kedai dan juga puding kot namanya. Cantik kan rumah Syida, ada sistem penghawa dingin lagi tu. Kau mampu?! Kitorang panggil rumah ni rumah Sketch Up sebab pelan rumah ni dibuat menggunakan Sketch Up. Cantik dowhh...





Dengan gigihnya jam 7 malam kami gerak balik dan terus ke rumah aku. Nasib baik sempat sembahyang maghrib. 

Rumah terakhir, rumah Mad, aku nak 2 kali dah nasib baik mak bapak Mad tak ada di rumah. 

Pakej terbaik Anis! Dari dinding sampailah ke sarung kusyen dan juga langsir. Sangat mengikut tema. Rumah Mad ni rumah terakhir kami beraya dan lepas tu masing-masing balik ke rumah masing-masing. Penat dan esok paginya aku sekeluarga pergi beraya ke Klang pula. Tak apa abang aku yang pandu, aku tunjuk jalan sahaja (^__^) 

S E K I A N    T E R I M A   K A S I H

4 Readers:

{ aslann } at: 23 September 2011 at 11:11 said...

aku kawan sekolah. sempat gak dtg umah ko. haha. :P

{ Eazy Izzuddin } at: 23 September 2011 at 23:32 said...

best beraya..
hik2

:D

Jom Join MyContest =) : Contest Annouced! Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

{ Rtp Farra Arisha } at: 23 September 2011 at 23:40 said...

waaa..syioookkknya raya dia!! :D

{ alif ismail } at: 24 September 2011 at 03:47 said...

cantik lah semua gambar2 ni.... nampak kemeriahan hari raye...hihi...

gud2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean