header

header
hairie

KISAH RAYA Beraya bersama blogger!

| Thursday, 22 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger dan juga pembaca di luar sana, buat kali pertamanya tahun ini aku beraya bersama penulis blog lain. Selalunya nampak di Sahabat Blogger sahaja tapi kali ini depan-depan jumpa mereka. 


Inilah penulis-penulis blog yang aku jumpa. Foto ini diambil semasa kami berada di rumah Fatiah Yadz di Muar. Mula-mula Lann dengan Man yang datang rumah aku dulu dan kemudian mereka ajak aku beraya ke Muar jadi aku ikut sahajalah.Pertama kalinya aku jumpa Man Yusoef dowhh... HAHA




Mereka berdua ni yang beraya rumah aku dulu. Kebetulan raya ke 5 memang ada makan-makan memang langkah kanan la diorang ni. 

Lepas Zohor baru kami gerak dari rumah aku menuju ke Mur sebab ada 3 orang blogger yang kami kenal tapi 2 sahaja yang kami pergi.

Sampai rumah Kunci Locker, aku pernah dengar nama ni tapi tak pernah kenal dan di sinilah kami berkenalan (^__^). Kami dijamu nasi lemak, sedap dan pedas, aku makan sampai berpeluh,pedas kot..

Puas menyembang di rumah Kunci Locker kami meneruskan destinasi ke rumah Cik Fatiah Yadz. Lokasinya agak jauh iaitu di pusat bandar Muar dalam 15 minit perjalan dari rumah Kunci Locker. 

Ahli keluarga Fatiah keluar kecuali dia dengan kakak dia. Apa lagi, sesi fotografi la jawabnya tanpa segan silu .. 

Kenapa kau Man? Ko sedih ke nak tinggalkan kami sebab kau belajar kat UTM? Janganlah sedih, kami okay je.. HAHA

Inilah tuan rumah Cik Fatiah yang comel dan pendiam. Mungkin sebab terkejut tengok Aslann As depan-depan agaknya. Selalunya tengok dalam alam maya je kan.

Cuba kalau ahli keluarga Fatiah ada, mesti tak berani nak buat macam ni kan..



Lann sedang mempraktikkan teknik skodeng yang terbaik setelah sekian lama buat kajian di makmal kimia dengan menggunakan unsur-unsur atom yang kompleks! haha

Apa kau cuba sampaikan Man?? hadoii..

Sibuk nak bergambar di laman rumah. Ada laman ke? jalan kot...

Inilah kami, siapa paling meriah? Mestilah Aslann, dan kalau korang nak tahu si Kunci Locker dengan Fatiah ni ingat Aslann ni dah 26 tahun! Tipu sangat sebab aku sebaya dengan Lann kot!  Okay la, tu je aku nak cakap dengan korang semua, harap-harap anda senyum okay (^___^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

8 Readers:

{ ayie } at: 22 September 2011 at 19:10 said...

wahh..blogger fofular..bila nak datang terjah umah den plak..hehe

{ laskar pelangi } at: 22 September 2011 at 19:26 said...

wah! bestnya korang beraya bersama..jeles kot weh! heheeee~ wooo kunci locker pun ada sekali..xaci ni

{ aslann } at: 22 September 2011 at 19:31 said...

sape tu Aslann? kirim salam kt die eh. hikhikhik!

{ yazidy } at: 22 September 2011 at 19:50 said...

meriah ar.. x ajak aku pun.. kejam kut..

{ AdyBudika } at: 22 September 2011 at 20:59 said...

ok..tak ajak aku pun

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 23 September 2011 at 10:33 said...

Ayie: tu tunggu kami ada wktu lapang yg sgt2 pnjg heee

LP: wow.. kebetulan umah kami ni dkt2 je..hee

Aslann: tah la..slalu sibuk ngan cerita pasal kampung die parit maimon tu... x abes2

YY: ahaha... kami ni jarak sejengkal je. kamu tu jarak 1.5 jengkal... jauh kan! HAHA

AB: haha.. cmane nk ajk

{ kunci locker } at: 29 September 2011 at 10:11 said...

wahhh...! tidak...ok aku malu...hahaha...ko la blogger yg mkn sampai berpeluh...tak tahan pedas...hhahahahah...

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 29 September 2011 at 21:07 said...

hoho.. aku berpeluh bukan x than pedas..memg aku mcm tu la sbb aku bnyk berpeluh.. hoho...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean