header

header
hairie

KISAH RAYA tibanya aidilfitri 2011

| Wednesday, 14 September 2011





Suasana pagi 1 Syawal di rumah aku, tetamu tak sampai lagi laa..

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, raya dah lebih 2 minggu berlalu tapi masih terasa kemeriahannya bukan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bercuti lama. Aku?dah tak rasa sebab dah nak kena balik Shah Alam T_T.. Tak apa, demi menuntut ilmu, kegembiraan beraya bersama keluarga terpaksa dikorbankan seketika, insyaallah tahun hadapan jika panjang umur kita beraya lagi.

Pelita zaman moden made from IKEA
Entri kali ini aku nak bercerita mengenai aidilfitri aku pada tahun ini. Meriah tak meriah?memang meriah sampaikan ada tetamu sakit hati dengan aku. Minta maaf ye kawan, aku penat sangat waktu tu.. 

Tahun ni dapat berpuasa sebulan penuh di kampung sebab tahun-tahun sebelum ni kebanyakan puasa aku di perantauan. Tak seronok sebab pagi-pagi mak tak kejut sahur. 


Dan juga tahun ni aku dapat tolong bapak aku buat dodol. Alhamdulillah tempahan banyak sampaikan tak cukup, dan Sabtu sebelum raya adalah hari terakhir kami kacau dodol. Ahad dah sibuk dengan kemas rumah. Dan buat pertama kalinya, mak aku tak sempat nak buat kuih raya, semuanya beli kecuali dodol (^___^) 


Tiap-tiap tahun macam biasalah jadual raya minggu pertama aku memang padat, kalau nak beraya dengan kawan-kawan pun sebelah malam sahaja tapi itu pun kalau tak penat dan ada masa lah. Semuanya nak selesaikan dalam minggu pertama kalau boleh sebab biasanya minggu kedua semua dah balik sarang masing-masing, ada yang kerja dan belajar. 

Macam biasa tiap-tiap raya akulah orang yang paling sibuk mengemas rumah selain mak aku yang sibuk juga tapi di dapur. Aku dari depan rumah sampailah belakang rumah semua aku tawaf. Penat tapi seronok kemas rumah ni sebenarnya. Hasilnya?kornag tengoklah foto-foto dalam entri ini, semuanya original daripada kamera aku (^__^) 




Sempat pasang pelita tahun ini dengan jayanya. Minggu kedua Ramadhan dah mula pasang pelita, selalunya minggu terakhir Ramadhan baru kami mula pasang tapi disebabkan kami mempunyai masa lebih, itu yang kami cuba bagi meriah sikit Ramadhan ni.

Inilah ruang tamu utama rumah aku, ramai yang kata luas. Itulah sebenarnya rumah kampung, ruang yang luas tu nak menampung tetamu yang ramai semasa kenduri dan majlis-majlis lain. Tak ada kerusi ke? memang kami tak letak kerusi sebab ruang ni luas, kalau letak kerusi tak ramai yang boleh duduk. Jadi kami letakkan meja rendah sahaja supaya semua orang boleh capai apa yang ada di atas meja tu.



Yang ni ruang lagi 1 dekat dengan pntu masuk rumah. Orang panggil ruang anjung. Suasananya ala-ala tropika sikit. Perabot tu dah lama ada, cuma tambah sikit mentol dan juga pokok heliconia. Ada masa, boleh la buat macam ni. Tahun-tahun lepas tak sempat sangat.

Yang ni ruang ketiga, ruang untuk tetamu jika dua ruang di atas tu penuh. Paling best, aku online sambil makan kuih di sinilah.  Seronok bila tengok rumah bersih, kemas dan cantik. Rasa tenang dan ak nak balik Shah Alam. T__T.. Setakat tu je pengenalan aidilfitri aku kali ini. Nanti aku kongsi lagi.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

11 Readers:

{ #ciksuzlin } at: 14 September 2011 at 17:45 said...

nak rumah macam ni satu! hahaha.

{ man yusoef } at: 14 September 2011 at 18:37 said...

waa..serius rumah ko cantik..cantik sgt....kaya dgn nilai2 tradisional..:D

{ aslann } at: 14 September 2011 at 18:49 said...

siap pasang lilin terapi tu eh? tetiap malam? wahh meghiah ko jahh...meghiahhh!

{ aslann } at: 14 September 2011 at 18:50 said...

siap pasang lilin terapi tu eh? tetiap malam? wahh meghiah ko jahh...meghiahhh!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 14 September 2011 at 19:45 said...

CS: haha boleh2 haha

Man: hehe umah kmpg je man..umah warisan bak kata bapak aku..

Lann: haha kebetuan terbiar kt umah, so aku pasang je la.. memg la meriah jah oiii..haha

{ Acik } at: 14 September 2011 at 20:03 said...

rumah yg cantik! saya suka! :)

{ Etong } at: 14 September 2011 at 21:43 said...

suka tengok gmbr! rumah tu cantik! n gmbr colour light feveret! :)

{ @ Syima Raaif @ } at: 14 September 2011 at 22:41 said...

kat parit sulong kah? huhu kg sy di sri medan~

{ Wiyah } at: 14 September 2011 at 23:46 said...

wah sukanya rumah macam ni..nak tumpung duk 1 hari bleh? parit sulung ngan parit jelutung x jauh kan..heheh

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 15 September 2011 at 00:56 said...

Acik: hehe saya pun suka

Etong: hehe thanks..

Syima: yes.. owhh sr medan je..dkt je kan

Wiyah: haha boleh2 tp mak saya je sorg pmouan hehe .. xjauh pun kite

{ hafizulhakim } at: 15 September 2011 at 15:04 said...

luasnya rumah! tradisional tapi style :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean