header

header
hairie

SEMESTER 08 bermula! mendebarkan..

| Friday, 16 September 2011
Assalamualaikum kawan-kawan pembaca blog aku ini, hari ini aku nak kongsi dengan korang mengenai semester baru aku bersama kawan-kawan aku. 

Isnin 12 September 2011 bermulalah perjalanan kami sebagai seorang pelajar semester akhir Sarjana Muda Seni Bina Landskap UiTM Shah Alam. (ambik ko penuh aku bagi!) Dan bermulalah kerja-kerja yang sangat sibuk. Bayangkan, thesis dengan projek akhir berjalan serentak. Bagi pelajar dari program yang lain dari kami, ia amat menyakitkan dan menakutkan. Tapi kami, okay je (jadi positif lagi baik!) 

Menunggu para tenaga pengajar masuk, sembang-sembang dulu apa yang patut. Maklumlah dah hampir setahun tak jumpa kan. 

Bila masuk je semester baru, mesti ada benda baru kan. Tapi semester ini memang kena hati-hati main dengan duit. Maklumlah kos tinggi sangat untuk semester akhir ni dengan nak cetak thesis lagi dan juga presentation board. Gambat atas ni, Zul (kawan sekelas dan serumah aku bagi yang tak kenal lagi) dah beli PC baru. Dan yang pasti PC baru beliau ni mampu menampung kerja-kerja kami yang sangat berat ni.

Dan aku pun sama juga! Dengan niat nak melancarkan kerja-kerja aku sebab sebelum ni laptop menyebabkan aku suka mencarut dalam senyap dan sangat menguji kesabaran aku. Ingatkan nak beli guna duit gaji tapi akibat tersilap langkah terpaksalah guna PTPTN. 

Yang di hadapan tu semua pensyarah Studio kami sedang berbincang entah apa. Kami ni sibuk dengan kerja masing-masing. 

Hari pertama, memang masing-masing cantik. Besok-besok hari dah nak hujung-hujung semester dah nak dekat dengan pembentangan, entah ke mana celak, silap-silap baju lain kain lain yang di pakai HAHA

Perbincangan antara 2 orang sahabat di mana konflik mereka adalah tapak kajian mereka sama. Setelah berbincang, semuanya okay (^__^) 

Dr Nik Hanita sedang memberi taklimat ringkas tu. Dengar baik-baik! Silap dengan silap langkah la anda semua termasuk saya. 

Semuanya nak dibincangkan. Dari kiri Nur Eyda, Syuee dan juga Zai. Mungkin mereka ni cerita mengenai tajuk thesis masing-masing agaknya.

Pelajar-pelajar baru fakulti FSPU yang bakal mewarnai dunia Built Environment. 

Kalau lelaki kami bersalam sahaja tapi kalau perempuan sama perempuan, mereka siap berpeluk dan main laga pipi. Seronok kan! maklumlah lama tak jumpa kan.

Apa agaknya yang mereka ni bincangkan! Tanyalah mereka..

Bergambar bersama artis MiG. Bergaya sungguh tapi sedih bila tengok beliau tercekik tulang ikan. Macam-macam cara dah buat dan kami ni nak korek tekak beliau, tapi tak bagi. Nak tahu apa cara terakhir yang berkesan? Makan karipap je terus hilang tulang ikan tu.

Dan semester akhir ini semestinya kami sentiasa sibuk. Tiap hari  ada kelas kecuali Jumaat. Agak penat tapi nak tak nak kena ikhlas barulah berkat ilmu tu kan. Aku mungkin akan menulis di blog seminggu sekali, itupun jika betul-betul berkesempatan. Sekarang ni ada beberapa artikel raya yang belum publish lagi tapi dah siap tulis. Tapi leas ni belum tentu boleh buat macam ni. Insyaallah aku akan sentiasa menulis di sini (^__^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

11 Readers:

{ izzati hamimi } at: 16 September 2011 at 15:59 said...

kem salam artis sebelah ko 2...set date ngan aq..jumpe saas..hahaha

Anonymous at: 16 September 2011 at 16:00 said...

gd luck kery!!

{ BiEha Besh } at: 16 September 2011 at 16:00 said...

yeyeyehh....i punyer hampir siapp...isnen ni tgl nk prezent,,aku turn ke 5...uwuwuwuwuwu....berdeborrr siak!! =p

{ ain dzaya } at: 16 September 2011 at 16:29 said...

gud luck!!!selamat memulakn semester baru!!

{ Syakir Rahman } at: 16 September 2011 at 19:43 said...

kita stu fac...ley la jmpa...hohoho

{ Zul Fattah } at: 16 September 2011 at 21:50 said...

wahh.. dah nk grad r nie? ..Aku doakan ko berjaya r dlam plajaran ko ni dan moga2 dapat kerja cepat yup.. do the best k.. n wish u gud luck

{ shazwanazizan / wanblur } at: 16 September 2011 at 22:29 said...

welcome back to school. hehe

{ shazwanazizan / wanblur } at: 16 September 2011 at 22:30 said...

lupa nak gtau, jemput sertai bloglist baru wanblur yer

http://akuwanblur90.blogspot.com/2011/09/jom-sertai-bloglist-wanblur.html

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 17 September 2011 at 10:45 said...

Zati: haha insyaallah ok2 jumpa kt saas nnt haha

Anonymous: thanks!!

Bieha: haha.. good luck bieha! same2 lah kite gigih ..hehe

Ain: thanks!!

Syakir: ouwhh.. ada rezeki jumpa la nnt hehe

Zul: ade lg 1 sem la..thanks Zul ucapan tu hee...nanges jap haha

Wan: haha welkam back! ok2 thanks ajk! nnt aku join insyaallah

{ Rtp Farra Arisha } at: 17 September 2011 at 11:47 said...

happy learning then.
and selamat maju jaya :)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 20 September 2011 at 23:17 said...

thanks! selamat maju jaya jgk (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean