header

header
hairie

NONA TV3: Fara Fauzana & Neelofa pengacara baru?

| Saturday, 29 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Selamat berhari Sabtu, mesti ada yang tengah tidur lena lagi kan..untunglaa korang tak ada kelas dan tak ada kerja nak kena buat. Tak macam kami student landscape architecture yang hari tak ada kelas adalah hari yang paling ditunggu sebab nak siapkan kerja! HAHA

Hari ni aku tengok paper dan laman blog banyak yang cerita pasal pengacara baru Nona terbitan TV3 tu. Kalau sebelum ni si Kak Vee a.k.a Vanidah Imran, merangkap isteri kepada Rashidi Ishak yang baru konvo degree di UPM beberapa hari lalu. Lepas ni Vee pulak yang nak sambung belajar. Sebab tu kot die letak jawatan sebagai pengacara Nona.. oppss!!
Ape daa.. Vee bukan letak jawatan tapi dah tiba masanya pengacara Nona ada pengganti setahun sekali, barulah tak bosan penonton yang tengok. Tapi kan sengat Nona ni makin lama makin kurang sengat sebab dah tak ada sengat! ek? tak, mungkin sebab pengacara yang tak best kot. Korang perasan tak waktu Vee dengan Maya Karin jadi pengacara Nona, mereka ni sangat ikut skrip, skema gile ayat diorang. Kalau zaman Normala Samsudin dulu, aku rasa santai sikit. 

Tapi kali ni, memang TV3 nak buat perubahan bermula dengan pengacara baru dengan style pengacaraan yang baru dan juga pengisian baru. Aku rasa segmen pengantin mesti ada juga HAHA.

sumber foto: google

Kenapa dengan mereka?mereka inilah yang bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun hadapan. Katanya mereka ini akan mengacarakan dengan gaya tersendiri. Mampukan Fara Fauzana buat gaya macam beliau jadi hos Melodi dulu?boleh ke die terapkan dalam Nona yang aku rasa penuh protokol ni? 

Dan Neelofa? pemilihan beliau adalah disebabkan beliau berjaya mengurat Ustaz Shauki dalam cerita Tahajjud Cinta tu. Eh2!! bukan sorry salah info.. sebab beliau ni bintang baru yang ada potensi. Bintang kat langit tu ade potensi tak agak-agak? Ade kot, boleh jatuh ke bumi dan jadi taik bintang kan.


"Pemilihan Fara dan Neelofa adalah berdasarkan kepada karakter dan personaliti mereka yang berbeza daripada pengacara sebelum ini", Ahmad Izham Omar (2011).

Apa pun kita tunggu tahun depan macam mana, kalau best maknaya berjayalah gandingan mereka berdua ni. Kalau tak best, maksudnya kena tukar la spesifikasi. Tak pun panggil balik Datin Norjuma yang sentiasa cantik. Apa kata gandingkan dua-dua datin tu, Datin Norjuma dengan Datin Normala Samsudin? jadi makin ramailah datin-datin yang akan terpacak depan tv kot! 
Penulisan ini diadaptasi daripada:
mStar Online:

Kosmo! Online

**hari ni ada konvo Halim, jadi tenghari ni kena ada di DATC UiTM Shah Alam




LYNDA ROSLAN di Majalah NUR edisi November 2011

| Friday, 28 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan...
Buat terapi jap untuk elak tekanan kerja! Hari ni nak kongsi something tentang kawan aku sorang ni. Dia masuk Majalah lagi! Mesti korang kenal Lynda Roslan kan, yang buat pertama kalinya masuk majalah Dara.com awal tahun lepas. Selepas itu, rezekinya bertambah-tambah, jadi model tu, model ni dan dah jadi pelakon pun under MiG, ala milik David Teo tu..

Kali ini dia peragakan pakaian pengantin, seriously cantik sangat! Esok bakal bini aku, aku nak pakaikan macam nilah..tapi sape ek?hurmm..

Antara foto yang cantik bagi aku. Selalunya kalau aku suruh senyum, susah gile! Untunglaa kau Lynda! HAHA

Bukan pakaian pengantin je, tutorial pakai tudung a.k.a selendang pun ada. Maklumlah sekarang ni kan dah macam-macam fensyen bertdudung kan tapi jangan lupa tutup aurat tuu (^___^) 





Tapi tak ada foto beliau versi penuh, maksud aku nampak satu badan dari atas sampai bawah. Tapi okay juga la kan, dapat masuk majalah. Ko hade??hade???

Makin lama makin murah rezeki si Lynda Roslan ni atau nama fake die Jannah Mamat si peminat k-pop! yeeaakkkssssss!!~~

Hari tu David Teo ada tawarkan watak heroin dalam cerita Assalamualaikum Cinta kat Lynda ni tapi memandangkan jadual penggambaran bulan November ni dan kami sibuk dengan final project & thesis, tang mananya Lynda tu nak shoot. Tak pe, tahun depan adalah peluang tu Lynda. 

Foto sebelah: Zai, si peminat setia Lynda Roslan (ek?). Sanggup tunggu giliran nak bergambar dengan si #retis, artis laaa!

Jom singgah blog beliau ni ( lama tak update):



Last: aku suka tengok baju pengantin, rasa tak sabar nak pakai! nasib baiklah belum ada calon dan tak mampu lagi HAHA. Model lelaki tu aku kenal; namanya HYDER JAMAL,  pemenang Pencarian Lelaki Maskulin 2011 kalau tak silap.




WRITING COMPETITION: Rich Blogger: Fact or Fiction?

| Thursday, 27 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Curi masa sekejap nak sertai GA ni sambil mengadap final project yang agak memenatkan tapi seronok sebab sentiasa sibuk dengan kerja, #tipulah kau!

Blogger Kaya: Fakta atau Fiksyen?

Fakta mengenai blogger kaya adalah benar apabila blogger tersebut bersungguh-sungguh untuk menjadikan blog sebagai medium untuk menjana pendapatan sampingan. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi kaya melalui blog. Kalau setakat pasang iklan tapi tak ada usaha tambahan seperti melakukan promosi secara agresif dan tak hasilkan entri yang terbaik dan menarik, macam mana pengunjung nak datang dan tinggalkan jejak pada entri kita. Tak ada masalah kalau kita nak jadi kaya melalui blog tapi kenalah berpada-pada, jangan sampai dengki orang lain atau jatuhkan martabat blogger lain. Halal ke namanya tu?

Rasanya sekarang ni bukan fiksyen dah mengenai blogger kaya ni sebab masing-masing berpeluang untuk menjana pendapatan melalui blog. Caranya macam aku cakap di atas tadi. Jadi, sekarang ni pun aku sedang menuju ke arah itu tapi secara perlahan-lahan takut aku punya pembelajaran terganggu. Bila ada masa terluang barulah boleh fokus mengenai benda ini dengan sepenuhnya. 

Duit yang kita dapat tu nak buat apa? macam-macam kita boleh buat, nak bayar kereta ke, bayar bil broadband, bayar hutang dan segala macam benda yang guna duit. Pendapatan melalui blog ni sangat bermakna sebabnya adalah sebagai 'bank' sampingan bila tak ada duit dalam dompet. Jadi pandai-pandailah kita manfaatkan benda ni.

Kesimpulannya di sini, kalau korang betul-betul nak jadikan blog sebagai medium untuk jana pendapatan korang kena usaha lebih dan jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang lebih otai untuk menjana pendapatan melalui blog. Dan bila dah berjaya, jangan lupa pula kongsi info dengan blogger baru di luar sana. Ramai yang nak cuba.

**itu sahaja yang saya mampu berkongsi dengan korang semua, harap-harap ayat kat atas tu korang faham (^___^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H



KL Metropolis! Greater Kuala Lumpur-Klang Valley

| Wednesday, 26 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Hari ni mesti ramai yang duduk rumah kan, maklumlah cuti umum macam ni dimanfaatkan bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Lari sekejap dari kerja (^___^) 

Hari ni nak kongsi dengan korang semua tentang 1 lagi projek yang bakal menjadi ikon negara, iaitu KL Metropolis. Projek ni terletak di Jalan Duta iaitu di kawasan kompleks pentadbiran kerajaan, bangunan Martrade dan juga Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 

Kat sinilah projek tersebut bakal dibangunkan, nampak banyak open space kan dan tempat ni katanya strategik sebab tempat ni sebagai lanjutan kepada pusat bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa sesak. Jadi bila projek ni siap nanti, bertambah-tambahlah sesaknya kan.

"beliau mahukan pemaju, Naza TTDI memastikan KL Metropolis berperanan penting dalam memenuhi aspirasi kerajaan menjayakan Greater KL-KV sebagai pusat penjanaan ekonomi, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik minat ramai pekerja mahir."
Yang ni  pelan induk bagi projek KL Metropolis ni. Projek ni bernilai RM15 bilion woo! Mahal kan tapi kalau kat tengah-tengah KL ni kau buat projek apa pun, menjadi je..tu pun dengan sokongan kerajaan laa kan. 

Yang paling MEGA dalam projek ni, pembinaan kompleks baru Martrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia). Tapi kat sebelah tu kan dah ada bangunan Martrade, jadi apa ek agaknya fungsi bangunan baru ni?Tunggulah bila siap nanti.

Nak tengok lagi banyak info pasal projek ni?jom layan video kat bawah ni:

Menarik bukan! Projek-projek sekarang ni makin hebat sebab semuanya nak capai Sustainable Development, ala.. kalau kau buat bangunan mesti kena buat outdoor space yang cantik dan banyak pokok kan? itulah bidang tugas Landscape Architecture, merekabentuk kawasan luar bangunan untuk korang semua. Pernah dengan GBI?Green Building Index, yang ni pun penting sebab sekarang ni bumi makin panas jadi para pemaju, arkitek dengan konsultan lain sibuk nak buat bangunan yang mesra alam.
Sumber info: 

mood: sambil layan thesis dan final project! banyk lagi kena buat, menulis kat blog adalah terapi (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

| Monday, 24 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan...
Pukul 2 petang ni ada kelas lagi sampai petang, kena buat Dimensioning Plan pulak! 

Curi masa sekejap nak sertai GA ni haa dari Cik Pen Merah. Tengok hadiah macam best je, so apa lagi join je laa..

Nak sertai?jom klik link kat bawah ni:
http://penmerah.com/25-things-random-giveaway-by-penmerah-com/

Dapat pendrive bentuk kamera tu pun okay jugak kan tapi kalau dapat yang lain pun boleh jugak! HAHA ..


Khas buat: Anis, Nor, dan juga Leia Ar. serta artis baru MiG Lynda Roslan

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

HASRULHASSAN.COM - Inilah Blog Saya

| Thursday, 20 October 2011
 
"Cuba ceritakan bagaimana anda boleh bermula membuat blog, dan siapakah yang mendorong anda untuk terus berblog. Nyatakan beberapa orang blogger yang memberikan semangat untuk anda terus berblog". (HasrulHassan, 2011)

Assalamualaikum kawan-kawan......
Hari ni nak sertai segmen dari Encik Hasrul Hassan. Korang nak?klik kat banner atas tu. sebelum tu kena jawab dulu soalan yang beliau dah nyatakan tu! (^___^)

Macam mana aku boleh buat blog?
Masa tu tengah semester akhir Diploma di UiTM Perak. Ada kawan ni, tolong daftarkan nama aku kat blogger.com, suruh aku buat blog sebab dia ada blog. Lagipun aku rasa macam menarik sangat bila ada blog sendiri (ala-ala website gitu!), boleh tulis dan semua orang boleh baca. Siapa orang tu? 
 
Hazwan laa, ni blog dia: http://mesmerising1.blogspot.com/

Pendorong untuk terus berblog
Siapa ek? mestilah kawan-kawan sekeliling yang mana mereka ni suka gambar mereka masuk dalam entri aku, dan bila kita search kat Google apa-apa foto yang berkaitan  kadang-kadang muka mereka keluar  kat situ, suke bukan main! HAHA

Dan lagi satu, blogger-blogger lain juga mendorong aku untuk terus menulis dan terus menulis! sebab mereka ni ada pengaruh yang tersendiri dan blog mereka dikenali ramai. Blog yang paling menarik bagi aku adalah, blog yang aku suka baca. Memang la kan (^___^) , Jadi blog sape-sape yang aku suka baca dan tinggalkan kmen tu maksudnya entri korang tu menarik dan best la kan! 

Blogger yang memberikan semangat untuk aku terus berblog?
Ramai juga yang blogger yang aku jadikan panduan dan juga inspirasi untuk terus menulis. Apa yang menarik tentang blog mereka ni adalah dari segi penulisan dan topik terutamnya. Jom singgah blog mereka yang aku suka baca ni:

Blogger otai yang pemurah + banyak GA:

Blogger suka mencarut yang lucah tapi BEST!:

 Juga blogger suka mencarut! tapi menarik untuk dibaca:


Blogger paling latest yang aku kenal, ada banyak info ni:
 
Dan juga banyak blog lain. Semuanya ada keistimewaan masing-masing jadi kalau aku tak ada sebut blog korang kat sini jangan ambil hati taw (^__^). Dan aku selalu juga singgah blog mereka ni, tapi akibat sibuk mereka tak dapat nak tulis selalu. Jom singgah blog mereka: Cik Hanis, Lynda Roslan, Leia Ar, Nur Eyda & Nazlina.

Okay itu je yan gaku nak kongsi, sebenarnya semua orang di sekeliling kita yang memberi semangat untuk terus menulis, bukan sahaja mereka yang mempunyai blog (^___^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H
 

Blogger! Jom Kenal

| Wednesday, 19 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan...
Kejap lagi jam 8.30 malam ada kelas, jadi ambik masa kejap nak sertai segmen ni. 

ASAL
Batu Pahat, Johor dan sekarang bermastautin di Shah Alam (Seksyen U12 Desa Alam) ..

MENGENAI AKU
Rasanya dah  ada tulis kat tepi homepage tu. Kenapa blog aku warna biru? Sebab, aku suka warna biru. Lebih eksklusif lagi bila dipadankan dengan warna hitam. Itu pendapat aku la, masing-masing ade pendapat sendiri kan (^___^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!

| Tuesday, 18 October 2011

 
Assalamualaikum kawan-kawan..
Segmen terdahulu tengah meriah lagi dan tiba-tiba ada blogger ajak sertai GA ni. Senang jer, letak banner dan siap! Tu kalau malas sangat la, kalau terlebih rajin tulislah apa yang patut (^___^)


Mood: Tengah sibuk dengan Final Project dan Thesis

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Jom Join Bloglist Lighta Shadowee

| Sunday, 16 October 2011

Sekali lagi assalamualaikum kawa-kawan.. 
Curi masa kejap sebab nak sertai segmen yang  senang ni. Jom sertai sekarang!

Khas buat: Kak Fariza, Aslann As, Man Yusoef, Cik Hanis, Nur Eyda dan juga Lynda Roslan serta Leia Ar.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Jom Sertai Bloglist Blog Budak Botak September - Disember 2011

|

 
Assalamualaikum kawan-kawan.. 
Entri paling ringkas dah nak sama macam WW, tapi nak tulis juga. Jom sertai Bloglist budak botak ni! Kena nyatakan jantina je : LELAKI

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Contest DANIEL ADIE : SISPA

|

 
Assalamualaikum sahabat sekalian...
 
Hari ini nak cerita pasal 1 contest anjuran blogger yang popular sorang ni. Sekali buat entri, ramai betul yang tinggalkan komen. HEBAT kan. 

Contest kali ini, aku kena bagi 2 foto aku senyum, 1 senym palsu dan 1 senyum ikhlas. Selalunya aku senyum ikhlas, yang senyum palsu tu susah sikit. Tengok semua gambar yang senyum palsu dah macam Angelina Jolie pulak, maklumlah bibir besar!Kat bawah ni adalah foto yang aku pertaruhkan..


Kena lengkapkan slogan ni:
Terkadang, senyuman palsu terukir apabila terfikir benda-benda yang dah berlaku sebelum ni dan benda tu meninggalkan kenangan yang mendalam dalam diri kita, sebab tu la tiba-tiba je boleh senyum palsu..

Entri ini khas untuk mereka yang suka senyum: Nur Eyda, Lynda Roslan dan juga Noona Anes serta Leia Ar.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG ...

| Saturday, 15 October 2011
 
 
Assalamualaikum...
Hari ni nak sertai segmen yang sangat ringkas ini. Disebabkan sedang sibuk dengan projek akhir dan juga thesis, tak dapat nak tulis panjang-panjang (^___^) Insyaallah aku akan terjah semua blog yang sertai segmen ini dan tinggalkan komen. Jom sama-sama sokong aktiviti blogger ini! yeahh

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Wordless Wednesday #102

| Wednesday, 12 October 2011
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

"Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina"

| Monday, 10 October 2011

Assalamualaikum, curi masa sekejap buat entri untuk sertai Giveaway oleh Cik Lulu Caldina. Nampak macam best je hadiah tu dan lagipun senang je nak sertai. Jomla kawan-kawan sertai sekali. Klik pautan di bawah ni kalau nak:

 
Okay nak sambung kerja, malam ni menghadap thesis Chapter 1. Harap-harap dapat buat banyak malam ni. Insyaallah (^__^) 
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

KISAH STUDIO 08 : hari ni dah hari Ahad 091011

| Sunday, 9 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian...
Hari ini hari Ahad, kenapa dengan hari Ahad? Sebab esok dah hari Isnin dan hari Isnin itulah bermulanya tekanan dengan kelas, pensyarah dan macam-macam lagi. Esok dah kena tunjuk progress projek dan thesis.

AHAD 091011

Tarikh hari ni sangat cantik kan. Tapi tak ada yang istimewa pun hari ini melainkan mengadap kerja dan juga makan dan mengadap kerja lagi lepas itu tidur.

Malam tadi tak balik rumah, tidur di studio yang sejuk ni. Pagi tadi jam 9 baru balik rumah, mandi dan datang balik studio. Lepas tu lapar terasa perut ni berangin.. Dari rumah terus pergi kedai di Seksyen 2 beli roti dan jem! Sedap (^__^)

Sempat mencari majalah LIBUR edisi Oktober 2011. Sekarang ni tak sempat nak hantar foto untuk majalah ini tapi aku beli juga sebab nak tengok tempat-tempat menarik dari seluruh dunia. Kira macam buat persediaan untuk berbulan madu la kot! Lagi satu, seronok bila tengok tempat-tempat yang cantik ni, rasa bertuah hidup di bumi bertuah ini (ayat tak boleh blah!). Apa pun, semua tu ciptaan Allah yang Maha Kuasa.

Muka surat ni yang menarik perhatian aku sebab ada foto-foto yang pernah popular dan masih popular sehingga sekarang. Nak tahu kenapa?baca sendiri (^__^) 



Aktiviti terbaru dengan style baru. Panjat gunung pada 1 Syawal: tengah raya kan? raya-raya pun nak panjat gunung lepas tu gigih bawa baju kurung dan baju Melayu nak tangkap gambar di puncak dunung. Menarik kan. Nak tahu lokasi? sila beli Libur edisi Oktober 2011.

Dah ni sahaja yang aku nak tulis. Oh! cerita Arkib Negara tak buat lagi, nantilah bila-bila ada masa aku tulis lagi. Thesis oh inventori! banyak lagi..

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

KISAH STUDIO 08 : Hujung Minggu Menghadap Thesis

| Saturday, 8 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian, rasanya dah beberapa hari tak menulis di sini sehingga menyebabkan ranking Alexa jatuh berdesup! Tapi tak kisahlah yang penting blog aku, aku tulis, suka hati aku (^__^).

Minggu ni dah nak berakhir minggu ke 4 semester 08 aku. Semakin blurr disebabkan banyak sangat benda nak kena fikir dan kena buat, tapi semua tu kena hadapi dengan positif barulah tak tertekan. 



Tak tahulah kenapa aku banyak buang masa dengan projek ni. Sepatutnya banyak kerja kena buat: Chapter 01 Thesis dan juga conteng butter paper  untuk inventori dan analisis tapak. Tak tahu kenapa lambat gerak, banyak sangat pikir dalam kepala ni. 

Dan minggu lepas baru sempat jumpa pakar rujuk (supervisor), bincang mengenai tajuk dan juga minta bantuan untuk membimbing thesis kami. Nasib baiklah aku dah tempah En Haris awal-awal, kalau tak memang agak kelam kabut nak cari supervisor.

Lepas ni dah kena hantar draf Chapter 1 kepada studio master dan juga supervisor. Lagi cepat lagi bagus tapi nak mulakan menulis tu susah betul! Nak kena ada mood barulah boleh jalan.

Itu sahajalah yang aku nak kongsi dengan korang semua, tapi sebenarnya ada lagi cerita yang aku nak tulis. Itu nanti dalam entri lain. Jangan risau okay (^___^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Isnin, Minggu Pertama Bulan Oktober 2011

| Monday, 3 October 2011
Hari ini hari Isnin minggu pertama bulan Oktober 2011. Assalamualaikum kawan-kawan. Makin lama makin sibuk rasanya tapi bila makin sibuk, makin tak tahu apa yang perlu dibuat. Tapi kalau bab main-main laju je! Kalau nak buat kerja, rasa macam berat sangat nak jalan. Sabar je la...

Kalau ikut jadual, minggu ini dah sibuk dengan inventori dan analisis tapak tapi progress projek agak lambat. Maklumlah bila dah bentang tajuk thesis depan pensyarah, ada sahaja yang tak kena. Jadi masing-masing kena betulkan balik la apa yang salah.


Foto menyentuh hati kalau ditenung betul-betul. Tapi disebabkan kualiti gambar rendah, jadi mesti anda tak dapat hayati betul-betul foto ni kan! HAHA Sebenarnya, kisah seorang budak ni bernama Md Azrin kenal kan?ala..budak dari Kampung Separap tu, di mana setelah penat membuat lakaran (sketches) papan tanda untuk subjek tender, beliau tertidur dengan sedapnya dan kami ni ternampak lirik sebuah lagu baru yang ditulis tangan di atas sekeping kertas tu. Nampak kan.. sungguh sayu rasanya. Jom layan lagu Nera yang beliau suka sangat tu:


Menarik bukan, patutlah Md suka lagu ni, rupanya ada sesuatu di sebalik lirik ni HAHA.. dia kata, lirik lagu ni sangat best! Mungkin bagi siapa-siapa yang sedang hangat bercinta agaknya rasa best lagu ni. Untung laa......
__________________________________________________________________________________

Semalam hari Ahad masa aku balik dari kampung dengan kawan-kawan tiba-tiba lebuhraya PLUS tu sesak berhampiran USIM di Nilai. Tengok ramai orang berkumpul di tepi jalan tu.

Ingatkan kucing bertembung dengan anak gajah tapi sebenarnya, sekumpulan konvoi RXZ sedang berhenti kerana salah seorang kawan mereka mungkin terjatuh ataupun terlanggar sesuatu sehingga menyebabkan kecederaan. Ni mesti jarak antara mereka terlalu dekat dan kemudian, terlanggar sesama sendiri dan terjatuh.

 Dah, waktu untuk buat kerja! nanti ada masa sambung lagi.. assalamualaikum

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean