header

header
hairie

Isnin, Minggu Pertama Bulan Oktober 2011

| Monday, 3 October 2011
Hari ini hari Isnin minggu pertama bulan Oktober 2011. Assalamualaikum kawan-kawan. Makin lama makin sibuk rasanya tapi bila makin sibuk, makin tak tahu apa yang perlu dibuat. Tapi kalau bab main-main laju je! Kalau nak buat kerja, rasa macam berat sangat nak jalan. Sabar je la...

Kalau ikut jadual, minggu ini dah sibuk dengan inventori dan analisis tapak tapi progress projek agak lambat. Maklumlah bila dah bentang tajuk thesis depan pensyarah, ada sahaja yang tak kena. Jadi masing-masing kena betulkan balik la apa yang salah.


Foto menyentuh hati kalau ditenung betul-betul. Tapi disebabkan kualiti gambar rendah, jadi mesti anda tak dapat hayati betul-betul foto ni kan! HAHA Sebenarnya, kisah seorang budak ni bernama Md Azrin kenal kan?ala..budak dari Kampung Separap tu, di mana setelah penat membuat lakaran (sketches) papan tanda untuk subjek tender, beliau tertidur dengan sedapnya dan kami ni ternampak lirik sebuah lagu baru yang ditulis tangan di atas sekeping kertas tu. Nampak kan.. sungguh sayu rasanya. Jom layan lagu Nera yang beliau suka sangat tu:


Menarik bukan, patutlah Md suka lagu ni, rupanya ada sesuatu di sebalik lirik ni HAHA.. dia kata, lirik lagu ni sangat best! Mungkin bagi siapa-siapa yang sedang hangat bercinta agaknya rasa best lagu ni. Untung laa......
__________________________________________________________________________________

Semalam hari Ahad masa aku balik dari kampung dengan kawan-kawan tiba-tiba lebuhraya PLUS tu sesak berhampiran USIM di Nilai. Tengok ramai orang berkumpul di tepi jalan tu.

Ingatkan kucing bertembung dengan anak gajah tapi sebenarnya, sekumpulan konvoi RXZ sedang berhenti kerana salah seorang kawan mereka mungkin terjatuh ataupun terlanggar sesuatu sehingga menyebabkan kecederaan. Ni mesti jarak antara mereka terlalu dekat dan kemudian, terlanggar sesama sendiri dan terjatuh.

 Dah, waktu untuk buat kerja! nanti ada masa sambung lagi.. assalamualaikum

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


3 Readers:

{ Zul Fattah } at: 4 October 2011 at 21:04 said...

best r dapat kerja.. hehe.. bila nk blanja aku makan ni? gaji pertama, kena r blanja member2

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 5 October 2011 at 14:22 said...

eh2 mne ade kerja..student lg laa.....

{ ayie } at: 8 October 2011 at 14:37 said...

sebok sepanjang masa..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean