header

header
hairie

KISAH STUDIO 08 : hari ni dah hari Ahad 091011

| Sunday, 9 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan sekalian...
Hari ini hari Ahad, kenapa dengan hari Ahad? Sebab esok dah hari Isnin dan hari Isnin itulah bermulanya tekanan dengan kelas, pensyarah dan macam-macam lagi. Esok dah kena tunjuk progress projek dan thesis.

AHAD 091011

Tarikh hari ni sangat cantik kan. Tapi tak ada yang istimewa pun hari ini melainkan mengadap kerja dan juga makan dan mengadap kerja lagi lepas itu tidur.

Malam tadi tak balik rumah, tidur di studio yang sejuk ni. Pagi tadi jam 9 baru balik rumah, mandi dan datang balik studio. Lepas tu lapar terasa perut ni berangin.. Dari rumah terus pergi kedai di Seksyen 2 beli roti dan jem! Sedap (^__^)

Sempat mencari majalah LIBUR edisi Oktober 2011. Sekarang ni tak sempat nak hantar foto untuk majalah ini tapi aku beli juga sebab nak tengok tempat-tempat menarik dari seluruh dunia. Kira macam buat persediaan untuk berbulan madu la kot! Lagi satu, seronok bila tengok tempat-tempat yang cantik ni, rasa bertuah hidup di bumi bertuah ini (ayat tak boleh blah!). Apa pun, semua tu ciptaan Allah yang Maha Kuasa.

Muka surat ni yang menarik perhatian aku sebab ada foto-foto yang pernah popular dan masih popular sehingga sekarang. Nak tahu kenapa?baca sendiri (^__^) 



Aktiviti terbaru dengan style baru. Panjat gunung pada 1 Syawal: tengah raya kan? raya-raya pun nak panjat gunung lepas tu gigih bawa baju kurung dan baju Melayu nak tangkap gambar di puncak dunung. Menarik kan. Nak tahu lokasi? sila beli Libur edisi Oktober 2011.

Dah ni sahaja yang aku nak tulis. Oh! cerita Arkib Negara tak buat lagi, nantilah bila-bila ada masa aku tulis lagi. Thesis oh inventori! banyak lagi..

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

1 Readers:

{ ain dzaya } at: 10 October 2011 at 10:40 said...

ain baru perasan yang tarikh hari nie cantek =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean