header

header
hairie

KL Metropolis! Greater Kuala Lumpur-Klang Valley

| Wednesday, 26 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Hari ni mesti ramai yang duduk rumah kan, maklumlah cuti umum macam ni dimanfaatkan bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Lari sekejap dari kerja (^___^) 

Hari ni nak kongsi dengan korang semua tentang 1 lagi projek yang bakal menjadi ikon negara, iaitu KL Metropolis. Projek ni terletak di Jalan Duta iaitu di kawasan kompleks pentadbiran kerajaan, bangunan Martrade dan juga Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 

Kat sinilah projek tersebut bakal dibangunkan, nampak banyak open space kan dan tempat ni katanya strategik sebab tempat ni sebagai lanjutan kepada pusat bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa sesak. Jadi bila projek ni siap nanti, bertambah-tambahlah sesaknya kan.

"beliau mahukan pemaju, Naza TTDI memastikan KL Metropolis berperanan penting dalam memenuhi aspirasi kerajaan menjayakan Greater KL-KV sebagai pusat penjanaan ekonomi, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik minat ramai pekerja mahir."
Yang ni  pelan induk bagi projek KL Metropolis ni. Projek ni bernilai RM15 bilion woo! Mahal kan tapi kalau kat tengah-tengah KL ni kau buat projek apa pun, menjadi je..tu pun dengan sokongan kerajaan laa kan. 

Yang paling MEGA dalam projek ni, pembinaan kompleks baru Martrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia). Tapi kat sebelah tu kan dah ada bangunan Martrade, jadi apa ek agaknya fungsi bangunan baru ni?Tunggulah bila siap nanti.

Nak tengok lagi banyak info pasal projek ni?jom layan video kat bawah ni:

Menarik bukan! Projek-projek sekarang ni makin hebat sebab semuanya nak capai Sustainable Development, ala.. kalau kau buat bangunan mesti kena buat outdoor space yang cantik dan banyak pokok kan? itulah bidang tugas Landscape Architecture, merekabentuk kawasan luar bangunan untuk korang semua. Pernah dengan GBI?Green Building Index, yang ni pun penting sebab sekarang ni bumi makin panas jadi para pemaju, arkitek dengan konsultan lain sibuk nak buat bangunan yang mesra alam.
Sumber info: 

mood: sambil layan thesis dan final project! banyk lagi kena buat, menulis kat blog adalah terapi (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


4 Readers:

{ Shuhaida Subri } at: 26 October 2011 at 11:49 said...

memang cantik.
best dengar tapi risau gak..
makin banyak kerajaan buat pembangunan makin di kikis la rakyat!

{ AthirahBahrum } at: 26 October 2011 at 12:14 said...

bertambah busy lah jalan duta -..-"

{ Asy Faro } at: 26 October 2011 at 17:41 said...

salam kenal dari Asy Faro.
jom usha blog aku=)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 27 October 2011 at 14:17 said...

SS: hha yg tu kite same2 pikir la ye hahaha

AB: setuju!

AF: slm kenal, hehe ok2 ak usha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean