header

header
hairie

WRITING COMPETITION: Rich Blogger: Fact or Fiction?

| Thursday, 27 October 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Curi masa sekejap nak sertai GA ni sambil mengadap final project yang agak memenatkan tapi seronok sebab sentiasa sibuk dengan kerja, #tipulah kau!

Blogger Kaya: Fakta atau Fiksyen?

Fakta mengenai blogger kaya adalah benar apabila blogger tersebut bersungguh-sungguh untuk menjadikan blog sebagai medium untuk menjana pendapatan sampingan. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi kaya melalui blog. Kalau setakat pasang iklan tapi tak ada usaha tambahan seperti melakukan promosi secara agresif dan tak hasilkan entri yang terbaik dan menarik, macam mana pengunjung nak datang dan tinggalkan jejak pada entri kita. Tak ada masalah kalau kita nak jadi kaya melalui blog tapi kenalah berpada-pada, jangan sampai dengki orang lain atau jatuhkan martabat blogger lain. Halal ke namanya tu?

Rasanya sekarang ni bukan fiksyen dah mengenai blogger kaya ni sebab masing-masing berpeluang untuk menjana pendapatan melalui blog. Caranya macam aku cakap di atas tadi. Jadi, sekarang ni pun aku sedang menuju ke arah itu tapi secara perlahan-lahan takut aku punya pembelajaran terganggu. Bila ada masa terluang barulah boleh fokus mengenai benda ini dengan sepenuhnya. 

Duit yang kita dapat tu nak buat apa? macam-macam kita boleh buat, nak bayar kereta ke, bayar bil broadband, bayar hutang dan segala macam benda yang guna duit. Pendapatan melalui blog ni sangat bermakna sebabnya adalah sebagai 'bank' sampingan bila tak ada duit dalam dompet. Jadi pandai-pandailah kita manfaatkan benda ni.

Kesimpulannya di sini, kalau korang betul-betul nak jadikan blog sebagai medium untuk jana pendapatan korang kena usaha lebih dan jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang lebih otai untuk menjana pendapatan melalui blog. Dan bila dah berjaya, jangan lupa pula kongsi info dengan blogger baru di luar sana. Ramai yang nak cuba.

**itu sahaja yang saya mampu berkongsi dengan korang semua, harap-harap ayat kat atas tu korang faham (^___^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H



3 Readers:

{ eqbalzack } at: 27 October 2011 at 17:09 said...

salam,
terima kasih join contest bulanan abg eq. abg dah linkkan kat blog.
nanti send abg eq details via form kat CONTACT di blog abg eq. bg alamat sebab abg eq nak pos button. peserta lain abg eq dah poskan...
TQ

{ YNA } at: 27 October 2011 at 19:59 said...

stkt nir x mampu lg kot nak jadi blogger kata, hihihi

insyaAllah one day :)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 28 October 2011 at 08:08 said...

wsalam.. ok2 nnt saya buat ..

YNA: haha insyaallah pelan2 ok hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean