header

header
hairie

Wordless Wednesday #104

| Wednesday, 30 November 2011

Rabu tanpa kata-kata tapi kena ada tajuk sikit (^__^) 


Ujang review blog aku weyh!! (^___^)

|
Print Screen dari blog Ujang (^__^)
Assalamualaikum kawan-kawan......

Sambil tunggu loading webpage yang aku cari pasal tender ni, aku nak kongsi dengan korang pasal gambar kat atas tu.. Hari tu ada join segmen blog review dari Ujang a.k.a Azfar Roslan, blogger yang popular tu, siapa yang tak kenal kan.. 

 
Bertuah aku dapat join segmen ni sebab sekurang kurangnya aku dapat petua yang berguna daripada rakan blogger yang hebat dan mempunyai tarikan sendiri yang pandai tarik pembaca untuk singgah ke blog beliau, itulah Ujang9897.

Korang nak tengok apa yang beliau komen pasal blog aku? jom SINI. Aku rasa kan Ujang, aku ni belum boleh dikategorikan sebagai otai sebab aku belum ada aura lagi dan bagi aku tak ramai lagi kat luar tu yang kenal blog aku (^__^) melainkan kawan-kawan kelas aku.. apa pun, meh la kita sama-sama majukan diri masing-masing.. 

Harap je follower ramai tapi nak tarik pembaca tu bagi aku agak sukar. Aku tengah usahakan macam mana nak tarik pembaca la ni insyaallah dengan petua tu boleh kot! (^__^). Yang penting sentiasa berupdate, ye dak Ujang? hehe ..





Pemandangan Luar Kawasan Istana Negara Jalan Duta

| Friday, 25 November 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Hari ini just nak kongsi dengan korang semua pasal foto! Foto Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tapi aku nak kongsi foto yang diambil di bahagian luar istana sebab aku rasa sangat menarik si Engineer tu main dengan landform kawasan tu. Mana yang kena retain, kenalah retain kan.



Foto ni yang paling aku suka sebab tunjuk kawasan keseluruhan istana tersebut. Korang tengoklah, kawasan hijau kat keliling tu sebagai barrier & sebenarnya kan, pembangunan yang berlaku di sekeliling kawasan istana mestilah tidak boleh lebih tinggi daripada istana atas sebab-sebab keselamatan. Maksudnya, dalam radius yang telah ditetapkan (contoh 1km daripada kawasan istana), tak boleh ada bangunan yang lebih tinggi daripada bangunan istana. Jap lagi kang, ada pengganas yang cuba nak tembak orang-orang kat istana tu.

Inilah pandangan dari udara kawasan Istana Negara yang dikelilingi oleh kesibukan Jalan Duta.

Tengok kat belakang istana tu, itulah kawasan apartment mewah yang aku raca macam cendawan lepas hujan. Kalau korang nak tengok view yang menarik kawasan apartmen tu, korang boleh tengok dari Plaza Tol Jalan Duta. Mesti anda teruja dengan pemandangannya walaupun just rumah sahaja. Tapi, bagi aku cantik (^__^)



Sumber foto: Google





Writing Contest 2 - Lecturer-student relationship, anything wrong? (English Version)

| Tuesday, 22 November 2011
Lecturer - Student Relationship, anything wrong? 

What is the meaning of lecturer-student relationship? Is it 'love' or just for educational purpose? Everyone have their own interpretation on this term. Basically, when people talk about lecturer-student relationship, the 'love' comes first right? It is totally wrong because in my opinion, the terms should be referred to the educational purposes, take the positive aspects.

The educational purpose, it is a big chance for the student because when the students have a good relationship with their lecturer, it is one of the way to gain more knowledge & better results for their education. Not only during the lecture session, they can meet each other every time if the lecture is able to help. This is one of the advantages of lecture-student relationship which they have extra time to make discussion at the outside of the duty time. 

Besides that, when the students have a good relationship with the lecturer, it is a chance for the students to get the guidance on the study purposes. It is like between a supervisor & the students (usually for final semester student; thesis purposes) which is the relationship that has been built will give advantages to them. The lecturer gives knowledge to the student while the student gains knowledge from the lecturer. The good relationship with supervisor is important because from this relationship the supervisor will know the work progress & they will guide us on how to score on the paper. Is it right?

In conclusion, just think the positive aspects about this relationship because related to the knowledge which is important for our future (world & hereafter). The blessing on the knowledge is important rather that the love relationship that we do not know the ending story.

Kali pertama entri berbahasa Inggeris! harap-harap korang semua faham dan kalau ada silap grammar tu, minta maaf la ye (^__^) 

Khas buat Hanis Adila, anda kena tag!anda nak join jom klik SINI





Kuasa Allah; Alhamdulillah Malaysia menang emas bola sepak Sukan SEA, Tahniah!!!

|
Assalamualaikum kawa-kawan...
Malam tadi mesti smua stesyen tv dapat income banyak sebab semua rakyat Malaysia mengadap tv tengok bola, ye ke? Tahniah pasukan Malaysia, anda hebat!

"Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia"
 
Jom layan saat-saat yang penuh mendebarkan malam tadi. Sampai tamat masa 90minit, permainan masih seri dan masa tambahan pun still tak ada gol lagi sampailah masa tambahan 30 minit pun tak ada gol, akhirnya penentuan sepakan penalti.
 
 
Sumber video dari Mr. Baiz punya blog (^__^)

Walaupun ramai yang menyumpah beberapa pemain Malaysia tapi itu biasalah kan bila dah emosional, sepak tak gol gol..siapa tak marah kan.. peluang ada depan mata kot! Tapi yang pastinya pasukan kita sangat keletihan, bayangkan banyak perlawanan kena harungi sejak dari peringkat kumpulan sampailah final, yang mana waktu rehat mereka kurang sempurna & tak cukup kot!

KFCM! gua tabik sama luuu.. banyak kali kau patahkan cubaan dari Indonesia yang bertubi-tubi! aku rasa diorang ni pakai pawang kot, dan setiap kali si Bonai tu dok tarik-tarik jaring tu, setiap kali itulah tak gol.. nampak sangat pawang ko makan duit haramh je taunye HAHA..

Harap-harap KFCM dapat kekal lama sampai berpuluh tahun pun tak apa, rugi kalau FAM lepaskan beliau ni.. Sarbani belum tentu boleh ganti kan!

Malam tadi aku sanggup tinggalkan thesis kejap sebab nak tengok bola kat rumah. Paling best bila masing-masing menyumpah! dan time sepakan penalti tu, memang semua orang cemas, dan aku yang gigih update TL kat Twitter terus off laptop, nervous punye pasal HAHA..


Lepas menang, masing-masing sibuk nak cuti, yang Johor tu memangla confirm cuti sebab hari jadi Sultan.. (oh, Fazura bakal jadi Sultanah Johor satu hari nanti?mungkin). Jom tengok pemimpin kita ni bincang pasal ape:

Sumber: profile Facebook Baik Punyer

Nak baca apa yang best kat paper hari ni pasal bola ni?jom klik pautan kat bawah ni:
 
Kosmo Online!
 
Utusan Malaysia

Ni ada lagi 1 kata-kata sentap dari KFCM, copy dari Leia Ar, meh singah blog dia SINI


TAHNIAH HARIMAU MUDA!!

REVIEW BLOG oleh Ujang9897! Jom join..

| Sunday, 20 November 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Ujang ajak kita semua sertai segmen review blog! Meh la join...Tak susah, beliau mintak kita letak foto sekeping (suke hati aku nak letak lebih) dan juga tulis sikit tentang blog beliau yang sentiasa happening tu hikhik...

Siapa yang nak join tu meh sini:

Ni foto yang aku tepek khas untuk segmen ini, dan ada lagi satu kat bawah nanti.

Nak cerita sikit mengenai blog Ujang ni:
Aku mula tertarik dengan blog beliau ni sejak aku join group Sahabat Blogger di Facebook kalau tak silap awal tahun ni dalam bulan Februari macam tu la. Entri-entri beliau ni agak lucah tapi kelakar dan best! Seronk bila baca..walaupun banyak entri tak ada gambar, ayat-ayat yang beliau tulis pun dah cukup menghiburkan HAHAHA..tapi aku tak pernah gelak guling-guling tau bile bace entri ko ni hehe..

Dan lagi menarik bila tiap-tiap kali beliau tulis entri, mesti ramai yang akan singgah tinggalkan komen. Itulah kehebatan seorang blogger otai! Otai la kan walaupun blog aku dah wujud lama daripada blog beliau tapi disebabkan berpengaruh tu la aku panggil otai! Apa pun, teruskan usaha ko Ujang! Selamat bergelar bapa (^___^) 

Okay sekarang ni tengah mood sibuk dengan final! Banyak kena buat dan minggu-minggu akhir semester dah nak makin dekat di mana ye, ia menandakan yang kerja semakin perlu cepat dibuat dan aku dah nak habis study maknenye yeayyyy!! insyaallah kalau semuanya okay, tahun depan aku konvo (^___^) 



Writing Contest 2 - Lecturer-student relationship, anything wrong?

|
Assalamualaikum kawan-kawan..
Lari sekejap dari buat final, nak tulis kat sini pulak.Kali ini kena buat entri mengenai hubungan antara pelajar dan juga pensyarah, salah ke? fikirlah sama-sama (^__^)

Bagi aku hubungan antara pensyarah dengan pelajar tak salah sebab dari situlah kita boleh tambahkan ilmu dan juga mudah untuk membuat perbincangan berkenaan dengan topik tertentu. Tapi yang menyebabkan salah adalah pandangan orang lain; bila kita rapat dan mesra dengan pensyarah, perkataan yang selalu keluar adalah 'kipas'. Bukan kipas angin okay tapi kipas yang merujuk kepada 'bodek'; senang cakaplah, pensyarah tu akan sayang kau lebih dari orang lain.

Kita ambil yang positif sahajalah mengenai hubungan ini dan hubungan ini tak semestinya berkaitan dengan percintaan kan? ada juga hubungan macam anak dengan ayah atau emak dan adik dengan kakak atau abang. Semua itu terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. 

Perkara paling utama adalah niat, kalau niat kita itu untuk menuntut ilmu insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja dan tak akan ada orang yang cakap bukan-bukan mengenai kita. Tapi kalau niat kita semata-mata untuk cari jodoh (yang ni selalu berangan je), baik tolak tepi dulu. Mak ayah di kampung nak kita tamatkan pengajian dengan segulung Ijazah/Diploma, mnereka nak tengok semua ini tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menuntut ilmu dah jadi agenda nombor 2 dan yang lain=lain diutamakan. Anda silap!

Okay itu sahaja yang aku nak kongsi, lupa nak bagitaw yang penganjur contest ini adalah seorang blogger yang popular, siapa tak kenal EqbalZack kan.. selalu sangat aku join GA beliau ni. BEST! Aku nak kongsi entri ini dengan Mazlan Md Nor dan juga Man Yusoef.





ABC Seksyen 2 Shah Alam; one of the vernacular character of Shah Alam.

| Saturday, 19 November 2011
Assalamualaikum kawan-kawan...
Tajuk tu tak nak ngalah nampak! mentang-mentang tengah buat final kan.. Tapi betul la, kalau korang sebut je Seksyen 2 Shah Alam mesti akan teringat ABC Frado atau Pegaga yang sedap manis dan salah satu makanan yang menyumbang kepada obesiti! OMG! 



Yang kuning tu perisa durian dan yang coklat ni perisa coklat la. Manis, sedap, berlemak, rangup dan kenyang dah... rasa nak tido la pulak....

Thanks to Ude dan Kemah sebab tolong belikan kitorang ABC ni.. rasa macam dah lama tak makan ABC.. dapnye....dapnyee....dapnyeee..... (^__^)


Tokyo Sky Tree bangunan tertinggi dunia?

| Friday, 18 November 2011
Assalamualaikum kawan-kawan.....
Hari Jumaat dah tiba dan macam-macam benda rasanya nak buat selain buat kerja macam biasa. Tapi pagi ni aku nak share dengan korang tentang 1 mercu tanda baru Jepun dan juga dunia.

Tokyo Sky Tree, Tokyo
Semalam, 17 November 2011 Guiness World Records dah iktiraf Tokyo Sky Tree sebagai bangunan yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 643 meter. Sebenarnya aku agak konpius, apa beza bangunan tertinggi dengan menara tertinggi? sebab setakat ni menara tertinggi di dunia ada kat Dubai tu dan sekarang ni bangunan tertinggi kat Jepun pulak. 

Ape pun, bangunan ni dah mengatasi bangunan tertinggi di dunia sebelum ni; Canton Tower di China (600 meter). 

Menara ni dibina bermula pada tahun 2008 dan dijangka siap lewat tahun ni dan nampaknya dah siap ikut jadual. Kalau korang tengok kan bentuk menara ni agak unik sebab base dia berbentuk segi 3 dan atasnya bulat, ko mampu ke nak construct? Tengok kat gambar sebelah ni..

Kalau ikut apa yang aku baca, fungsi utama bangunan ini adalah sebagai pusat penyiaran, ada antenna tinggi kat atas tu macam Menara Kuala Lumpur la kan. Cube tengok gambar kat bawah ni:

Rasa pelik bila Menara Berkembar Petronas tersenarai sekali, menara penyiaran ke? Yang lain tu okay la.. Kat sini Tokyo Sky Tree tulis 601 meter ketinggiannya tapi kalau ikut sumber 634 meter. Mungkin masa awal-awal concept development dulu dah rancang nak buat 601 meter je tapi lepas tu ada lagi penaja yang nak tambah duit, so tambah la lagi beberapa level. Tu yang jadi 634 meter HAHA pandai2 je aku buat spekulasi! sila abaikan..

Okay aku baca kat sini pasal bangunan ni: 
http://www.dailymail.co.uk/news/article-1361826/Tokyo-Sky-Tree-tower-worlds-tallest-free-standing-broadcast-structure.html

Contest 'My Photoshoot'

| Thursday, 17 November 2011
Assalamualaikum kawan-kawan...
Kerja masih berjalan sikit-sikit sambil online. Kali ni nak join Contest dari Cik Risya, senang je sebab dia suruh kita letak gambar je. Nak join? Klil pautan kat bawah ni ..

 
 
Okay kat bawah ni adalah foto yang aku pertaruhkan, jom layan:
Capture The Moment....
 
Foto ni diambil semasa sepupu aku konvo di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.  Tu je yang aku nak kongsi dengan korang semua tapi sebelum tu aku nak tag mereka ni: Noona Anes, Lynda Roslan dan juga Nur Eyda
 
 

Blog Aslann As dalam majalah Remaja 15 November 2011

|
Assalamualaikum kawan-kawan......
Tengah malam ni aku berehat kejap dari buat kerja, layan youtube, Facebook, blog dan twitter yang jarang aku jenguk. Aku dikejutkan dengan khabar angin yang semenangnya betul dari Fauzi Nor yang mengatakan blog Aslann As masuk majalah Remaja isu 15 Nov. 2011 wow! Kau mampu? insyaallah lepas ni HAHA.

Sape yang tak suka bila blog atau muka kita masuk majalah, mestilah semua orang suka kan? tak pernah rasa kot!

Dari sinilah aku dapat tahu tentang berita ni, dan makin lama makin meriah aku tengok Timeline kat Twitter tu.. 

Okay kat bawah ni adalah muka surat yang memaparkn cerita pasal blog Aslann As ni atau nama sebenarnya Mazlan Bin Md Nor. Nak tengok lebih, belilah majalah Remaja kat kedai-kedai.



Meriah Twitter dengan Aslann As.. lepas tu tibe2 Man Yusoef masuk.. terkejut aku HAHA

Sebenarnya aku dah kenal Lann ni sejak Tingkatan 4 lagi di SMK Penghulu Saad, kami sekelas manakala si Man Yusoef pulak juga di Tingkatan 4 tapi sekolah di SMK Dato' Sulaiman, jiran kami je tapi waktu ni aku dengan Lann tak kenal Man lagi (^____^) . Kemudian kami terpisah selepas SPM 2005, dia pergi Matrik jumpa Man la. aku pulak bawak diri ke UiTM Perak.. Jumpa pun masa reunion kelas dengan raya je ..tu je la. Ape pun, beliau ni memang banyak cakap & BEST!

See, Fazura yang tengah hangat bercinta dengan TMJ tu pun sempat wish lagi kat ko Lann.. untunglaaaa.. Dah, tu je aku nak cakap, kang nanti ramai lagi yang nak tulis pasal Lann ni..



MrBaiz Ajak Kongsikan 5 Popular Post Korang

| Wednesday, 16 November 2011
klik link bawah ni kalau nak join: 

Assalamualaikum kawan-kawan....
Jadual hari ni agak padat, kelas dari pagi jam 9am sampailah malam nanti pukul 10pm. Tapi nasib baik tak ada lecture, just untuk crit session so taklah penat dan mengantuk sangat.. Tadi ni baru je habis kelas Tender Documentation & Procedure, kitorang kena sediakan dokumen tender untuk projek entrance statement. 

Okay aku nak kongsi top 5 entri aku yang menjadi pilihan pembaca blog aku, tak kire yang setia ataupun yang just suka-suka sambil mencari info. Tapi entri Giveaway aku yang maintain no 1 tu aku tak masukkan sebab tu bukan entri info atau aktivit harian aku. Jom tengok kat bawah ni:


 



Okay itu antara top 5 entri dalam blog aku dan kalau korang rajin, singgah-singgahlah entri-entri tu. Aku rasa kalau tulis pasal artis, mesti ramai yang nak baca dan selebihnya ni student-student baru yang nak masuk IPTA, mungkin hehe .. Ape pun selamat membaca..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean