header

header
hairie

Kecoh di FSPU: Cubalah memahami pelajar macam kami ni...

| Saturday, 12 November 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Mesti tengah sedap tido kan? mane taknye pagi-pagi tadi dah hujan dan sampai sekarang cuaca pun sejuk lagi. Aku? Kerja banyak tak boleh tido 24 jam sehari ok! (Sempat lagi nak tulis nih!) 

Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur UiTM Shah Alam, Selangor.

Sebenarnya hari ni nak cerita pasal cerita panas yang membelenggu warga FSPU (Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, UiTM Shah Alam) terutamanya para pelajar yang beribu-ribu duduk dalam fakulti yang terasing kat atas bukit nuh!

Pekeliling ni siap tampal kat semua pintu studio FSPU termasuk course lain!
Semalam, tiba-tiba keluar pekeliling dari Dekan FSPU yang mengatakan kami ni tak boleh mengunci studio. Okay cuba bayangkan yang korang ni ada rumah (banglo atau rumah kecil tak kisah pun yang penting rumah), lepas tu dalam rumah korang ni ada banyak sangat barang berharga, sangat2 banyak. Bila korang nak tidur (malam la kan) ataupun nak keluar dan rumah tu tak ada orang, mestilah korang nak kunci kan? Takkan nak tingal macam tu, memang cari pasal laa! Jadi, tuan Dekan, tuan dapat bayangkan macam mana tak kami ni?

Takkan pihak atasan FSPU tak faham apa maksud STUDIO BASE? nak cakap tak? malas nak cakap tapi faham-faham la, kitorang ni menggunakan equipment a.k.a peralatan yang banyak dan perlu diletakkan dalam studio bagi memudahkan kerja kami. Tengok foto kat bawah ni kalau tak faham:

Foto kat atas ni sebahagian je, dan ada lagi tapi malas nak letak banyak-banyak. PC, printer dan macam-macam lagi ni semuanya adalah antara peralatan kerja kami. Nama pun studio dan masing-masing ada meja sendiri dan ada plug sendiri! takkan tak guna kot, nanti kata tak bersyukur pulak.

Nama pun studio base kan, mestilah banyak barang. Kami bukan student Accountancy yang hanya bawak buku teks, buku nota, kalkulator dan alat tulis sahaja ke kelas. Habis kelas terus balik. Kami ni, kalau boleh memang nak stay 24 jam di studio. Takkan hari-hari kami nak bawak balik PC, printer dan segala drawing yang besar tu? Fikirlah logik sikit..

Lepas tu tiba-tiba kat Facebook keluar pulak benda ni.. Just nak tau je, ni betul-betul Dekan yang buat ke? tah-tah Unit Keselamatan yang buat tapi Dekan tak tahu hoho.. Tengok kat kategori kesalahan tu, semuanya biasa je tapi yang last tu, sejak bila FSPU ni ada had nak pakai studio? sebelum ni elok je. Setakat ni kan, nama Jabatan kami ni bersih tanpa sebarang kejadian maksiat di studio.. jangan risau, kami tahu batas pergaulan! (^__^)

Jadi kesimpulannya marilah kita sama-sama fikir adakah Pekeliling ini logik bagi kursus yang mempunyai title Studio Base ini, praktikal ke tak pekeliling ni... Lagipun, sekarang ni dah nak dekat hujung semester dah dan kenapa benda ni baru nak keluar. Macam tulah kalau nak dengki pelajar kan!


7 Readers:

{ Syara Mohammad } at: 12 November 2011 at 15:39 said...

Sedih! Sebab bandingkan dgn Accountancy. Kami tak bersalah... :(


Kami ada locker jerrr... Tu pun sbb jenuh nak panjat bukit hari2 peluk buku teks sampai bantal peluk pun jadi jealous sbb sayang buku teks lebih. =D

sejak bila studio ada had penggunaan? kawan i, (dah grad pun dia) siap berkediaman di studio. ajak lepak lagi tgk dia buat kerja plus terus tido kat sana sbb mmg dah malam. =D

{ ain dzaya } at: 12 November 2011 at 15:42 said...

sama jelah..kes nie kat fspu seri iskandar.
bile kami minta untuk stay nite hingga lewat malam utk siapkan asesment yg bertimbun ;(

{ mikeyvio } at: 12 November 2011 at 16:44 said...

whoah...bhya kot..nsib baik fsppp xde studio sgla. tp ade jgak projector lcd kna curik even da knci. kalu xknci xtau la..

{ Azwa Azee } at: 13 November 2011 at 03:00 said...

UiTM sayang student lebih..heheh

{ DaHLia } at: 13 November 2011 at 06:04 said...

eisk apa kes xleh kunci..kalo ilang brg2 sapa mau ganti kan....

{ Fariza Othman } at: 14 November 2011 at 09:55 said...

panas..panas...

{ Lady Leaya } at: 17 November 2011 at 12:13 said...

sbb de kes ni kat department len..de y kene tgkp..so mana y tido..tido sopan2..jgn sbb nila setitik, rosak susu sebelanga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean