header

header
hairie

Writing Contest 2 - Lecturer-student relationship, anything wrong?

| Sunday, 20 November 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Lari sekejap dari buat final, nak tulis kat sini pulak.Kali ini kena buat entri mengenai hubungan antara pelajar dan juga pensyarah, salah ke? fikirlah sama-sama (^__^)

Bagi aku hubungan antara pensyarah dengan pelajar tak salah sebab dari situlah kita boleh tambahkan ilmu dan juga mudah untuk membuat perbincangan berkenaan dengan topik tertentu. Tapi yang menyebabkan salah adalah pandangan orang lain; bila kita rapat dan mesra dengan pensyarah, perkataan yang selalu keluar adalah 'kipas'. Bukan kipas angin okay tapi kipas yang merujuk kepada 'bodek'; senang cakaplah, pensyarah tu akan sayang kau lebih dari orang lain.

Kita ambil yang positif sahajalah mengenai hubungan ini dan hubungan ini tak semestinya berkaitan dengan percintaan kan? ada juga hubungan macam anak dengan ayah atau emak dan adik dengan kakak atau abang. Semua itu terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. 

Perkara paling utama adalah niat, kalau niat kita itu untuk menuntut ilmu insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja dan tak akan ada orang yang cakap bukan-bukan mengenai kita. Tapi kalau niat kita semata-mata untuk cari jodoh (yang ni selalu berangan je), baik tolak tepi dulu. Mak ayah di kampung nak kita tamatkan pengajian dengan segulung Ijazah/Diploma, mnereka nak tengok semua ini tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Menuntut ilmu dah jadi agenda nombor 2 dan yang lain=lain diutamakan. Anda silap!

Okay itu sahaja yang aku nak kongsi, lupa nak bagitaw yang penganjur contest ini adalah seorang blogger yang popular, siapa tak kenal EqbalZack kan.. selalu sangat aku join GA beliau ni. BEST! Aku nak kongsi entri ini dengan Mazlan Md Nor dan juga Man Yusoef.





5 Readers:

{ ayie } at: 20 November 2011 at 11:47 said...

good luck..waa rajin bebnor masuk kontest karangan..aku karangan xhebat langsung..tp aku setuju entry ko :P

{ Kaki Wayang } at: 21 November 2011 at 08:42 said...

Khairi memang terorrist bab karangan ni..mengalahkan aku..

Ni yang i punyer eh..mesti kalah ngan Khairi..

http://muhammadaakiffirdaus.blogspot.com/2011/11/lecturer-student-relationship-anything.html

http://informations-the.blogspot.com/2011/11/betol-betol-informasi-lecturer-student.html

http://informations-the.blogspot.com/2011/11/edisi-2-writing-contest-lecturer.html

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 21 November 2011 at 14:34 said...

Ayie: thanks ayie! alang2 tgh gigih buat thesis kan haha ,.. xpe ayie, boleh je try! thanks sbb setuju hehe

KW: eleh! nk bodek la tu! .. xpe, kite same2 bersaing yea.. jgn dengki hehe

{ fRaMe+LenSeS } at: 23 November 2011 at 10:55 said...

Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

moga berjaya. ;)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 23 November 2011 at 12:39 said...

thanks FL! ni just ape yg trlintas kt kepala je hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean