header

header
hairie

Segmen - 5 Blog Paling Diminati 2011.. By Nizam Ijam

| Friday, 30 December 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Hari ni nak share dengan korang semua pasal segmen ni.. kena senaraikan 5 blog yang aku suka dan selalu aku baca.

Korang nak join?meh laa. tak ada paksaan pun (^__^)
klik link kat atas ni kalau nak join..


Kat bawah ni aku nak share dengan korang blog yang aku suka, aku rajin baca dan seronok untuk di baca serta simple & menarik (hambik ko..semua ada HAHA)..

1. EqbalZack.com
Ini blogger otai yang paling aku suka sebab kerajinan beliau menganjurkan Giveaway/Contest dan aku pulak rajin join. Apa yang menariknya lagi, beliau banyak cerita pasal educational sebab waktu ni beliau baru je habis PhD yang bakal membawa gelaran Dr. .. Entri yang beliau selalu publish tu simple dan senang nak baca disertakan dengan foto walaupun sekeping tapi best la bace blog ni..

2. Ujang 9897
Blogger ni agak gile2 sikit walaupun dah berkahwin, dah nak jadi bapak pun. Makin gila agaknya HAHA sorry Ujang, gurau jerr..Kenapa aku suka blog die? entri die simple dan selalunya tak banyak gambar tapi ayat yang beliau guna tu buat aku gelak tapi tak adalah sampai guling2 sangat just gelak yang boleh kurangkan stress! Tak pernah tangkap ganbar dengan die HAHA ..

3. Aslann As

Kenapa beliau? selain beliau ni kawan sekelas aku sejak tingkatan 4 lagi sampailah SPM, aku suke bace blog beliau sebab cara penulisan yang berbaur lucah tapi tak serius, just gurau manja. Standard la kan, blogger kena ada style penulisan sendiri...barulah orang akan ingat kan..Blog die wujud dulu sebelum blog aku. Seorang pejalar sekolah yang pandai dan meminati subjek kimia. Kalau kau bagi persamaan kimia ape pun die boleh selesaikan. Aku tak mampoo... (^___^)

4. Daniel Adie
Aku rasa ramai yang kenal dengan blogger ni kan. Blogger yang menjadi kegilaan wanita dan sesetengah lelaki kot HAHA sorry Adie.. joking jer.. Ape taknya, handsome kot..kalah kawan aku sorg tu HAHA.. Aku suka blog beliau ni sebab cerita beliau. Cerita pasal kehidupan seorang student sampailah sekarang dah jadi lecturer. Seronok bace entri2 beliau nih! Ex student UiTM Bandaraya Melaka dan hari tu konvo kat sini tak dapat jumpa ..aku busy (^__^)

5. Aizul Marcello
Blog die best! seorang Blogger, Photographer, Manager, Arkitek dan juga bekas student UTM. Tapi sekarang ni lebih kepada Photography laa dan dah ada studio sendiri tu..Ayat yang beliau pakai dalam entri pun agak berbaur lucah tapi seronok bile bace.. yang lagi best, bila tengok gmabar2 yang beliau post kat entri tu, dah la besar cantik pula ktu.. mana tak merangsang aku untuk kawin cepat wooo.. Menarik snangat foto yang beliau tangkap! Meh la singgah blog die..sape2 nak kawin cepat bolehlah tempah perkhidmatan beliau yang superb tuh!

Nak tag sapa?meh la sini Noona Anes, Nur Eyda dan juga Mr Baiz! (^___^ )

Okay semua yang aku pilih lelaki, kenapa?sebab aku suka baca blog lelaki laa.. tu je lah! yang lain pikri sendirlain2 sebab pikir sendiri (^______^)


ORANG KATA: lepas Episod Akhir TENTANG DHIA di TV3

|
Assalamualaikum kawan-kawan..
Semalam hari Khamis berakhirnya episod yang menyedihkan bagi peminat cerita Tentang Dhia dan aku adalah salah satunya.. Tak dapat tengok kat TV tapi download je kat youtube.. Meh aku nak kongsi dengan korang tentang komen kawan-kawan aku di FB dan Twitter mengenai kisah Dhia yang tabah ni..













































TENDER DOCUMENTATION | Dah kurang SATU beban, tinggal lagi DUA..

| Thursday, 29 December 2011
Assalamualaikum kawan-kawan.
Hari ni bersambung lagi mock up presentation kitorang yang dah masuk hari kedua tapi tanpa Studio Master, Dr Nita..Present or just ambik markah?aku pun confuse.. tapi yang penting aku dah selamat present hasil kerja aku..Alhamdulillah (^___^).

Entri ini ditulis pada jam 1.37pagi ketika aku belum mandi lagi sejak pagi tadi, tak balik rumah sebab nak siapkan Tender Document..huh! gigih siapkan.

Inilah hasilnya, dokumen tender bagi projek Entrance Statement di Parit Sulong! Projek tipu je tapi sekurang kurangnya tau la macam mana nak sediakan dokumen tender yang tebal tu tapi tak tebal sangat sebab ni projek kecik dan tak banyak melibatkan kerja-kerja berat selain kerja untuk construct the structure of the signage jer..

Orang kata subjek tender ni simple jer, tak payah pandang sangat pun tapi bagi aku semua subjek sama penting,. Kalau kau tak dapat markah tinggi dalam subjek lain, sekurang kurangnya subjek ni boleh bantu naikan markah tu, betul kan..

Muke pun dah tak berapa nak elok dah. Bayangkan sehari dari pagi tadi mengadap Microsoft Excel dan Microsoft Word serta sesekali AutoCAD, mana tak pening kepala. Magrib tadi baru berhenti sebab dah tak tahan sangat. Need rest! tapi alhamdulillah menjelang jam 11pm tadi semuanya selesai. Tu je la aku nak cite wey..ngantuk dah.. esok sambung presentation lagi ..

Mock_up Presentation | STUDIO 08

| Tuesday, 27 December 2011
Setelah berhemaps pulas selama 12 minggu, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu  (Anonymous, 2011)

Assalamualaikum kawan-kawan.. 
Just nak kongsi pasal event hari ni, mock up presentation! stage sebelum final presentation yang bakal menjelang 2 minggu dari sekarang, 16 - 19 Januari 2012. Today aku jadi orang ke 3 yang bentang depan lecturer. Kalau ikutkan, tak perlu present kot dalam stage mock up ni..tapi nak bagi lecturer faham kan, so present je la walaupun agak kacau sikit.

Majoriti 10-15 board yang dah siap dan semua kena tampal di dinding sampailah ke luar. Meriah kan!

This is my original workart yang aku dapat siapkan dengan ikhlasnya walaupun banyak kena tembak! Tapi itu normal bagi presentation, kalau lecturer tak tembak, maknaya lecturer tak berminat dengan apa yang kita buat. Betul kan?

Okay yang ni tak perlu dibanggakan sebab banyak masalah dengan Master Plan ni. Dengan komen yang diberikan, insyaallah akan diperbetulkan sepenuhnya nanti! Present dengan konfident walaupun tersasul & banyak dedahkan kelemahan diri dan terima komen dengan hati kering, terima dan betulkan. (^___^)

Jam 3pm ni sesi disambung semula tapi tak present, lecturer just tengok apa yang kita buat dan ambik markah.. Good Luck kawan-kawan! (^___^) 

HAHA..tetibe ternampak status ni di FB, lecturer otai kitorang yang update.. Giliran presentation untuk hari ni katenyerr ..En wan, tang manenye datang Parit Bungsu haha.. sempoii (^__^)

eqbalzack.com Writing Contest [3] : PHOTO

| Sunday, 25 December 2011
Assalamualaikum kawan-kawan...
Curi masa setenagh jam sekejap nak join contest yang ala-ala thesis final semester ni. Sekarang ni tengah sibuk dengan rpesentation board yang kena bentang 27 Disember ni tapi still dalam peringkat mock up presentation sebelum fina presentation 16-19 Januari 2012 depan. Alhamdulillah walaupun progress aku agak lambat tapi masih dalam landasan yang betul.


 Okay Abg Eqbal Zack, saya suka yang NEW RULES ni hehe..

Aku rasa aku jadi peserta yang terakhir yang join contest ni! 25 Disember kot tarikh tamat tapi tak apalah selagi aku mampu,aku akan buat insyaallah. Menang tak menag tu nombor 2, yang penting kita sokong! 



Nak join?klik link di atas ni (^___^) 
 
Okay berbalik kepada foto di atas, peserta kena cerita sikit apa yang korang faham dengan foto di atas, suka hatilah nak cerita apa pun asalkan interpetasi korang terhadap pili bomba tu asli dan tak plagiat dari mana-mana artikel. Tak susah pun, cuma kena perah otak sikit jer. Meh la try dulu okay (^___^) 



GiveAway by darkbatman.com

| Friday, 23 December 2011

Assalamualaikum kawan-kawan...
Lari kejap dari Final Project ni, dah nak dekat mock-up presentation ni makin risau tapi alhamdulillah still dalam landasan yang betul (^__^)

Hari ni nak join GA dari blogger abg ketak, Mr. Darkbatman yang sedang hangat bercinta dengan Nisa Kay tu..semoga kekal sampai pelamin hotel 5 bintang dan sampai akhir hayat (^__^) touching kan ucapan ni hehe..

Senang je nak join GA ni, tak banyak kerenah macam penganjur GA/Contest lain. Kena like page tu, like penaja ni dan macam-macam lagi laa tapi kalau dah suka tu, buat je la kan! (^___^) 
Ok dah, nak sambung kerja! Eh lupa nak tag kawan-kawan: sila join ye Cik Hanis, Mr. Baiz, Tan Sri Aslann As dan sapa-sapa laa... dapat hand bag merah tu boleh bagi kat mak, barulah nampak bergaya walaupun di usia emas yang tak emas sangat HAHA.. #okbai




End Year Random Giveaway

| Thursday, 22 December 2011


Jom join, hadiah best kot! kalau dapat hadiah pompuan, aku bagi kat sapa-spaa yang aku suka la.

Spontaneous Thursday; antara duit dan nafsu..

|

There's no free thingy when its comes about money (Payedd Hazree, 2011)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean