header

header
hairie

Bandaraya Kuala Lumpur dilanda banjir kilat?

| Tuesday, 13 December 2011
Assalamualaikum kawan-kawan..
Tiba-tiba petang tadi dikejutkan dengan kejadian banjir kilat yang melanda sebahagian bandaraya Kuala Lumpur iaitu di kawasan Perpustakaan Negara. Jom tengok foto kat bawah ni:

Rasanya kawasan ni dekat dengan Istana Budaya dan aku macam pernah sampai sini kot. Banjir wooo..dah lama KL tak banjir macam ni sejak siapnya terowong SMART yang paling smart kot tapi kalau dah macam ni smart ke?jom fikir. Mesti ada yang kata mana fungsi terowong SMART tu? membazir je kerajaan buat benda nih! ..itu antara kata-kata yang dikeluarkan oleh orang ramai kot waktu banjir ni berlaku.

Foto ihsan dari Google Map, kedudukan Perpustakaan Negara (label A) dan juga sungai berdekatan (kotak merah).


Bila aku tengok gambar banjir di pusat bandaraya KL ni kan, tetibe teringat terowong SMART. Adakah terowong itu menjalankan tugasnya ketika ini? hurmm...


Mungkin juga waktu banjir kilat ni berlaku, terowong tu tengah penuh dengan kenderaan, ye la waktu ni waktu puncak orang balik kerja. Dah la hujan lepas tu kenderaan bergerak perlahan, nak tunggu kereta habis keluar semua dari terowong sampai malam la kot! 



 Bagi aku mungkin itu sebabnya banjir ni berlaku. Hujan lebat sangat dan amaran dibuyikan sewaktu kenderaan tengah sesak di luar terowong dan ketika itu air pun dah naik.. jadi terowong tu tak dapat menjalankan fungsi pentingnya yang boleh menyelamatkan harta benda awam kat luar tu. 




Kesian, tapi tu la hakikatnya kena bersedia menghadapi bencana macam ni bagi mereka yang duduk di bandar besar macam KL ni.

Entri khas untuk Joe sebab dia buat Storm Water Management untuk final project. Baik ko fikirkan apa solution yang terbaik tanpa guna terowong tu Joe haha.. GOOD LUCK! (^__^)  


Ihsan foto: Google dan juga laman Facebook.



6 Readers:

{ Joe_Hans } at: 14 December 2011 at 00:01 said...

nasib baek xduduk dekat KL..wuuuuu

{ Nurul ain } at: 14 December 2011 at 08:37 said...

nasib baik jb tak banjir.. :p
***nurulainyassin.blogspot.com

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 14 December 2011 at 19:48 said...

JH: wuuuuuuuuu..kt shah alam pun boleh bnjir haha

NA: JB xkot sbb dkt ngan laut ..

{ Nur Haslinda } at: 14 December 2011 at 21:14 said...

wuwu sy salah sorg mangsa yg tersekat. balek dr kelas tak sangka bole banjir T_T *eh ade bas ukm yg sy naek terinterprem pulak* hehehe :D

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 19 December 2011 at 22:35 said...

NH: eh ye ke haha .. untungglaa gmbo ni femes kt intrnet hehehe..

{ V } at: 6 January 2012 at 05:54 said...

KAT MANA NAK MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv,Astro Ria ,Astro Warna ,Astro Arena ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie YA OK KINI ANDA TAK PERLU RISAU ANDA BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL TERSEBUT FREE DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean