header

header
hairie

AJL 26 punya pasal: Pentas AJL TERBAKAR???

| Tuesday, 31 January 2012











Assalamualaikum kawan-kawan....
Just nak bagitau pasal salah satu kejadian mencemaskan semua orang semasa AJL26 berlangsung, iaitu ketika persembahan Faizal Tahir dengan lagu Karma.. berlaku kebakaran kecil! Jom tengok foto di bawah ini sebagai bukti:

Permulaan persembahan Faizal Tahrir, semuanya okay je nampak tenang macam tak ada apa-apa yang berlaku..

Lepas tu kat tengah-tengah persembahan, tiba-tiba api muncul daripada piano yang kat pentas tu.. semua penonton dalam stadium terkejut kot!

 Ce tengok tu..rileks je Faizal Tahir main piano sedangkan api makin marak kot.. bahaya2..

Api makin besar tapi tak ada orang pun ambik tindakan! how come wey??

Dan api makin merebak sehingga mencecah bumbung woo!!!!!yang peliknya semua orang tak lari pun.rilek je duduk! termasuk aku... (^__^)

Dan alhamdulillah, ada yang dah 'pancut'kan fire entenguisher (abaikan ejaan kalau salah haha).. dan semuanya kembali normal..lampu pentas terus padam!

Kru belakang pentas gigih bersihkan pentas untuk persembahan seterusnya..

Okay korang nak tahu situasi sebenarnya tak? meh klik link kat bawah ni:

Dan kalau nak tengok apa yang terjadi sepanjang persembahan Faizal Tahir tu boleh tengok video kat bawah ni. Beliau dilaporkan selamat dan kalau tak silap selamba je berjalan keluar ke belakang pentas lepas habis buat persembahan.


Okay tu je nak cerite, banyak lagi aku nak kongsi dengan korang pasal AJL 26 ni, maklumlah first time tengok live dari stadium kan.. mesti banyak nak cerita.. (^__^)


AJL 26 punya pasal: TERBAIK dari ALYAH

| Monday, 30 January 2012











Assalamualaikum kawan-kawan...
Alhamdulillah malam tadi buat pertama kalinya aku sertai 15 000 penonton Anugerah Juara Lagu 26 di Stadium Putra Bukit Jalil. Wow!! Sangat meriah dan best!! nanti aku cerita kat entri lain..

Aku just nak kongsi cerita pasal persembahan lagu Kisah Hati, Alyah yang nyanyi.. ko tau apa aku rasa? aku rasa macam ada something yang sangat unik dengan persembahan ini. Selain Remy Ishak yang muncul pada penghujung lagu, keseluruhan persembahan Alyah sebenarnya sangat menarik! .. gabungan patung, lighting, background, vokal, dress dan semualah..sangat WOW!!

Senang je jadi Alyah ni, tak payah pakai banyak sangat props bagai .. pakai stage yang berpusing tu, tangga dan Remy Ishak je..tu pun dah cukup hebat!! eh banyak jugak la, lantern bagai tuh!.. haha
<----foto dari BeautifulNara.com


Ni pemandangan dari level 4 paling atas.. setakat ni je aku dapat zoom pakai lens aku ..time ni Alyah tengah berpusing..comel jer.. yang penting die berjaya buat aksi patung dengan baik!

Smoke tu, teknik terbaik nak penuhkan pentas! cantik..

Okay part ni, memang terbaik!! cube tengok skrin besar yang kat belakang pentas tu.. memang terbaik!! Warna gold yang memukau, sehebat vokal Alyah yang agak slow tapi mantap! ..

Lighting biru ni buat kami silau .. tapi tak rasa pun sebab tengah syok layan Kisah Hati...




Kemunculan Remy Ishak buat stadium bergegar!! semua orang histeria.. mungkin ini  yang menyebabkan persembahan Alyah diangkat sebagai persembahan terbaik malam tu.. tapi bukan disebabkan oleh Remy sahaja, secara keseluruhannya persembahan ni memang menarik! penat dah aku cakap 'menarik' banyak kali.. HAHA

Sweet seyh... persembahan dah habis pun orang still tepuk tangan tanda sokongan & dan persembahan yang hebat!! Dan jujurnya, memang persembahan Alyah ni wajib diangkat sebagai persembahan terbaik sebab ada aura yang tersendiri..maksudnya kalau kau tonton persembahan ni, kau rasa something/feel yang kau ada sekali dalam lagu tu.. itulah yang aku rasa.




Terima kasih kepada Alyah sebab bagi tiket untuk aku.. semuanya dari Twitter, tak sangka saje twit Alyah terus die offer betul2 tiket tu..apa lagi, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal!! ..kat stadium baru dapat tiket tu..aku bukan peminat setia sangat Alyah ni tapi lagu-lagu balada beliau yang membuatkan aku suka; sangat terkesan ditambah dengan vokal beliau yang agak kasar tapi lunak lemak tu yang wow!!! jom layan video nih:


**Thanks to Faiz (orang yang uruskan tiket ni) sebab sudi jawab call saya banyak kali, jawab dengan tenang & tak kasar walaupun masa aku call die tengah busy.. nasib baik jumpa hehe ..


KEJUTAN: Kami bercuti dengan Datuk Siti Nurhaliza di Janda Baik!

| Sunday, 29 January 2012
Assalamualaikum kawan-kawan.. 
Hari ni nak kongsi pengalaman paling manis dalam hidup semua orang kot & kenangan tu dah pun menunaikan hasrat beberapa orang kawan yang dah lama pasang impian nak jumpa beliau nih! Kisahnya, kitorang tengah vacation ke Janda Baik dan waktu tu kitorang baru je lepas mandi manda kat air terjun yang ada kat Bukit Cheringin tu.. sejuk woo.. **aku cite dalam entri lain okay hehe..

Kisah pasal kitorang jumpa Datuk Siti di tengah hutan! Apa die buat kat situ? die pun nak mandi jugak.. ada sebabnya lokasi tu jadi pilihan (1) Jauh dari peminat. (2) Sunyi, tak bisning dengan bunyi orang ramai. (3) Tempat tu memang special ..



Okay bila kami dah nak sampai bawah tu,  aku dengar bunyi kecoh-kecoh; maybe orang depan tu kena pacat, ye la..dah la naik turun bukit dengan basah-basah, manalah pacat tak suke kan.. okay let go, lepas tu aku ternampak 2 biji kereta..aku dengar ade orang buat shooting tapi silap.. lepas tu ada yang kata DATUK SITI!! waaa ape lagi. aku terus lari walaupun waktu tu kat belakang sekali, pecut ke kereta!! betul seyhh.. Datuk Siti!!!!!! .. terus keluar kamera..

Orang first yang sampai kata, waktu ni Datuk K cakap Siti tak ada dalam keta..akhirnya kantoi haha.. Keluar juga Siti ngan shawl fesyen baru.. cantik wooo (towel jerr) ..

Abes laaa kena serbu dengan kitorang HAHA.. die ingta kat tengah hutan ni tak ada orang serbu kot hahaha..

Semua orang serbu Siti, aku serbu Datuk K la dulu...

Ada element 18SX di situ ke ..sila abaikan HAHAHA

Aku tak ada foto berdua ngan Datut Siti sebab dah kena serbu, korang ni tak consider langsung..dah la first time nihh .... excited kot..


Siti wangi wooo..kitorang dah busuk2 dah lepas jatuh, mandi dan macam-macam lgi ..haha..aku dapat rasakan aura Siti haha..lepas jumpa Siti, semua orang hilang penat! HAHA balik tempat penginapan dengan penuh senyuman dan angau!

Simple tanpa mekap! .. kecik je Datuk Siti ni ; pernyataan maut dari Syuee HAHA



Muka-muka excited! sangat tak sangka akan jumpa Datuk Siti kat sini...

Datuk Siti datang naik Mercedes Kompressor V8, gelap gilerr cermin! wooo... ngan 1 lagi keta Mitsubishi.. dua2 guna nombor  pendaftaran Melaka..Yang lain-lain tu anak-anak mereka, Adib je yang aku kenal..ngan kawan-kawan diorang kot.. sorry Adib, kami tak tangkap gambar dengan ko... (^___^)

Semua orang mesti ada simpan niat nak jumpa Datuk Siti satu hari nanti..akhirnya telah tercapai hajat beberapa orang yang dah lama dah nak jumpa beliau termasuk aku..

Lepas tu ramailah yang call family, BF masing-masing.. mummy! kite dapat jumpa Datuk Siti!..
Selalu tengok kat tv cantik, gebu, sihat, tinggi dan segalanya okay tapi sebenarnya kecik je Siti ni.. comel.. patut la Datuk K sayang lebih..

Ape lagi ek?eh tah la.. yang penting kami dapat jumpa Siti tanpa mekap..simple jerr tapi still cantik..  Nasib baik tak ada bodigat, kalau tak memang kami tak ada peluang nak berfoto ngan Datuk Siti.


Okay itu je nak cite, untuk vacation kami punya cerita nanti aku update! Malam ni nak layan AJL 26 kat stadium.. 


AJL 26 punya pasal: Alhamdulillah, dah ada tiket

| Friday, 27 January 2012
Assalamualaikum kawan-kawan....
Kisahnya sekarang ni tengah hot dengan event besar hujung minggu ni.. jap aku senaraikan:

(1) Vacation Studio 08: Janda Baik, Pahang
(2) Karnival Karangkraf 2012, 
Seksyen 15 Shah Alam
(3) Anugerah Juara Lagu 26, 
Stadium Putra Bukit Jalil
(4) Submission Thesis, FSPU UiTM Shah Alam.

Tapi yang aku nak cerita, AJL 26, 29 Januari 2012 kat Stadium Putra Bukit Jalil.. alhamdulillah tahun ni berpeluang merasa meriahnya suasana AJL live.. tak kisahlah dapat tiket untuk aras 4, yang penting dapat tengok live..selalu dapat tengok kat tv3 je tapi kali ni memang betul-betul nak pergi..



Ni bukan aku sorang okay, tiket ni semua dah berpunya..aku minta maaf tak dapat nak bagi tiket ni kat kawan-kawan tapi bagi mereka yang alert & betul betul nak pergi mesti dari awal hari tu gigih main twitter, join mytv3 dan segala kabel yang ada semata-mata nak dapatkan tiket..itulah yang aku buat.. (^___________^) .. orang kata kena usaha lebih sikit, barulah dapat..

Tahun ni alhamdulillah Mytv3 bagi tiket walaupun 1 sahaja dan Alyah pun ada bagi juga (tebalkan muka kat twitter; 'kak Alyah, ada tiket AJL26 tak?)

So, ni mungkin peluang pertama dan yang terakhir dapat tengok live dari stadium sebab susah kot nak dapatkan time yang sesuai (walaupun dekat sangta dengan submission thesis).. so, jumpa korang semua kat sane okay..


Meh sini tengok lagu pilihan aku untuk AJL 26! siapa yang bakal menjadi yang terbaik?


Anugerah Juara Lagu 26: Siapa bakal menang?

| Tuesday, 24 January 2012

1.  Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)  2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir) 3.  Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)  4.   Sedetik Lebih oleh Jaclyn Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)  5.  Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)  |  6.  Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)  |  7.   Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)  8.  Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)  9.  Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque) 10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)  11.  Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)  12.  Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

Kenapa aku suke AJL? dah lama aku suke sejak sekolah lagi..dan kalau tak silap tahun 1998 kot aku mula jatuh cinta dengan AJL, waktu tu lagu Cindai nyanyian Dato' Siti Nurhaliza..start dari tu la..sampai sekarang, tiap-tiap tahun aku tak pernah lepaskan peluang nak tonton AJL ni! Dan impian sekarang, nak join & rasa kemeriahan di dalam stadium..BEST laa wey! 

AJL 26 tahun ni banyak lagu yang aku suka dan ada beberapa lagu yang aku jangka akan pegang trofi yang ada..kat bawah ni 5 lagu pilihan aku yang bagi aku ada auranya sendiri:
1 | Sedetik Lebih oleh Jaclyn Victor

2 | Penakut oleh Yuna

3 | Awan Nano oleh Hafiz AF

4 | Beribu Sesalan oleh Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah

5 | Kisah Hati oleh Alyah
Harap-harap salah satu lagu salam senarai ni atau dalam ayat berlagaknya semua yang kat atas ni dapat pegang trofi-trofi yang ada dalam AJL nih.. Yang best pasal AJL ni, artis-artis yang terlibat mesti akan buat persembahan yang lain dari yang lain dan bukan persembahan biasa..kenapa ek? aku rasa sebab AJL ni pertandingan yang sangat berprestij dan modal nak buat event yang hanya semalaman sahaja menelan belanja berjuta-juta ringgit wooo.....

Hari ni tiket AJL 26 dah keluar, aku? aku tengah tunggu dari mytv3 dan Alyah.. harap-harap bukan janji manis sahaja.. Pelan A: nak tengok kat Stadium Putra Bukit Jalil,  Pelan B: tengok kat tv je.. Pelan C: Tak mungkin tapi kalau mungkin, dengat Hot FM sahaja..

Satu Hari Bersama Blogger: HAPPY BIRTHDAY to Ady Budika!

| Monday, 23 January 2012
Assalamualaikum kawan-kawan....
20 Januari 2011, the sweet memories between us, the bloggers! ..kali pertama aku keluar bersama blogger yang aku tak pernah jumpa sebelum ni.. semuanya atas pelawaan secara rasmi dari Abg Ady, tarikh birthday beliau 21 Januari, so kitorang sama-sama celebrate secara tak formal ...

8TV bagi tiket free kat Abg Ady; screening Underworld Awakening kat E-Curve or dengan nama biasa The Curve, Mutiara Damansara.. first time tengok wayang kat situ..

 Cite ni bagi aku BEST! sebab banyak action..tak bosan sangat tapi agak menakutkan sebab banyak adegan kejam yang tak sesuai untuk kanak-kanak.



Macam mana kau dapat tiket free? Abg Ady yang bagi sebab die orang kuat a.k.a belakang tabir 8TV untuk 8TV Night Live tu.. aku jarang tengok tapi antara pengacaranya adalah si Baki Zainal tu ..so die ajak kitorang join sekali..


Kitorang sampai awal kat The Curve, tak tau nak buat ape then jalan-jalan ke IKEA..dah lama tak masuk.. kat sini memang sesuai untuk shooting sambil berangan dok kat umah mewah HAHA ...

Fienaz Ramli yang sentiasa relaks memandu untuk kami.. terima kasih Finaz sebab bawak kitorang hehe..

Blogger paling mude antara kitorang, Syed Hakim Al-Yahya, adik tiri mak bapak lain kepada Scha Al-Yahya erkk~~ hahha



Zamir Zanon yang first time jumpe.. agak boleh tahan mulut die ni ala-ala Aslann As a.k.a Mazlan Md Nor.. agak mencarut, meriah dan sentiasa bercakap.. tapi itu yang meriah beb! kalau tak, mesti agak bosan event hari tu..

Dan inilah akibatnya bile diorang berdua ni berjumpa..dari dalam kereta sampailah ke atas katil..sentiasa bercakaran..kitorang ni tolong gelak je haha

Okay tertarik dengan bentuk lilin ni yang comel & smart! (^___^)

Menanti sebelum bermulanya screening Underworld Awakening.. Taufiq Helios pun ada! juga first time jumpe woo...a lucah boy tapi still bertapis.. HAHA



Habis je screening jam 11 malam terus gerak ke Shah Alam.. makan time bersama tetamu jemputan Abg Ady.. **kenangan memalukan di Restoran Barra..penat aku booking meja pastu diorang ajak makan kat Padang Jawa  pulak! pastu tukar lagi, last2 makan kat Lawang Sari.. okay, pasni tak nak pegi Restoran Barra lagi HAHAHAHA.. keluar dari situ dengan muke tebal T_T...


Tetamu Abg Ady yang baru sampai naik KTM.. dari kiri: Miss Sunah Sakura, Miss Iffah Afeefah, Cik Fienaz dan juga Cik Miera Ayob ..aku ingatkan Shiera Ayob bini Zahiril Adzim tu ..


Yang kiri sekali ni Mr Nadzri, aku tak pernah jumpa pun (^___^) ..makan time, Abg Ady belanja..dengar kata bajet sorang RM20 ek?ni tak cukup RM20 ni haha .. Baki Zainal rasanya macam nak join sekali tapi tak jadi kot..


Makan sambil layan siaran ulangan Maharajalawak Akhir kat TV..



Pandai jugak si Syed a.k.a Sted ni tangkap gmbo..tak de blurr pun... heeee

Okay tu je nak cite event malam tu.. perasan tak aku pakai agak skema sebab tak sempat nak tukar baju ..dari FSPU kot time tu HAHA.. abaikan yang penting seronok (^___^ )

Kepada Abg Ady, selamat hari jadi yang ke 82 ek?err.. haha 28 kot.. semoga semakin success dalam kerjaya, jangan ponteng keje haha ..saya doakan yang terbaik!! tu je nak wish hehe..

To kawan-kawan yang first time aku jumpa waktu ni, aku sangat gembire dapat jumpe korang semua..selalu jumpe kat laman sosial je kan..hari ni amik kau, jumpa yang femes teros! BEST! (^_________^)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean