header

header
hairie

Kampung Baru, KUALA LUMPUR.. aset yang unik di tengah kota

| Thursday, 5 January 2012
Assalamualaikum kawan-kawan.....
Minggu ni dah mula final exam uitm dan FSPU dah kembali kecoh seperti biasa.. kalau tak, sunyi jer (^__^). Kitorang tengah buat apa sekarang? sekarang ni tengah dalam stage betulkan board dan info sebelum menjelangnya final presentation 16-19 Januari ni. Thesis? ada yang dah masuk Chapter 05 dan ada yang still Chapter 04 macam aku ni.. baru je semalam dapat balik draft 2..

Lagi? Hari ni 5 Januari ada paper Professional Practice, sem ni 1 paper je pas tu boleh fokus kat final project pulak. Dah abeh dah pun paper tu,..alhamdulillah boleh jawab (^__^)

Dalam ke'busy'an tu kami sempat ambik masa lari ke Kampung Baru, KL semata-mata nak makan Chicken Chop kat Chop N Steak.. ye laa tak kan ko nak makan Nasi Goreng Kampung je? baik makan kat Salmi Manje kat Sek. 7 tu jer HAHA

3 kereta 12 orang (termasuk photographer)..semua tak mandi, on the spot punya planning okay! so sape2 yang tak dapat join tu sorry la ye..

Kualiti gambar kurang memuaskan sebab lighting tak cukup & tak ada speed light..flash? tak berapa gemar sebab akan menghasilkan foto yang kurang menarik la wey..ni pendapat aku laa..

Best la makan ramai2 dengan kawan-kawan yang sekepala sebab lepas ni dah susah nak dapat moment macam ni lagi..so manfaatkan masa yang ada dengan kawan-kawan (^__^)

Sanggup meredah Federal Highway, NPE ngan pusat bandar KL yang agak sesak dan hujan lebat sekejap..semata-mata nak makan chicken2 haha..






Macam-macam ada..semua harga mampu milik, tak mahal sangat.. Chicken Chop tu baru RM8.90 jer..Jus buah tu pun RM2.50 jer standard laa..

Yang sebelah kanan ni, Chicken Merryland (RM10.90) kalau tak silap namenye dan yang belah sane tu Chicken Chop (RM8.90).. dua2 sedap..

Bersama model yang makin mencipta nama dan talent baru MiG Production milik David Teo tu..
Okay gambar menipu, ni hari sebelumnya aku first time sampai 
tempat nih, makan Chicken Chop jer..

Okay, licin habis!

Muke dah dapat makan cheese, girang semacam..ape tah name bende yang die makan tu, Blue Ocean kot.. HAHA elok je senyum tu, nampak manis lak o ni Anes! Macam cheese tu (^__^)

Kaunter tiket kat dalam kapal..nice (^__^)

Sebelum balik, capture the moment dulu depan pintu masuk Chop N Steak 
Kampung Baru KL.

Kampung Baru, lokasi paling strategik di ibu kota Kuala Lumpur yang menjadi rebutan para pemaju nak buat development; komersial, hotel, dan semua yang boleh menghasilkan duit..bak kate Azie, ni semua duit HAHA..

Kalau kite tengok kan, kawasan sekelilingnya ada high rise building yang boleh dijadikan borrowed landscape (ni bila budak2 landscape nampak laa).. serius cantik kalau diperhatikan betul2.. deretan rumah tradisional yang berada di tengah2 kota moden. Rasanya bakal lenyap kot nanti Kampung Baru ni sebab dah ada planning kat kawasan ni. Tengok je la masa depan rumah tradisional tu nanti.. entah apa nasibnya nanti..

Ini salah satu lokasi nak tangkap gambar yang cantik sebab belakang tu ada KLCC.. kalau waktu siang lagi menarik sebab boleh tengok skyline KL yang cantik.

Mungkin ada yang kate, 'eleh setakat KLCC hari2 aku jumpa.. HAHA ko hengat aku kesah ngan kata2 ko tu? Aku suke KLCC sebab itulah mercu tanda Kuala Lumpur selain Menara KL maksudnya bangunan paling outstanding di situ. 

Dan lagi satu, background Kampung Baru ni yang dikelilingi bangunan tinggi buat aku rasa teruja nak tengok macam mana lifestyle, environment dan juga feel bila berada kat kawasan tu..

Lagi satu kan, bukan senang aku nak dapat moment macam ni, jarang kot dapai view menarik macam ni.. so berterima kasihlah kerana anda berpeluang mengadap KLCC ni lagi..esok2 mana tau tak dapat kan (^__^) 

Cantik wooo bangunan kaler gold tu, KLCC tu pun cantik tapi sayangnya bangunan sekelilng tak idupkan lampu, so tak nampak laa..


Puas makan, puas tangkap gambar, puas tengok orang ramai, its time to balik Shah Alam..target jam 10 malam sampai FSPU tercapai, TAHNIAH Syuee ngan Azreen Wahid..terus sambung buat kerja HAHA

Next time kite pergi lagi ye, try menu lain pulak..ni kalau makan hari-hari, pakai duit PTPTN pun tak cukup erk~~~ haha





4 Readers:

{ CekbOlat-bOlat } at: 5 January 2012 at 18:01 said...

pinggan licin woi.. haha..
bolat tgok gambar =) mcm gmbr brcerita.. sgt syiokkk ^^

{ CikHanis } at: 5 January 2012 at 18:08 said...

kemain sengih ak tu.tu bukan senyum.sengeh tu!tak sabonye nak balik ke pangkuan keluarga esok!haha

{ FIFIEY LYCHEE MARATION } at: 8 January 2012 at 20:36 said...

cantik pemandangan!:) selera menikmati hidangan...

{ eqbalzack } at: 22 December 2012 at 12:47 said...

bercuti sakan nampaknya tu...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean