header

header
hairie

TIKET FREE: Cinta Kura-kura, Terima Kasih Alt Media

| Wednesday, 29 February 2012
Assalamualaikum kawan-kawan..
Hujan tak tau nak buat apa, online saja! Ni aku nak share ngan korang pasal aku dapat tiket free cite Cinta Kura-kura lakonan Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel yang bakal naik panggung 1 Mac 2012 ni...

Eh mana Remy Ishak? xpe2 yang penting aku dah pernah tangkap gambar dengan diorang dua ni hahaha...

Tengah syok layan hujan tadi tetibe ada van rusa datang umah, rupanya abg posmen bawak surat! Selalu pakai moto je tapi ni maybe surat yang special sikit kot HAHA ...



Tadaaa...tu siap aku tunuk ngan korang sampul surat lagi, pakai GDex tu.. so boleh tengok kat panggung dah tapi bukan sekarang.. aku tak tau nak panggil bende ni apa sama ada voucher, tiket or jemputan khas **berangan! ..tapi yang penting dapat.. ok aku panggil voucher pun dah cukup la kan..

Mana aku dapat? sini la aku dapat: TERIMA KASIH MALAYSIA saje je dah lame like lepas tu diorang ni buat contest plak, tengok ni:

Nasib baik bende ni kuar kat home aku, kalau tak melepas la nak merasa tiket free (^___^ )

Harap-harap nanti ada masa nak layan cite ni kat panggung..next week baru bole htengok pakai voucher ni..owh lupe, sekarang ni panggung terdekat ngan umah aku ni adalah MBO kat SquareOne sebelah Carrefour Batu Pahat..

Okay dah lama tak rasa roti PappaRich! haha sabaq2 nanti boleh rasa ..(^___^) 



Nah ni sinopsis dan trailer Cinta Kura-kura:

Okay last, thanks kepada pihak penganjur dan pengurus bende ni iaitu dari Alt Media Sdn Bhd (opis kat tv3) dan juga KRU sebab ada simpan tiket untuk aku ni..walaupun jauh kat kampung, sampai jugak tiket nih hehe..juga thanks buat GDex dan Pos Malaysia sebab pastikan voucher ni sampai kat tangan aku ... **bajet menang besar! oka babai..


Cuci Mata JB 2012: Mengaum di Zoo Johor !!

|
Assalamualaikum kawan-kawan...
Just nak share beberapa foto (banyak okay) Zoo Johor, Johor Bahru.. Ni semua pasal hari tu aku ada Temuduga kat JB so orang kata menyelam sambil minum air la katenye ek? ..

Lagipun lama giler tak jalan-jalan sini..dah lain dah! Jalan tepi Pantai Lido tu dah makin besar, flyover tu dah nak siap dan Danga Bay dah tak best macam dulu.. harap-harap cepatlah buat redevelopment kat situ..

Okay, foto kat sebelah ni pandangan Masjid Sultan Abu Bakar dari Zoo Johor yang suam-suam kuku tu tapi cantik dan kemas! (^__^) RM 2 je kena bayar masuk..


Ni kalau tunjuk kat mak aku ni mesti die geli sebab sculpture ular ni memang agak menggelikan dan menakutkan..

Bende paling boring bile pegi zoo ni kan bile semua binatang tidur, tidur dan tidur..mengharap burung, badak air dan binatang lain yang hidup siang je ..

Kaler-kaler yang diorang pakai ni kan buat zoo ni nampak bersih & meriah.walaupun bau busuk sikit **biaselah macam-macam binatang kan** , tapi still boleh layan binatang tu hehe..

Burung enggang yang suke dengan kamera..pandai ko posing & nasib baik ko sanggup tunggu aku setting kamera aku dulu hahaha..

Macam kancil dan mungkin kanggaro, aku pun tak pasti sebab ada sekor je kat sini..

Bawah ni Cimpanzi kalau tak silap..kalau korang nak tau, sekarang ni semua singa tengah tidur..tak dapat nak tengok aksi diorang...korang tengok sane tu, Masjid Sultan Abu Bakar, sebelah je dengan zoo..sebab tu ada orang kata bila waktu azan, singa kat sini pun mengaum! mungkin sebab diorg pun azan sekali kot..haha

Nak lagi dekat tengok binatang dalam sangkar konkrit ni boleh tengok kat jendela tu..tapi hati-hati jangan sampai kena terkam..


Tasik sebelah entrance zoo..aku pegi memang tak ramai orang so agak rileks la main2 ngan binatang ni... (^__^) 

hurmm..font dah cantik tapi pokok dalam pasu tu tak kemas..ngan tetibe ade benches 2 bijik..cube letak ornamental plants yang ada bunga cantik dan tanam atas tanah, bukan dalam pasu..mesti nampak lagi kemas..barulah ade Sense of Welcome' .

Water fountain yang suam air batu jer..kalaulah buat musical fountain mesti dah rasa macam kat Burj Khalifa, Dubai dan semestinya bukan RM2 lagi bayaran masuk. Mungkin RM10 ke atas kot laaa..
Kandang yang cantik, kemas dan bersih..barulah selesa nak tengok binatang..very colorful yang sedap mata memandang..

Kesian binatang ni dok sorang2 kat ujung kandang.. nasib baik ko cantik (^___^) 

Emu yang berbulu lebat berwarna coklat gelap..

Penghujung sane tu adalah jalan raya dan laut..hurmm laut? boleh ke binatang ni 
dok dekat ngan laut yang panas? 

Kat sini ada rusa ngan seladang.. padang ni kurang pokok so si rusa tu dok bawah 
boardwalk, sejuk sikit kan...







Untunglaa burung ni, tak dok dalam sangkar..bebas terbang ke mane ko suke..




Kalau korang nak tau kan, Zoo Johor yang dibuka pada 1928 adalah zoo yang pertama kat Asia pada masa tu beb! ni masa zaman Sultan Abu Bakar dulu.. 

Okay ni link yang korang boleh tengok pasal Zoo Johor ni: klik SINI

Okay itu saja gambar-gambar masa aku cuci mata kat Zoo  Johor yang pernah kecoh dulu pasal harimau kumbang terlepas dari kandang, tapi sekarang harimau tu dah tak ada..balik negeri kot...

Dipersilakan korang semua untuk komen kualiti gambar yang aku amik sendiri nih..just suke-suke je nak main2 tangkap gambo, edit2 gmbo dan post gambo..




FINAL EXAM: Yang Pertama Untuk Semester 08 & Yang Terakhir Untuk Selamanya..

| Tuesday, 28 February 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Lagi cerita bulan-bulan lepas! **banyak lagi.. Semester final kitorang ni ade 3 projek dan 1 jer final paper..maknanya kena print out slip periksa untuk sekali pakai je..ok fine!

Paper Professional Practice, agak senang tapi tak dapat A, mahupun A- or A+ ..pelik bin ajaib jap.. tak ape kot sebab gred yang kite dapat tu menunjukkan apa yang kite faham dan apa yang kite dapat.. **pandai je aku cakap!

<--- gambar bersama model yang layak ke peringkat seterusnya pencarian dara.com..good luck ye Lynda, kalau aku boleh datang event tu nanti, rasanya nak datanglah hehe boleh kan? (^___^ )..wey! aku pakai kemeja seyh pegi final exam!..gilerr..

Okay sebenarnya tak suka dok luar bilik exam ni lama-lama sebab serabut ramai sangat orang..macam buat protes pulak kan HAHA ..dah la exam petang waktu tu, sabaq naaa..ok kualiti gambar low sebab pakai kamera handphone jerr ..



HAHA first & last paper kan, semua sibuk tangkap gambo..dah tak ingat nota dah, semua dah ade dalam kepala tinggal nak tulis je ..

Okay ada juga yang last minute discussion! PDA? DLP? LDP ke? hurmm.. 

Dengar kata Syuee sekarang dah bergaji besar, Alia tetap UiTM Dihatiku & Shifa, good luck untuk final project! (^____^ )

Wanita yang kat tengah ni ramai laki yang minat die termsuk aku..eh!! ..tipu..tapi die lebih sayang orang lain, Abg Aziee.untungglaaa ..yang belah kiri Ika tu mesti ramai yang kenal kan, si cantik manis yang dah ada teman lelaki sendiri..pelik, kat fakulti tak ada laki yanga kacau die pun hurmmm...dengar kata Ika nanti nak buat majlis resepsi kat KL untuk mereka yang tak dapat datang Kota Bharu..kalau tak silap hari tu die try survey Hotel Marriot Putrajaya ..wow!!! 


Another geng yang sibuk ngan notes! belek-belek sebelum masuk bilik exam..

Alhamdulillah aku dapat jawab dengan biase2 jer..dapat keluar dari bilik exam sebelum tamat masa sebab dah tak tau nak buat apa, dah siap dan jawab semau soalan dan dah semak serta dah konfident yang tiap soalan tu nanti mesti ada markah. *memanglaa!! .. lepas tu baru keluar! lega sikit je sebab lepas tu kena sambung kerja final project..



Le Tour de Langkawi 2012: Warna-warni Peringkat ke 4 di Batu Pahat

| Monday, 27 February 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni nak kongsi lagi foto sekitar Le Tour de Langkawi Peringkat Keempat dari Batu Pahat ke Muar di Jalan Ampuan berhampiran Stadium Batu Pahat..aku sampai agak lewat sebab hujan dan juga malas nak gerak..ingatkan pukul 11am diorang gerak, rupenye pukul 10am..nasib baik sempat..

Awal pagi memang umah aku hujan dan katenye setengah jam sebelum peserta dilepaskan, hujan turun jugak kat sini..semua kamera bungkus plastik..takut basah kan..

Seriously hari ni kurang meriah kat Batu Pahat sebab mungki just starting point yang sekejap je, mungkin sebab awal pagi dan juga hari bekerja dan sekolah..so orang tak ramai yang datang..ni pandangan aku la..kalau semalam kat Parit Sulong ,fuhhhh bukan main ramai orang! nak cari port paling best pun susah..


Antara pasukan terawal yang dah ada kat garisan permulaan..

Hari ni punya jadual: perjalanan sepanjang 169.4km dan dari bandar Batu Pahat terus menuju ke arah Pontian tapi tak sampai Pontian la sebab akan ke Simpang Renggam then ke pekan Ayer Hitam, Parit Raja dan masuk balik ke bandar Batu Pahat terus ke Peserai dan direct to Muar..pusing2 kat situ jugak yang korang pusing..


Tahun ni kan, banyak route yang diorang dok pusing..padahal dekat je tapi diorang saje nak bagi panjang sikit laluan tu kot..

Team landscape sangatt..hahaha 

Eh, lepas korang abes tour ni kan aku nak baju korang ni...cantik beb kaler korang pilih!

Tahun ni semua basikal tayar die ade line hitam..dah tak ada kaler lain..so semua sama je.kalau yang lepas-lepas ada macam-macam kaler kat tayar diorang tu ..

Bersedia untuk dilepaskan..agak-agak la kan, diorang ni cukup rehat tak? semalam sampai petang jam 2.30 lepas tu buat itu ini urusan bagai..repair basikal balik hotel rehat makan..tidur awal dan bangun awal..kena siap awal..kul 10am dah cycling balik..

Okay..selamat jalan dan selamat menang..jangan jatuh taw..sakit wooo kalau tengok diorang ni jatuh atas jalan tar tu...

VVIP yang tukang lepaskan peserta.. Timbalan Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi ..diiringi oleh ADUN Semerah Datuk Aris Samsuddin dan juga bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros..mane Ahmad Zahri? tak join ke?




Dulu nampak keta bawak beskal ni memang jakun HAHA ...

Lori bomba, dalam tu ade kapak, gergaji dan segala bende tajam...takut eksident tersepit, ni andaian aku je taw hahaha...selain daripada elemen penyejuk masa kat penghujung perlumbaan nanti..kena simbah air, macam nak sunat Haha..

Okay ni awek LTDL yang cantik berbaju merah..awek semalam punya aku tak sempat nak tangkap gambar, die sebok nak payungkan Datuk Puad tu.. 

Okay last picture, semalam tak jumpa kat finishing line tapi hari ni jumpa abg sorang ni kat starting point..gile sarat tapi still bergaya dengan helmet ARC kalau tak silap..macam-macam ada kat badan die dari kamera, video dan mikrofon yang berbulu tu..tu kat helmet tu ade kamera tah apa namanya HAHA ...

Nak tengok kemeriahan kat Parit Sulong semalam? meh klik sini:

Okay kenangan bersama Le Tour de Langkawi kat tempat aku dah abis, tunggu next year kalau sempat nak join lagi (^___^ )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean