header

header
hairie

Assembly of Landscape Architecture Students Malaysia (ALAM 5 2012)

| Saturday, 11 February 2012

Assembly of Landscape Architecture Students Malaysia (ALAM 5 2012)

Attention: open in a new window. PDF Print E-mail
Tarikh : 11 hingga 14 Februari 2012
Tempat : UiTM Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tema : “Fikir Luar Kotak”

Sebagai penyambung tradisi, Universiti Teknologi MARA Shah Alam telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan ‘Assembly of Landscape Architecture Students Malaysia’ ALAM 5 2012. Ianya merupakan kesinambungan daripada ALAM 2007 yang julung kali diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),  ALAM 2008 di Universiti Teknologi Malaysia, ALAM 2009 di Universiti Teknologi MARA Perak dan ALAM 2010 di Universiti Putra Malaysia. Program ini akan disertai oleh pelajar-pelajar jurusan Senibina Landskap dari seluruh universiti di Malaysia.

Misi utama program ini adalah menjadikan ALAM 5 2012 sebagai program perkongsian ilmu, kemahiran dan kreativiti di antara peserta melalui pelbagai aktiviti, sekaligus mempromosikan ikatan silaturrahim yang kukuh di kalangan peserta yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook kami di pautan berikut: http://www.facebook.com/ALAMlima2012
 
**sumber: Laman Web Rasmi Universiti Teknologi MARA 

Tahun ni dah masuk penganjuran yang ke 5; sebelum ni first skali buat kat UIAM, then UTM, UiTM Perak, UPM dan sekarang giliran UiTM Shah Alam..yang bestnye majoriti mereka yang uruskan ALAM 5 ini adalah mereka yang pernah uruskan ALAM 3 di UiTM Perak.. lebih kurang la hehe


Good luck untuk team ALAM5 ini semoga dapat kerjasama dari semua pihak..dengar kata Jakel sponsor kain 5 kontena? wohoo... untunglaa semua peserta dapat kain ela free haha ..

1 Readers:

{ mr.F } at: 11 February 2012 at 08:42 said...

kain linen kot...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean