header

header
hairie

Cuci Mata JB 2012: Mengaum di Zoo Johor !!

| Wednesday, 29 February 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Just nak share beberapa foto (banyak okay) Zoo Johor, Johor Bahru.. Ni semua pasal hari tu aku ada Temuduga kat JB so orang kata menyelam sambil minum air la katenye ek? ..

Lagipun lama giler tak jalan-jalan sini..dah lain dah! Jalan tepi Pantai Lido tu dah makin besar, flyover tu dah nak siap dan Danga Bay dah tak best macam dulu.. harap-harap cepatlah buat redevelopment kat situ..

Okay, foto kat sebelah ni pandangan Masjid Sultan Abu Bakar dari Zoo Johor yang suam-suam kuku tu tapi cantik dan kemas! (^__^) RM 2 je kena bayar masuk..


Ni kalau tunjuk kat mak aku ni mesti die geli sebab sculpture ular ni memang agak menggelikan dan menakutkan..

Bende paling boring bile pegi zoo ni kan bile semua binatang tidur, tidur dan tidur..mengharap burung, badak air dan binatang lain yang hidup siang je ..

Kaler-kaler yang diorang pakai ni kan buat zoo ni nampak bersih & meriah.walaupun bau busuk sikit **biaselah macam-macam binatang kan** , tapi still boleh layan binatang tu hehe..

Burung enggang yang suke dengan kamera..pandai ko posing & nasib baik ko sanggup tunggu aku setting kamera aku dulu hahaha..

Macam kancil dan mungkin kanggaro, aku pun tak pasti sebab ada sekor je kat sini..

Bawah ni Cimpanzi kalau tak silap..kalau korang nak tau, sekarang ni semua singa tengah tidur..tak dapat nak tengok aksi diorang...korang tengok sane tu, Masjid Sultan Abu Bakar, sebelah je dengan zoo..sebab tu ada orang kata bila waktu azan, singa kat sini pun mengaum! mungkin sebab diorg pun azan sekali kot..haha

Nak lagi dekat tengok binatang dalam sangkar konkrit ni boleh tengok kat jendela tu..tapi hati-hati jangan sampai kena terkam..


Tasik sebelah entrance zoo..aku pegi memang tak ramai orang so agak rileks la main2 ngan binatang ni... (^__^) 

hurmm..font dah cantik tapi pokok dalam pasu tu tak kemas..ngan tetibe ade benches 2 bijik..cube letak ornamental plants yang ada bunga cantik dan tanam atas tanah, bukan dalam pasu..mesti nampak lagi kemas..barulah ade Sense of Welcome' .

Water fountain yang suam air batu jer..kalaulah buat musical fountain mesti dah rasa macam kat Burj Khalifa, Dubai dan semestinya bukan RM2 lagi bayaran masuk. Mungkin RM10 ke atas kot laaa..
Kandang yang cantik, kemas dan bersih..barulah selesa nak tengok binatang..very colorful yang sedap mata memandang..

Kesian binatang ni dok sorang2 kat ujung kandang.. nasib baik ko cantik (^___^) 

Emu yang berbulu lebat berwarna coklat gelap..

Penghujung sane tu adalah jalan raya dan laut..hurmm laut? boleh ke binatang ni 
dok dekat ngan laut yang panas? 

Kat sini ada rusa ngan seladang.. padang ni kurang pokok so si rusa tu dok bawah 
boardwalk, sejuk sikit kan...







Untunglaa burung ni, tak dok dalam sangkar..bebas terbang ke mane ko suke..




Kalau korang nak tau kan, Zoo Johor yang dibuka pada 1928 adalah zoo yang pertama kat Asia pada masa tu beb! ni masa zaman Sultan Abu Bakar dulu.. 

Okay ni link yang korang boleh tengok pasal Zoo Johor ni: klik SINI

Okay itu saja gambar-gambar masa aku cuci mata kat Zoo  Johor yang pernah kecoh dulu pasal harimau kumbang terlepas dari kandang, tapi sekarang harimau tu dah tak ada..balik negeri kot...

Dipersilakan korang semua untuk komen kualiti gambar yang aku amik sendiri nih..just suke-suke je nak main2 tangkap gambo, edit2 gmbo dan post gambo..




3 Readers:

{ .........cP~ } at: 29 February 2012 at 14:22 said...

Okay saya tak pernah pergi zoo maa2 pun. Teringin tapi zoo negara sekarang dah mahal. Johor jauh sangat kot.

Kalau ajak member2 pun, "zoo ko nak pergi..?"

erk :|

{ ZWAN SABRI } at: 29 February 2012 at 16:17 said...

Colourful la zoo johor.. zwan penah pegi zoo taiping, zoo negara, and zoo melaka.. zoo johor x penah sampai lagi.. HUHU

{ Muhammad Ariff Mohamad Nizam } at: 29 February 2012 at 18:24 said...

zoo johor. memang dari dulu tak berubah. mcm tu saja. tapi yg kini berubah pada infrastrukturnya. bau busuk tetap ada. biasalah haiwan kan. mungkin kerana pengurusan menjadikan zoo johor ni tengelam sikit.

yup.jb dah byk perubahan.byk highway.dan kurang sikit kesesakkan.jalan pantai lido pun dah lebar.akan byk lagi perubahan di jb nanti.

*sbg anak jati jb,alhamdulillah tgk pembangunan di jb skrg ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean