header

header
hairie

Kisah Studio 08: 'Korek-korek' di Arkib Negara Malaysia

| Monday, 20 February 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Just nak kongsi tentang cerita yang dah agak basi tahun lepas, sewaktu awal semester ... lama dah peram gambar ni dalam PC, hari ni baru ada mood nak cerita..

Ceritanya, bagi menguatkan lagi tajuk final project kami, kitorang cuba cari maklumat tambahan kat Arkib Negara yang dekat Jalan Duta tu..first time masuk sini weyh! Nak masuk bukan suka-suka boleh masuk, kena berpakaian kemas, berkasut dan kompem la kena register kat pondok pak guard tu... kenapa kena pakai kasut? sebab kat dalam tu ramai penyelidik yang bertaraf Datuk, Prof dan semua yang ada pangkat dalam akademik derr...








Sebenarnya aku tak pernah tahu yang lokasi Arkib Negara ni kat sini, lepas google baru tau rupenye kat sini arkib negara..dekat ngan bangunan kompleks kerajaan kat Jalan Duta tu..

Kalau tengok sekali lalu, bangunan ni macam rumah pangsa sebab tiap-tiap level fasad bangunan ni sama je..dah la banyak blok, ada 4 blok kalau tak silap..Ghupenye ni bangunan LHDN daa...besar kan..ye la, hasil banyak mestila makin maju hehe..kalau tak silap bangunan ni la kot Tun Dr Mahathir pernah duduk sebelum terjadinya Putrajaya..

Haaa.. nak masuk Arkib Negara ni bukan macam masuk rumah macam tu je..kena register as 'Penyelidik' ..okay bangge jap dapat title penyelidik..kad ni tahan setahun jerr..kalau korang nak tah, bukan senang & suke2 nak bawak keluar bahan dari sini; kena bayar, kena photostat, kena tunggu..tap semuanya okay..

Serius bila aku dok dalam ni kan, rasa syok je tengok gambar-gambar lama site aku; Parit Sulong.. dan bila baca sejarah tempat kita yang ditulis dalam bahasa Melayu lama ..gigih nak fahamkan!

First time solat jumaat kat sini, Masjid Wilayah KL..memang ramai orang! Apa yang paling risau time ni? risau selipar hilang HAHA alhamdulillah tak hilang pun ..tu nampak belah kiri tu, Kompleks Mahkamah KL; lokasi di mana Anwar dibebaskan tuduhan liwat..wahh politik! lariiiikkkkk...

Okay, apehal korang ni cantik sangat? hadoyaii...dah2 jom balik...
 nasib baik hujan dah benti..


7 Readers:

{ Fariza Othman } at: 20 February 2012 at 15:17 said...

kalau x de tesis xde r jejak kaki ke arkib kan!!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 20 February 2012 at 17:46 said...

hahaha btol tu kak! HAHAHA ...

{ Qarl } at: 20 February 2012 at 23:58 said...

khairi,

tahniah! u r one of d winner for Hits Semata-Mata!

email nama, alamat, no hp to karl_zz@yahoo.com

{ ct n honey } at: 21 February 2012 at 14:46 said...

saya pula x pernah ke sana...

{ Areef Ibn Naim } at: 21 February 2012 at 19:07 said...

salam,

tk penah lg sampai arkib negara ni... paling2 pun dulu sampai perpustakaan negara jer... tp susah gak nak gi tpt2 ni kan, sbb kena naik feeder bus... klu dekat ngan stesen lrt kan lg sng...

{ ABU } at: 22 February 2012 at 23:09 said...

err aku pun tak pernag sampai sini lagi.. lalu je kat jalan duta hahaha

{ Ain Nadiah } at: 23 February 2012 at 10:28 said...

arkib negara ada apa? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean