header

header
hairie

Le Tour de Langkawi 2012: Warna-warni Peringkat ke 4 di Batu Pahat

| Monday, 27 February 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hari ni nak kongsi lagi foto sekitar Le Tour de Langkawi Peringkat Keempat dari Batu Pahat ke Muar di Jalan Ampuan berhampiran Stadium Batu Pahat..aku sampai agak lewat sebab hujan dan juga malas nak gerak..ingatkan pukul 11am diorang gerak, rupenye pukul 10am..nasib baik sempat..

Awal pagi memang umah aku hujan dan katenye setengah jam sebelum peserta dilepaskan, hujan turun jugak kat sini..semua kamera bungkus plastik..takut basah kan..

Seriously hari ni kurang meriah kat Batu Pahat sebab mungki just starting point yang sekejap je, mungkin sebab awal pagi dan juga hari bekerja dan sekolah..so orang tak ramai yang datang..ni pandangan aku la..kalau semalam kat Parit Sulong ,fuhhhh bukan main ramai orang! nak cari port paling best pun susah..


Antara pasukan terawal yang dah ada kat garisan permulaan..

Hari ni punya jadual: perjalanan sepanjang 169.4km dan dari bandar Batu Pahat terus menuju ke arah Pontian tapi tak sampai Pontian la sebab akan ke Simpang Renggam then ke pekan Ayer Hitam, Parit Raja dan masuk balik ke bandar Batu Pahat terus ke Peserai dan direct to Muar..pusing2 kat situ jugak yang korang pusing..


Tahun ni kan, banyak route yang diorang dok pusing..padahal dekat je tapi diorang saje nak bagi panjang sikit laluan tu kot..

Team landscape sangatt..hahaha 

Eh, lepas korang abes tour ni kan aku nak baju korang ni...cantik beb kaler korang pilih!

Tahun ni semua basikal tayar die ade line hitam..dah tak ada kaler lain..so semua sama je.kalau yang lepas-lepas ada macam-macam kaler kat tayar diorang tu ..

Bersedia untuk dilepaskan..agak-agak la kan, diorang ni cukup rehat tak? semalam sampai petang jam 2.30 lepas tu buat itu ini urusan bagai..repair basikal balik hotel rehat makan..tidur awal dan bangun awal..kena siap awal..kul 10am dah cycling balik..

Okay..selamat jalan dan selamat menang..jangan jatuh taw..sakit wooo kalau tengok diorang ni jatuh atas jalan tar tu...

VVIP yang tukang lepaskan peserta.. Timbalan Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi ..diiringi oleh ADUN Semerah Datuk Aris Samsuddin dan juga bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Syed Hood Syed Edros..mane Ahmad Zahri? tak join ke?




Dulu nampak keta bawak beskal ni memang jakun HAHA ...

Lori bomba, dalam tu ade kapak, gergaji dan segala bende tajam...takut eksident tersepit, ni andaian aku je taw hahaha...selain daripada elemen penyejuk masa kat penghujung perlumbaan nanti..kena simbah air, macam nak sunat Haha..

Okay ni awek LTDL yang cantik berbaju merah..awek semalam punya aku tak sempat nak tangkap gambar, die sebok nak payungkan Datuk Puad tu.. 

Okay last picture, semalam tak jumpa kat finishing line tapi hari ni jumpa abg sorang ni kat starting point..gile sarat tapi still bergaya dengan helmet ARC kalau tak silap..macam-macam ada kat badan die dari kamera, video dan mikrofon yang berbulu tu..tu kat helmet tu ade kamera tah apa namanya HAHA ...

Nak tengok kemeriahan kat Parit Sulong semalam? meh klik sini:

Okay kenangan bersama Le Tour de Langkawi kat tempat aku dah abis, tunggu next year kalau sempat nak join lagi (^___^ )

4 Readers:

{ ayie } at: 27 February 2012 at 22:47 said...

sapa menang arini???

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 27 February 2012 at 22:56 said...

aku x ingt name tp org smlm yg menang..org yg same.. yg aku ingt no 3 tu memg org mesia yg menang .. (^_^)

{ Edy Zaidi } at: 28 February 2012 at 07:01 said...

dah smpai bp ke?biasa LTDL lalu depan rumah aku if laluan ke mersing...

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 28 February 2012 at 08:36 said...

semalam dh ..hr ni pg KL then esk panjat Genting.. thun ni x pg mersing....huu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean