header

header
hairie

Malam Dinner: 3 Dinner Untuk Semester lepas..

| Sunday, 26 February 2012
Assalamualaikum kawan-kawan..
Kali ni nak kongsi cerita yang dah berbulan berlalu tapi stii nak share jugak sebab ini namanya kenangan sepanjang zaman bergelar pelajar hehe...Dalam final semester ni kitorang ada 3dinner yang secara officialnya kena datang tapi tak nak datang pun tak apa.. (1) Dinner Alumni Senibina Landskap UiTM, (2) Dinner Jabatan dan (3) Malam Pra Graduan FSPU.

SAMBUTAN 25 TAHUN ALUMNI SENIBINA LANDSKAP UITM

Ini foto yang aku copy dari group alumni kat FB ..majlis ni sebenarnya nak kumpul bekas pelajar dan juga pelajar seni bina landskap UiTM dari awal penubuhan sampailah sekarang..majoritinya ramai yang veteran dan berjaya dalam bidang masing-masing.. **niat datang; mana tau ada orang booking untuk keje nanti hehe**

Inilah kami, wakil alumni UiTM Perak dan wakil student yang tengah study sekarang ni kat UiTM Shah Alam.. tengah busy pun sempat ek nak datang dinner, tak apa lah wey tu tandanya sokongan!! (^__^) 

Rezeki malam tu: King of The Night ..haha lawak beb, lepas tu jadi bahan kat studio.. ramai tanya rahsia..jawapannya, pakai ikut tema je la HAHA Makanan semua dalam hamper tu dah selamat masuk dalam perut dan bunga tu dah arwah T_T..

MALAM KEBUDAYAAN JALINAN ALAM JABATAN SENIBINA LANDSKAP 
UITM SHAH ALAM 2011

Dinner seterusnya; Dinner Jabatan Seni Bina Landskap UiTM Shah Alam kat Dataran Tuanku Fauziah..okay, lokasi kurang sesuai dan ada kekurangan sikit tapi still go on majlis tu, good job! Paling best, kitorang dapat award Batch Terbaik dan ada bolot beberapa kategori pertandingan hehe ... aku submit 6 foto untuk fotografi tapi tak ada rezeki (^__^) 

Bersama En Wan yang best! hehe ... garang jugak tapi best, nak try? jumpa kat semester 08 nanti hehe..

Akan merindui geng-geng ni! Selalu bukan main meriah ye HAHA..lepas ni dengan hal masing-masing based kepada rezeki masing-masing..pastikan nanti kalau korang dah ready nak nikah, aku dapat kad jemputan taw sama ada by hand or by posmen, tag kat facebook tak dapat hadiah >_<

MALAM PRA GRADUAN FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR 
UITM SHAH ALAM 2011

Ni dinner last kitorang: Malam Pra Graduan FSPU UiTM Shah Alam kat SACC Convention Centre..okay grand tapi design stage tu agak failed! tetibe ade '2011' ..tak perlu kot! Apa pun, inilah kenangan dengan kawan-kawan di waktu ke penghujung semester..

Susah betul nak tangkap gambar kelas macam zaman sekolah dulu HAHA ..tapi kan seronok belek-belek balik gambar dengan kawan-kawan..tak ada lah sampai nangis **over! 

Gilo! atas lantai pun jadik je hahah.. Waktu ni semua oran gsibuk bergambar dekat-dekat dengan pentas, kitorang main area huujugn dewan je maklumlah MEJA KITORANG NI MEMANG DOK BELAKANG SEKALI DAN HUJUNG GITU! **konspirasi ke demokrasi? Whatever yang penting dinner tu agak serabut sebab ramai sangat, maklumlah satu fakulti.. kami buat hal sendiri je ..

Okay tu je nak cite pasal dinner kitorang ..paling syok bile tengok kawan-kawan especially yang wanita ye, bersolek berdandan kat studio, try & error baju sesuai ke tak.. lawan bulu mata sapa yang paling lentik dan paling panjang, tukar pakai tudung, share 'pemerah pipi' dan macam-macam lagi..nasib baik semua orang cantik! (^_____________^ )


4 Readers:

{ Ain Dzaya } at: 6 March 2012 at 19:21 said...

hyy student lands uitm SA...:)


Inilah jawapan sebenarnya ain tak hupdate belog selama 2 minggu.(entry bergambar).

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 7 March 2012 at 16:32 said...

thanks ain (^_^)

Anonymous at: 30 May 2012 at 20:14 said...

salam..tumpang tanye, ape ye tema majlis dua majlis 2? hehe..ngah google tema best2 utk dinner~

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 2 June 2012 at 07:23 said...

3 majlis la:

(1) dinner alumni: warna kelabu hijau

(2) dinner jabatan: jalinan alam

(3) dinner fakulti: diamond! (warna kelabu/hitam)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean