header

header
hairie

ALHAMDULILLAH: Anniversary HAIRIEcerulean yang ke 3

| Thursday, 29 March 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Alhamdulillah hari ni 29 Mac 2012, blog aku dah berusia 3 tahun! Kalau baby, dah pandai bercakap dan dah confirm pandai lari-lari, dah nak masuk sekolah pun >_<

Apa yang kau dapat dalam 3 tahun ni? Duit Nuffnang still sikit lagi, belum layak untuk cash out. Hadiah dari blogger banyak jugak aku dapat, semua tu rezeki. Kalau korang tak cuba tak dapatla kan. Tu yang syok bila ada blog ni, boleh join banyak contest/segmen dan kalau ada rezeki, menang la nanti..

Blog ni ditulis dengan niat untuk share pengalaman dengan korang semua yang sudi bace blog kecik ni sesuai dengan tagline "hanya menulis berdasarkan pengalaman yang hanyut bersama kehidupannya".  Aku akan tulis selagi aku mampu dan selagi benda tu boleh share dengan korang semua sama ada fakta, peristiwa, aktiviti dan lain-lain.

Okay sejak aku tulis blog ni, ramai blogger hebat yang aku kenal dan aku suka baca blog diorang ni tau! Sebab? aku suka style diorang tulis, cerita yang beliau kongsi dan juga ayat-ayat yang digunakan dalam entri tersebut, catchy! Meh tengok blog sapa yang aku suka baca:

(1) Pensyarah Hot a.k.a idola aku, ABG EQ http://www.eqbalzack.com/
(2) Ex-classmate, Lann a.k.a Aslann As http://www.aslannas.com/
(3) Student Master UTM, Man Yusoef http://manyusoef.blogspot.com/
(4) Bapa baru, Ujang http://azfar9897.blogspot.com/
(5) Pensyarah Politeknik, Daniel Adie http://www.danieladie.com/
(6) Photographer, Aizul Marcello http://www.aizulmarcello.com/

Okay semua blog lelaki, kenapa? sebab diorang ni banyak fakta dan kurang sangat cerita pasal benda peribadi. Blog Aslann As, Man Yusoef dan blog Ujang tu aku suka sebab ada carutan berunsur lawak yang best! Blog Abg Eq; simple tai sangat best untuk dibaca. Blog Adie tu seronok dibaca walaupun banyak cerita pasal diri sendiri tapi serius, aku suka baca dan last, blog photography iaitu blog Aizul (graduan UTM); kalau tension kan, tengok gambar pengantin kat blog beliau, fuhhh sangat mengasyikkan gilerrr!!! cantik sangat..okay tu je..


Okay now matlamat aku, aku akan terus menulis dan tetap menulis dan akan cuba buat 1 entri untuk sehari insyaallah..dan juga akan terus share semua benda yang aku rasa perlu..Terima kasih kepada pembaca setia dan juga tukang komen blog aku ni, harap korang kat luar sana aku terus singgah baca blog kecik ni.


3 Readers:

{ .........cP~ } at: 29 March 2012 at 14:19 said...

salam.
Tahniah tahniah.. Haha.. Nampak sangat blog den yang sangat peribadi ni membosankan. Sebab masih terperuk aje dalam rumah belum banyak ilmu nak kongsi. Hrap kerja nanti idea dan penulisan bertambah baik.

{ SHaRKFiQ SSM } at: 29 March 2012 at 20:56 said...

3thn, tp nmpk mcm dh otai~ hebatt ar~

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 31 March 2012 at 08:27 said...

CP: hehe ce tukar angin sikit..cmpur2 ngan info..mst lg best!

SSM: haha otai la sgt ... reti menulis je ni hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean