header

header
hairie

Earth Hour 2012: Jom la sokong! Selamatkan Bumi

| Saturday, 31 March 2012
Sumber: Google Image

Hari ni 31 Mac 2012, Earth Hour (EH) kembali lagi. Apa yang aku faham pasal EH ni? secara simplenya kan, sebagai tanda kita menyokong selematkan bumi. Kenapa? kita ni dah terlalu merosakkan bumi, bumi makin panas, dan dah sakit disebabkan oleh kita sendiri.

Apa yang aku faham kan, EH ni sebenarnya sebagai tanda sokongan kita, MANUSIA menyelamatkan bumi daripada semakin panas dan juga semakin berbahaya kepada penduduk dunia. Apa yang berlaku sekarang? Ais makin cair, suhu makin naik, paras air laut pun dah naik, banyak pulau dan tenggelam dan iklim dunia dah berubah.. Salji turun kat kawasan gurun dan macam-macam lagi yang sememangnya mengganggu kehidupan normal orang ramai. Betul kan?

TENAGA; kita dah banyak guna sumber tenaga dalam hidup kita terutamanya tenaga elektrik dan sebagai tanda nak kurangkan penggunaan tenaga, 1 jam EH tu cukup sebagai tanda sokongan kita mengurangkan penggunaan tenaga yang menyebabkan berlakunya bencana pada bumi kita ni wey! Sebab itulah sekarang ni tengah popular penggunaan GBI dalam pembangunan (Green Building Index). Mampu ke nak kurangkan? insyaallah boleh!

Sumber : Google Image

Orang kata dalam 1 jam EH tu boleh kurangkan kos bahan elektrik, maksudnya bil elektrik uranglah, tak mahal macam selalu. Boleh menjimatkan banyak duit kot la. Kita buat tak? Aku akui memang aku tak buat tapi kalau boleh buatlah ye kawan-kawan. Senang je sekarang ni, mercu-mercu tanda kat Malaysia ni kan especially KLCC, KL Tower, dan juga semua bangunan high rise kat KL tu silalah matikan lampu. Jimat kos dan juga sebagai tanda sokongan..


Jom amati video ni, mesti korang akan rasa something yang sedih kan..jom selamatkan bumi kita ni! Ambil apa yang perlu sahaja dan tinggal yang tak perlu! Hapuskan peperangan! #tetibe..

Jom sini kalau nak tengok cerita rasmi EH :  http://www.earthhour.org/


3 Readers:

{ Anwar Suran } at: 31 March 2012 at 12:49 said...

Cuba tutup lampu dan suiz office haha

{ Syakir Rahman } at: 31 March 2012 at 17:21 said...

sbnrnyakn, bukan aku x sokong utk ttup lampu..tpi kenapa hnya stu hari ni je?? pastuh gmbr tnb tuh bkan sbb tnb x support cuma nk elakkan keadaan yg x diigini berlaku..mcm mana plak kalo lelaki dan perempuan bukan muhrim dlm majlis? scara logiknya kita support idea utk earth day tp kene tgok keadaan jugak... spatutnya kesedaran pengunaan elektrik ni adalah stiap hari.. bila pikir balik ideologi org barat ni xley pakai...kononnya diorg nk kita nmpk mcm diorg ambil berat psal save the earth...

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 6 April 2012 at 23:49 said...

AS: mlm, semua dh balik haha

SR: haha tp stakat ni event yg ni dpt smbutn menggalakn dr seluruh dunia..just sbg sokongan je la.. snang ckp, beringat la..masing2 ada akal kan..dh tau cmane nk jaga diri kan... klau dh tau bumi ni bermasalah, so pndai2 lah fikir cmane nk selamatkn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean