header

header
hairie

Explorace: Separuh Kampus Induk UiTM kami jalan..hebat kan!

| Friday, 9 March 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Cerita bulan-bulan lepas lagi ni pasal program jabatan kitorang. Salah satunya ni haa, explorace! Kalau yang kat Tv3 tu dahsyat sangat ada ular bagai, kena berenang sane sini dan macam-macam lagi.. Yang ni simple jer ala-ala student mampu buat..dalam gambar ni kurang sorang; Alia mane? sibuk twit2 ke? haha 

Dapat task dan pelan..nak tau tak, ni first time kitorang jalan kaki 1 kampus dan first time sampai & tahu tempat tu..maksudnya, sebelum ni kami dok terperap kat FSPU je, kalau pegi tempat lain pun just pegi Menara SAAS je la then balik haha.. Bank Islam yang baru pun aku tak pernah jejak lagi..

Ni masa checkpoint kat fakulti Engineering.. Nor, cantiknye ko! Explorace kot >_< tah ni CP yang ke berape pun aku tak pasti sebab dah berulang alik..dah nak abes kot time ni. 


Okay kitorang gagal dalam game kat sini sebab telur pecah bila sampai bawah.. kena bungkus2 telur tu pakai suratkhabar dan kena jatuhkan dari tingkat 1 kot, macam payung terjun tu.. salah teknik, so dapat la telur sebijik sebagai denda.

Ni kat Kolej Teratai kalau tak silap! checkpoint yang tak ada orang jaga, penat tunggu wey!

Misi mencari syiling 20sen kat salam ni. ada 2 lubang kena pilih; 1 ada nasi basi dan baunya subhanallah busuk beb! nasi minyak basi! lubang kedua just ada daun-daun kering, ranting pokok dan bangkai cicak! eeee sape la yang rajin sangat lastik cicak tu! kitorang pilih yang ada cicak, selamat sikit..

AHAHA bila tengok balik gambar ni kan, lawak la! Akhirnya dapat jugak keluarkan syiling tu..

Okay ni kat last CP dan kitorang berjaya tamatkan jam 11.45 pagi dan alhamdulillah menang nombor 3 akhirnya..kenangan terbaik di semester akhir (^__^) nak tau lokasi ni kat mane? ni dekat ngan Pusat Islam dan belakang bangunan Canseleri, cantik woo view kat sini boleh nampak view bandaraya Shah Alam tu.. boleh shoot!

Okay kena pastikan semua task untuk tiap checkpoint kena cukup sebagai bukti yang kitorang dah selesai semua task! Cadangan asal untuk explorace ni, dalam 1 group tu campur dari semester 1 sampai 8 tapi kitorang tukar, request kat management suruh ikut batch je.. baru syok! hehe

Photo: ASYRAFphotography


3 Readers:

{ Fariza Othman } at: 9 March 2012 at 14:15 said...

atsal ade cicak mati!!!hahaha

{ Azwa Azee } at: 10 March 2012 at 09:57 said...

wah pusing satu induk..mesti penat giler..heheh

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 10 March 2012 at 22:23 said...

Kak Fariza: haha dak2 ni dengki pg letak hahaha

AA: haha boleh la tp syok! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean