header

header
hairie

Hujan di Kampung: Sejuk, nyaman dan menenangkan tapi ada bahaya

| Tuesday, 6 March 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Hujan, hujan dan hujan. Kalau kat Shah Alam sekarang boleh dikatakan tiap petang hujan lebat dan kat kampung pun same jugak keadaannya.. Now, aku kat kampung so hujan la saat yang ditunggu-tunggu. Mesti ramai yang kata 'time to sleep!', memang betul sedap tidur kalau hujan ni tapi aku tak. Aku lebih suka tengok air hujan dan juga suasana kampung bile hujan..sejuk, nyaman dan sangat tenang..bunyi air je..Tapi saat paling menakutkan bila hujan lebat, ada angin kuat dan kilat sabung menyabung.. orang kata waktu ni Allah tengah tembak syaitan ek? ni aku dengar waktu kecik-kecik dulu la..

<---- suasana hujan kat umah kampung.

Bila hujan best sebab semua pokok yang baru tanam basah dah, dapat nutrien dari air hujan so tak payah nak siram (^___^)

Kalau ada angin kuat kat sini, memang suasananya agak menakutkan.. ye la, takut pokok tumbang, takut dahan pokok jatuh ke wayar eletrik tu dan macam-macam lagi tapi alhamdulillah semuanya selamat..cuma hari tu hujan menyebabkan pokok pinang sebatang kat belakang rumah tumbang dan pokok pelam kat tepi jalan tu dah patah separuh, anai-anai dah makan dalam..

Nasib baik pelepah kelapa dan buah je yang jatuh.. okay kena kemas ..tapi nilah landskap hujan kat kampung, nyaman je (^___^) 

Main tembak-tembak ayam kampung, sekarang ni ayam kat rumah kena keluar lewat dalam jam 5.30pm sebab ada anjing yang cina tinggalkan masa buru babi ..banyak dah!  jom layan ayam kampung yang colorful & lasak ni..


























Kawin, tapi kena kacau! grrr....grrr hahaha lasak wey ayam kampung nih.

Ni bukan ayam kampung taw, ni ayam gajah yang aku beli kat pasar lambak, Parit Sulong.. baru meningkat remaja belum dewasa..

Unggun api dibuat bagi mengurangkan nyamuk yang ada petang-petang lepas hujan biasanya ... tapi bila api ni dah mati, pun ada jugak nyamuk tu..memang tak makan saman!




7 Readers:

{ reza al-razi } at: 7 March 2012 at 00:55 said...

bila time hujan, dlam rumah mmg bingit gila sbb rumah kampung biasanya x de syiling.. pkai atap zink jew...

{ mizzkechique } at: 7 March 2012 at 09:55 said...

parit sulong sgt..hehe.. suke sgt blik kg atuk kt pt lubok tu, pokok kelapa, dusun buah.. best²!!!

{ Boni JLL3 } at: 7 March 2012 at 14:31 said...

macam tgh tgk national geographic lak..thumbs up bro :)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 7 March 2012 at 16:30 said...

RAR: haha btol tu ..tp dh biase dh, layan je hahha

MK: haha haruslah best! hehe

Boni: haha ye ke? thanks sudi bace (^__^)

{ .........cP~ } at: 7 March 2012 at 21:00 said...

Salam.

Sini pun tengah hujan. Tapi, hujan malam boleh buat gigil. Huhu. Anak buah pun suka melayan perasaan tengok hujan.

{ .........cP~ } at: 7 March 2012 at 21:00 said...

Salam.

Sini pun tengah hujan. Tapi, hujan malam boleh buat gigil. Huhu. Anak buah pun suka melayan perasaan tengok hujan.

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 March 2012 at 23:00 said...

kan..memg best time2 hujan ni.. layan perasaan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean