header

header
hairie

Kisah Studio 08 | Modul Terakhir: Finishing School, pastu abes dah!

| Thursday, 8 March 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Ni antara cerita bulan-bulan lepas atau dengan kata lain cerita zaman aku study dulu **dulu?padahal baru je grad! Setelah 3 tahun belajar zaman diploma dulu sampailah degree sekarang ni akhirnya semua modul berjaya dihabiskan dengan jayanya. Ramai yang tak suka modul ni tapi kan bila korang pegi dan kebetulan korang dapat fasilitator yang sempoi dan best, memang korang tak nak balik HAHA.. alhamdulilah kitorang dapat fasi yang okay! best!

UiTM ni memang macam-macam aktiviti buat untuk student, ye la nak lahirkan modal insan yang berkualiti kan, kenalah belanja lebih sikit nak bagi anak bangsa berjaya! *patriotik sikit

Seronok sebab tak ramai dalam group ni dan semua kawan-kawan sekelas yang ada kecuali 2 orang dari ID tapi diorang okay je hehe

Kena lukis apa yang kita minat, kena bagi 1 ayat mengenai orang tu dan lain-lain..seronok pulak..ingatkan lepas lunch nak blah tapi tak jadi sebab tak ramai orang dalam group ni dan lagipun tgh syok, takkan nak blah macam tu je? *insaf

Kena baca komen orang terhadap diri kita..hambik ko! comel, baik, konfident semua keluar (^___^)


Sesi paling penting, belajar berhadapan dengan interview..ok walaupun panel yang kat depan tu kawan kita sendiri, aku tetap nervous bila berhadapan dengan mereka..macam real pulak. Memang aku ade problem dalam konfident diri untuk bercakap dalam bahasa Inggeris tapi aku try jugak nak cakap..hasilnya, kurang memuaskan..

Not bad la modul akhir ni, nanti kita di ajar cara-cara nak menghadapi temuduga yang penting, cara berpakaian, postur kedudukan, dan juga tahap konfident yang tinggi..kena cakap English okay, kalau panel tu bagi cakap Malay, baru boleh cakap Malay..Last, pasal resume pun die ada sentuh jugak, bende ape kena letak dan yang tak perlu letak..ok tu je aku nak share pasal Modul Finishing School ni, modul terakhir..*takde ek konvo untuk modul? haha


7 Readers:

{ shiema sufian } at: 8 March 2012 at 15:43 said...

Program yang akan mmbina jadi diri pelajar (:

{ man yusoef } at: 8 March 2012 at 17:10 said...

eh UPM pon ada ok finishing school ni..jgn nak eksyen..wahahaha..eh sape yg tudung oren tu? cantik..eh ape komen ni...tidak tidak

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 March 2012 at 21:27 said...

SS: yes! hahaaha

Man: eh ade ke aku ckp eksyen? hahahahah wek! tudung oren tu la yg jd model tu ..hot wey die skrg ..ko hade?ahah

{ .........cP~ } at: 8 March 2012 at 22:36 said...

Salam.

Oh, model. Patutla lawa. (den perempuan pun sedar dia lawa)

Walaupun buat camni, tapi, kalau dah interview betul debar jugak. Dah banyak kali gi interview pun debar. tapi, semakin pandai la nak cakap.

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 9 March 2012 at 10:35 said...

waahhh UiTM'ian laaaa..hehehe..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 9 March 2012 at 10:38 said...

CP: hehe btol tu ..still nervous jgk

AFA: yeahh uitm dihatiku hehehe dh abes dh pun huhu

Anonymous at: 1 January 2013 at 20:43 said...

louis vuitton sac pxbwpk sac louis vuitton qufwsb sac louis vuitton evsyxj http://www.2013isabelmarant.net
isabel marant chaussures jwpmpd mhiibr isabel marant pas cher husmzw zbfuuj sneakers isabel marant ullvok http://www.tomsshoesoutletonline.net

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean