header

header
hairie

Majlis Perkahwinan Mohd Nizar dan Ili 'Aainaa 2011

| Monday, 12 March 2012
Assalamualaikum kawan-kawan...
Ini adalah koleksi cerita lepas-lepas yang baru ada masa nak tulis hari ni atas sebab-sebab tertentu .. Hari ni nak cerite pasal majlis perkawinan sepupu aku hujung tahun 2011 lalu..sebelah perempuan kat Melaka pada 26 November 2011 dan sebelah lelaki kat Sri Medan pada 4 Disember 2011. Orang sibuk kawin & cuti sekolah, aku tengah bertarung dengan final project waktu ni. Nak tak nak kena balik kampung jugak sambil tu kerja kene siap dulu walaupun tak siap sangat.


Ni belah pompuan kat Peringgit, Melaka..nikah hari Jumaat dan majlis hari Sabtu. Comel kan diorang nih >_< aku suke kaler pink yang diorang pakai ni nampak sweet manis jerr ..




Si Upin & Ipin kat majlis! nasib baik tak buat perangai hehehe...

Fuhh...rumah bile tak ada orang macam ni la rupenye hehe... jangan risau, umah ni dah dipagar insyaallah selamat semuanya (^__^) 


Adakah overexposed gambo aku ni? hehe .. pengantin laki baru sampai, so yang pempuan kena sambut, salam cium tangan (^__^) tu adat Melaka ye, kalau kat Johor pompuan tu kena dok diam2 kat pelamin..


Ok tetibe ade tol plak kat sini..nasib baik dah prepare hehe..

Okay sape nak bagi autograf boleh tulis kat sini tapi marker takde so aku tak dapat tulis..

Sudut terbaik dari aku, jauh sikit dari official photographer yang didatangkan 
khas dari KL wow! ..

First time mak aku buat bende nih HAHA ..aku pun tak reti buat yang aku reti just campak2 je haha.

Lokasi photoshoot: Pusat Marin Putrajaya kat tasik tu haaa... comel (^__^)

Aku cuba makan bunga ros ni tapi tak sedap, dah layu dan rupeney bunga idop hahha..ingatkan macam biskut~ **jakun

Tauhu bakar kat meja makan pengantin langsung tak bersentuh.. kenapa? sebab semua tukang lantak (rombongan kami lerr) tak dapat seat kat meja tu, kitorang dok kat meja tetamu biasa, makan lauk biasa tapi sedap wey!

Ni lagi satu, sedang elok je sampai pengantin dah masuk rumah balik, tinggalah kitorang ni..ajaran mak cik aku, bungkus bawak balik ..sedap beb! rugi tak makan nih..

Ni official photograper tolong amikkan, time kaceh! >_< amik aura pengantin jap sebelum turn aku tiba 30 tahun akan datang..wooo lame tu!

Majlis dah nak habis, lauk pun dah abis telan dan gambo pun dah tangkap banyak..ngumpat pun dah settle, so time tu balik Johor pastu aku kena balik Shah Alam.

SETERUSNYA: Majlis kat Sri Medan belah laki.orang kata majlis bertandang ek? ke sambut menantu? whateverlah yang penting majlis kan...

Juga gigih balik dari Shah Alam..malam terus pegi umah mak cik aku ni..malas nak balik rumah, esok pagi baru balik ..

Sedikit suasana majlis perkahwinan kat kampung..meriah wooo, balik je dapat berkat.. tu atas belah kanan, gambar Ahmad Zahri ADUN Seri Medan..

Rumah cantik tu tenggelam dek kanopi yang besaq haha

Hadiah dari keluarga Pak Ngah, bapak aku lerr.. orang semua asyik kasi kendil, kuali, cawan, heater, periuk nasi dan semua barang dapur .ape kate kite cube lari sikit haha..nilah hasilnya!
Kalau nampak kaler ungu coklat je teringat Cadbury, sedapnye walaupun Made In Malaysia jer haha.. perhatian, beli la kat Mydin sebab kat stesen minyak Petronas ngan 7Eleven mahal sangat..

Nasib baik minum air oren je, kalau nak lagi best minum air campuran kari daging, kari ayam, air kelapa dengan kuah rojak nenas..hamikk ko! HAHA

Geng-geng menu meja pengantin untuk makan beradab, ek namenye? hantamlaaa... kak, dah mandi lom? haha.

Pelamin buat sendiri, simple tapi meriah (^__^)

Tu diaa.... bile kocek dah penuh kenalah transfer ke bank HAHA tapi jangan risau, takde risiko kena curik pun time ni.. 

 Adik beradik dapat baju free (^___^) untunglaaa...

Gambar keluarga bersama pengantin (^__^)


3 Readers:

{ shiema sufian } at: 13 March 2012 at 00:16 said...

semoga diorg bahagia (:

{ Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) } at: 13 March 2012 at 13:42 said...

abg ke???muke cm ade iras2 gamaknye..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 14 March 2012 at 20:13 said...

SS: insyaallah

AFA: ??sepupu derr .ehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean